7 min read
Kerja Untuk Duit VS Minat, Mana Satu Pilihan Anda?
Tentukan jalan mana yang lebih baik untuk anda: mengejar gaji tinggi atau mengejar minat dalam kerjaya? Baca artikel ini untuk mendapatkan panduan tentang kelebihan dan kekurangan kedua-duanya serta pertimbangan penting untuk membuat pilihan yang bijak.
Updated May 6, 2024
Antara minat atau gaji yang lumayan, yang manakah pilihan anda?
Ini merupakan salah satu soalan yang sukar untuk pencari kerja bahkan ramai yang sudah bekerjaya pun masih dilema untuk memilih salah satunya.
Hakikatnya, frasa-frasa klise seperti “duit bukan segalanya” atau “kejarlah minat anda” dan seumpamanya hanya boleh dijadikan sebagai panduan tetapi bukan pegangan dalam situasi sebenar kehidupan. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai realiti kehidupan yang berbeza.
Sebenarnya, tidak ada jawapan yang betul atau salah pun untuk soalan ini. Tetapi, untuk membuat mana-mana pilihan, ia tidaklah semudah yang disangka.
Oleh itu, bagi membantu anda mendapatkan satu kesimpulan yang baik, jom baca kelebihan dan kekurangan kedua-duanya. Semoga ia membantu anda membuat pertimbangan.
▶ Artikel Berkaitan: Cara Membuat Rundingan Gaji (Beserta Templat)
Bekerja Berdasarkan Gaji
Tiada siapa yang bekerja saja-saja. Sudah pasti, duit atau gaji adalah salah satu tujuan utama untuk bekerja.
Individu yang memilih bekerja untuk duit atau gaji yang lumayan dan sanggup mengorbankan minatnya, sudah tentu mempunyai alasan tersendiri.
Berikut ialah beberapa kelebihan dan juga kekurangan memilih bekerja untuk dapatkan duit/ gaji yang tinggi.
Kelebihan:
1. Stabiliti Kewangan
Salah satu kelebihan yang paling ketara apabila memilih kerjaya yang menawarkan gaji tetap yang tinggi adalah stabiliti kewangan.
Pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan setiap bulan sudah pasti dapat menjadikan hidup lebih stabil daripada aspek keperluan seharian serta kemahuan. Simpanan untuk masa hadapan juga lebih mudah dilakukan.
Stabiliti kewangan boleh memberi impak kepada beberapa aspek lain dalam kehidupan seperti menyumbang kepada pencen awal, masa depan lebih terjamin, ada insurans, manfaat penjagaan kesihatan untuk keluarga dan sebagainya.
2. Peluang Peningkatan Kepakaran
Biasanya kerjaya yang menawarkan gaji yang agak tinggi, memerlukan kepakaran yang tinggi juga. Justeru, ini membuka peluang untuk seseorang meningkatkan kepakaran dalam bidang yang diceburi. Pengalaman dan latihan/kursus yang disediakan oleh majikan boleh menjadi aset penting untuk perkembangan profesional anda.
3. Reputasi Terjaga
Individu yang mempunyai gaji tinggi biasanya lebih disegani dan dihormati oleh orang lain. Secara umumnya, kerjaya yang berpendapatan tinggi dilihat sebagai seorang yang lebih berjaya.
4. “Worry-free”
Dengan berpendapatan tinggi, anda tidak perlu risau mengenai banyak perkara terutamanya yang melibatkan komitmen kewangan. Lebih lebih lagi sekiranya anda mempunyai banyak tanggungan serta keluarga untuk disara.
Kekurangan:
1. Kurang Kepuasan Emosi
Bekerja demi duit atau gaji yang tinggi boleh menyebabkan kurangnya kepuasan emosi. Hal ini kerana, walaupun pekerjaan itu mungkin menjamin kestabilan kewangan, namun jika anda tidak menyukai pekerjaan yang dilakukan, ia akan memberi kesan kepada emosi anda.
Apabila keperluan emosi tidak terpenuhi, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental bahkan kesihatan fizikal anda.
2. Kurang Fleksibiliti Masa
Kerjaya berpendapatan tinggi sudah pasti datang dengan tanggungjawab yang banyak, jadual yang ketat dan kurang fleksibiliti masa. Ia menyukarkan anda untuk menyeimbangkan kehidupan peribadi dan profesional.
3. Tekanan Di Tempat Kerja
Seperti poin di atas, gaji yang tinggi sudah pasti datang dengan tanggungjawab yang banyak. Secara tidak langsung, ini menandakan anda akan menghadapi banyak cabaran dan tekanan di tempat kerja.
Bukan itu sahaja, jangkaan yang tinggi terhadap prestasi anda dan tekanan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh syarikat juga boleh menyumbang kepada tekanan atau stress sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
▶ Artikel Berkaitan: Trend Gaji di Malaysia 2023 & Jangkaan untuk 2024
Bekerja Berdasarkan Minat
Walaupun mengejar minat dan impian adalah sesuatu yang indah dan memberi inspirasi, namun ia tidaklah se-ideal yang anda fikirkan. Sudah pasti ia mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Berikut adalah antaranya:
Kelebihan:
1. Kepuasan Emosi
Bekerja berdasarkan minat akan memberikan kepuasan emosi yang tinggi. Apabila anda melakukan sesuatu yang anda sukai, ia menjadikan setiap hari di tempat kerja lebih bermakna.
Kepuasan emosi menyumbang kepada kesihatan mental yang lebih baik. Bukan itu sahaja, apabila kurang tekanan kerja, kesihatan fizikal anda juga turut terjaga.
2. Motivasi yang Tinggi
Apabila anda bekerja berdasarkan minat, motivasi anda untuk bekerja lebih tinggi. Anda lebih bersedia untuk bekerja keras dan mengatasi apa jua cabaran kerana anda melibatkan diri dalam sesuatu yang memberikan makna kepada anda secara peribadi.
3. Produktiviti Kerja Tinggi
Kerja yang melibatkan minat biasanya membuatkan seseorang bersungguh-sungguh melakukan kerjanya. Ini menyumbang kepada produktiviti serta kualiti kerja yang tinggi. Sekaligus, perkembangan diri juga akan meningkat.
Kekurangan:
1. Isu Kewangan
Salah satu kekangan utama mengejar minat dalam kerjaya biasanya adalah kewangan yang tidak stabil.
Ia mungkin memerlukan masa yang lama sebelum anda menghasilkan pendapatan yang mencukupi.
Minat yang anda lakukan sebagai kerjaya adalah sesuatu yang akan membayar bil pada hujung setiap bulan. Ini akan menyebabkan tekanan kepada anda, lebih-lebih lagi sekiranya pendapatan anda tidak mencukupi untuk membeli keperluan harian.
Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada bidang kerjaya yang anda ceburi.
2. Haluan Kerjaya Tidak Jelas
Mengejar minat boleh membawa kepada cabaran dalam menentukan haluan kerjaya anda. Ramai yang kurang pasti apa yang mereka mahu lakukan atau bagaimana untuk mencapainya. Ini boleh menyebabkan kekeliruan hala tuju kerjaya.
3. Minat Boleh Berubah
Terdapat kemungkinan minat anda akan memudar seiring berjalannya masa. Sekiranya berlaku, ia akan membuatkan anda tidak lagi menyukai kerja yang anda lakukan. Anda akan mula merasai bebanan kerja yang selama ini tidak dirasakan dan hilang keseronokan dalam bekerja.
Perubahan minat adalah risiko dan kekurangan yang perlukan pelan sandaran (backup plan) sekiranya anda tidak mahu ia menjadi minus-point kepada pilihan bekerja berdasarkan minat.
▶ Artikel Berkaitan: 10 Syarikat Pembantu Maya (Virtual Assistant) Di Malaysia
Duit vs Minat, Apa Perlu Dipertimbangkan?
Sama ada anda ingin memilih kerjaya berdasarkan duit/gaji atau minat, ia sebenarnya bergantung kepada diri anda. Kedua-dua pilihan adalah ‘valid’, tidak ada yang betul atau salah.
Anda boleh tanya beberapa soalan penting berikut untuk membantu anda membuat pertimbangan:
1. Apa Nilai Utama Anda?
Pertimbangkan nilai-nilai utama dalam hidup anda. Adakah kestabilan kewangan lebih penting daripada kepuasan emosi, atau sebaliknya?
2. Apakah Tanggungjawab Kewangan Anda?
Fikirkan tentang tanggungjawab kewangan anda, seperti bayaran pinjaman, kos hidup, dan tanggungjawab keluarga. Adakah pilihan anda dapat memenuhi keperluan ini?
3. Sejauh Mana Anda Bersedia Mengambil Risiko?
Mengejar minat mungkin melibatkan lebih banyak risiko kewangan. Adakah anda bersedia mengambil risiko ini atau lebih selesa dengan kestabilan gaji tetap?
4. Seberapa Pentingnya ‘Work-life Balance’ Bagi Anda?
Adakah kerjaya pilihan anda membolehkan anda mencapai keseimbangan yang diidamkan?
5. Apakah Matlamat Jangka Panjang Anda?
Kenalpasti matlamat jangka panjang dan sama ada pilihan anda membawa anda ke arah matlamat tersebut atau tidak.
6. Bagaimana Menguruskan Tekanan Kerja?
Fikirkan tentang bagaimana anda menguruskan tekanan di tempat kerja. Adakah gaji tinggi atau minat yang akan membantu anda mengatasi tekanan tersebut?
7. Adakah Peluang Pertumbuhan Profesional?
Pilihlah kerjaya yang memberi peluang untuk pertumbuhan profesional dan kemajuan dalam kerjaya anda.
8. Apakah Kesan Jangka Panjangnya?
Fikirkan tentang impak jangka panjang mengenai pilihan anda tentang bagaimana ia akan mempengaruhi kehidupan anda secara menyeluruh.
Jawapan Duit Vs Minat
Berdasarkan jawapan anda kepada soalan-soalan tersebut, anda boleh mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai pilihan antara duit/gaji dan minat dalam kerjaya anda.
Secara umumnya, jika kestabilan kewangan dan faedah yang diberikan oleh kerjaya berpendapatan tetap adalah keutamaan anda, maka kerja untuk duit mungkin menjadi pilihan yang lebih sesuai.
Namun, jika kepuasan emosi dan minat anda adalah penentu utama dalam mencari kebahagiaan di tempat kerja, mengejar minat mungkin merupakan pilihan yang lebih sesuai.
Anda mungkin perlu mengambil kira risiko kewangan dan mencari cara untuk menyeimbangkan antara keinginan peribadi dan tanggungjawab kewangan.
Kesimpulan
Ingatlah, tidak ada jawapan yang tepat atau salah – yang paling penting adalah membuat keputusan yang sejajar dengan nilai dan matlamat hidup anda.
Jika anda sedang mencari peluang pekerjaan, anda boleh mengunjungi laman Epicareer sekarang untuk menemukan pelbagai jawatan kosong yang sesuai dengan profil anda.
Terdapat pelbagai peluang pekerjaan dari seluruh Malaysia, dan jika anda berminat untuk bekerja di luar negara, anda juga boleh memilih dari pelbagai pilihan yang disediakan.
Pekerjaan Terkenal:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article