Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Sumber Pembelajaran Untuk Bidang Sales - Kursus Online, Blog, Podcast, Buku

6 min read

Sumber Pembelajaran Untuk Bidang Sales - Kursus Online, Blog, Podcast, Buku

Jadi pakar dalam bidang sales dengan pelbagai sumber pembelajaran seperti kursus dalam talian, blog, podcast, dan buku. Temui kursus terbaik di Coursera, blog popular seperti HubSpot Sales Blog, podcast inspiratif seperti The Advanced Selling Podcast, dan buku terlaris seperti 'Spin Selling'. Tingkatkan kemahiran sales anda hari ini!

Nasra Patahuddin

Updated Jul 29, 2024

Sumber Pembelajaran Untuk Bidang Sales - Kursus Online, Blog, Podcast, Buku

Tidak kiralah anda seorang pemula yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang sales atau seorang profesional yang ingin meningkatkan kemahiran sedia ada, terdapat pelbagai sumber pembelajaran yang boleh membantu mencapai matlamat anda.

Artikel kali ini akan berkongsi beberapa senarai kursus secara dalam talian, blog, podcast dan buku terbaik yang boleh anda manfaatkan untuk mempelajari selok-belok dunia sales.

Kursus Sales Dalam Talian

Kursus dalam talian menawarkan struktur pembelajaran yang sistematik dan menyeluruh serta fleksibel. Anda boleh belajar pada bila-bila masa di mana sahaja. Ini membolehkan anda belajar mengikut jadual anda sendiri.

Dengan pengajar yang berpengalaman dan kandungan yang komprehensif, kursus dalam taliani dapat membantu anda membina asas yang kukuh dalam bidang sales serta mengembangkan kemahiran yang lebih spesifik.

Salah satu platform yang menawarkan kursus dalam talian berkaitan bidang sales adalah Coursera. Anda boleh rujuk pilihan kursus yang popular di bawah:

1. Salesforce Sales Operations Professional Certificate

Kursus ini diajar oleh Salesforce dan disediakan di platform Coursera. Ia sesuai untuk mereka yang berada di peringkat pemula hingga pertengahan.

Kursus ini mengambil masa sekitar enam bulan untuk diselesaikan dengan anggaran lima jam seminggu. Ia juga menawarkan sijil dan boleh diakses melalui langganan Coursera Plus atau bayaran individu.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut dan mendaftar di: Salesforce Sales Operations Professional Certificate.

2. Develop with Dell: IT Sales Specialization

Kursus disediakan oleh Dell Technologies melalui platform Coursera. Kursus ini sesuai untuk mereka yang berada di peringkat pertengahan.

Anda boleh menyelesaikan kursus ini dalam tempoh sebulan untuk anggaran masa enam jam seminggu.Kursus ini menawarkan sijil dan boleh diakses melalui langganan Coursera Plus atau bayaran individu.

Untuk maklumat lanjut, layari: Develop with Dell: IT Sales Specialization.

3. Salesforce Sales Development Representative Professional Certificate

Kursus ini juga diajar oleh Salesforce dan disediakan di platform Coursera. Ia direka untuk pemula hingga mereka yang berada di peringkat pertengahan.

Untuk menyelesaikan kursus dan mendapatkan sijil, anda hanya perlu mengambil masa selama tiga bulan dengan anggaran sepuluh jam pembelajaran untuk setiap minggu. Kursus ini boleh diakses melalui langganan Coursera Plus atau bayaran individu.

4. Sales Training for High Performing Teams Specialization

Kursus ini disediakan oleh pelbagai pengajar di Coursera dan sesuai untuk sesuai untuk pemula. Ia mengambil masa satu bulan untuk diselesaikan dengan anggaran sepuluh jam seminggu. Kursus ini menawarkan sijil dan boleh diakses melalui langganan Coursera Plus atau bayaran individu.

Blog

Blog adalah sumber yang sangat baik untuk mendapatkan maklumat terkini dan tip praktikal dalam bidang sales. Ia mudah untuk diakses dan dibaca pada bila-bila masa.

Selain itu, biasanya setiap artikel akan dikemaskini dengan kerap. Ini membolehkan anda terus mengikuti trend dan strategi terbaru dalam bidang sales. Artikel yang ditulis oleh pakar industri dan profesional berpengalaman juga akan memberikan anda pandangan yang berguna dan relevan.

1. HubSpot Sales Blog

Blog ini menyediakan pelbagai artikel yang ditulis oleh pengarang daripada HubSpot. Terdapat pelbagai jenis artikel berkaitan bidang sales yang informatif dan menarik untuk dibaca. Artikel-artikel di blog ini dikemaskini secara berkala dengan artikel baru setiap minggu.

Anda boleh membaca artikel terkini di: HubSpot Sales Blog.

2. Sales Solutions Blog by LinkedIn

Sales Solution Blog ini ditulis oleh pelbagai pengarang daripada LinkedIn dan dikemaskini secara berkala. Ia menawarkan pelbagai artikel yang relevan dengan strategi sales terkini. Bahasa yang digunakan sangat mudah difahami walaupun dalam Bahasa Inggeris.

3. Sales Development Blog by Predictable Revenue

Blog ini dikemaskini secara berkala oleh pelbagai pengarang daripada Predictable Revenue. Ia menawarkan artikel yang memberi tumpuan kepada pembangunan sales. Bukan itu sahaja, terdapat juga artikel yang memberikan informasi terkini dan tips-tips menarik dalam bidang sales.

Anda boleh membaca artikel mereka di: Sales Development Blog by Predictable Revenue.

Podcast

Podcast adalah sumber pembelajaran yang fleksibel dan boleh diakses di mana sahaja. Bagi individu yang kurang gemar membaca, mendengar podcast adalah pilihan yang terbaik.

Dengan mendengar podcast, anda boleh mendapatkan wawasan daripada pakar industri, mengikuti perbincangan mengenai trend terbaru dan mempelajari strategi sales secara langsung dari mereka yang berjaya dalam bidang ini.

Podcast juga memberikan peluang untuk mendengar pengalaman dan tip praktikal yang boleh diaplikasikan dalam kerja harian anda.

1. The GTM Podcast

The GTM Podcast adalah salah satu podcast yang menarik dan mendapat banyak ulasan positif oleh mendengarnya. Hal ini kerana, kebanyakan episod di dalam podcast ini memberikan wawasan mendalam tentang strategi go-to-market.

Setiap minggu, hos Sam Jacobs berbual dengan eksekutif, pengasas syarikat dan pelabur untuk perbincangan yang memprovokasi pemikiran tentang sales, pertumbuhan perniagaan, dan ekonomi secara keseluruhan.

2. The Advanced Selling Podcast

Dibawakan oleh Bryan Neale dan Bill Caskey, podcast ini sangat popular dalam kalangan usahawan atau jurujual profesional. Terdapat banyak tips-tips praktikal untuk meningkatkan sales yang sering dikongsikan di dalam setiap episod.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua hos podcast ini adalah merupakan jurulatih sales yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun. Anda boleh mendengar podcast ini di: The Advanced Selling Podcast.

3. Sell or Die

Podcast "Sell or Die" dikenali sebagai sumber yang memotivasikan dan memberi semangat kepada para penjual atau usahawan.

Dibawakan oleh Jeffrey Gitomer dan Jennifer Gitomer, podcast ini terkenal dengan pendekatan yang berfokus pada motivasi diri dan strategi praktikal dalam pensales. Podcast ini membincangkan topik-topik seperti teknik pensales, strategi pemasaran, dan cara-cara untuk meningkatkan prestasi sales secara keseluruhan.

Bagi mereka yang mencari inspirasi serta strategi yang dapat dilaksanakan dengan mudah dalam bidang pensales, podcast ini adalah pilihan yang baik.

Buku

Buku adalah sumber yang sangat baik untuk mendapatkan pengetahuan mendalam dan panduan terperinci tentang sales. Terdapat banyak buku yang ditulis oleh pakar-pakar terkenal dalam industri ini menawarkan teori yang diuji dan strategi yang terbukti berkesan.

Dengan membaca pelbagai jenis buku, ia boleh memberikan anda pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep sales dan cara untuk mengaplikasikannya dalam situasi sebenar.

1. The Mom Test

Buku ini ditulis oleh Rob Fitzpatrick, seorang usahawan dalam bidang teknologi. Ia mempunyai 136 halaman dan berharga sekitar RM50. Buku The Mom Test ini telah mendapat penilaian tinggi di Amazon dan Goodreads.

Kebanyakan pembaca menyukai nasihat-nasihat praktikal tentang cara berkomunikasi dengan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas yang jujur, yang ditulis dalam buku ini.

2. Spin Selling

Buku ini ditulis oleh Neil Rackham dan mempunyai 213 halaman, dengan harga sekitar RM 60. Buku ini diminati ramai kerana pendekatan sistematiknya dalam proses sales dan teknik bertanya yang berkesan.

Salah satu pembaca di Goodreads meninggalkan komen positif mengenai buku Spin Selling ini seperti berikut:

Jika anda berada dalam perniagaan yang menjual sesuatu yang bernilai tinggi atau sales kompleks (iaitu sesuatu yang berharga mahal dan biasanya memerlukan beberapa pertemuan untuk dijual), maka anda mesti membaca buku ini” - Shashwat Singh.

3. To Sell is Human

Ditulis oleh Daniel H. Pink, buku ini mempunyai 272 halaman dan berharga sekitar RM 55.00. Buku ini sering menjadi pilihan pembaca kerana pandangan penulis yang unik tentang bagaimana semua orang dalam kehidupan seharian terlibat dalam sales dan cara untuk melakukannya dengan lebih baik.

Sangat berbaloi untuk dibaca!


Dengan sumber-sumber yang dinyatakan di atas, anda mempunyai pelbagai pilihan untuk mempelajari dan meningkatkan kemahiran sales.

Apabila mengikuti kursus dalam talian daripada penyedia terkemuka seperti Coursera, ia boleh memberi anda pengetahuan yang mendalam dan sijil yang diiktiraf.

Manakala, blog dan podcast pula menyediakan maklumat terkini dan tip praktikal yang boleh anda gunakan dalam kerja harian anda. Buku-buku pula boleh menjadi panduan yang berharga untuk memahami dan menguasai seni sales.

Anda boleh pilih mana-mana cara mengikut kesesuaian dan keperluan. Akhir kata, selamat belajar dan semoga berjaya dalam kerjaya sales anda!


Epicareer sentiasa bersedia untuk membantu bagi merealisasikan impian anda untuk mendapatkan kerjaya yang anda impikan. Anda hanya perlu memuat naik resume anda di portal Epicareer dan mohon kerjaya yang anda inginkan.

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles