10 min read
Apakah Tugas Utama Jurual? Contoh Deskripsi Kerja & Tanggungjawab
Temui tugas utama seorang jurujual dalam artikel ini! Ketahui contoh deskripsi kerja dan tanggungjawab yang perlu diketahui oleh setiap jurujual. Jangan terlepas!
Updated Jul 22, 2024
Nak tahu apa sebenarnya tugas utama seorang jurujual?
Sebagai jurujual, anda bukan sahaja perlu menjual produk atau perkhidmatan, tetapi juga perlu membina hubungan baik dengan pelanggan, memahami keperluan mereka, dan menawarkan penyelesaian yang terbaik.
Tak kiralah anda bekerja dalam sektor runcit, perkhidmatan, atau jualan korporat, setiap jurujual perlu menguasai beberapa kemahiran penting untuk berjaya.
Dalam artikel ini, kami juga akan kongsikan beberapa contoh deskripsi kerja jurujual yang boleh dijadikan rujukan. Jadi, kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jurujual yang hebat, teruskan membaca!
Apa Itu Jurujual?
Jurujual adalah merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan dan menjual produk atau perkhidmatan syarikat kepada pelanggan.
Jurujual berperanan sebagai penghubung antara syarikat dan pelanggan, memastikan bahawa keperluan pelanggan dipenuhi serta berusaha mencapai matlamat jualan syarikat.
Jurujual bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk atau perkhidmatan yang dijual, tetapi juga kemahiran komunikasi yang cemerlang untuk meyakinkan pelanggan mengenai nilai produk atau perkhidmatan tersebut.
Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif, jurujual perlu sentiasa mengembangkan kemahiran mereka dan mengikuti perkembangan terkini dalam bidang jualan.
Perbezaan Jurujual dan Wakil Jualan
Perbezaan antara jurujual dan wakil jualan adalah daripada segi peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan.
Seorang jurujual biasanya berperanan secara langsung dalam menjual produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Mereka terlibat dalam setiap aspek dari proses jualan, termasuk prospek, rundingan dan penutupan jualan (close deal).
Manakala, seorang wakil jualan pula mempunyai tugas yang lebih tertumpu kepada mendapatkan prospek baru atau memelihara hubungan dengan pelanggan sedia ada, tanpa terlibat secara langsung dalam proses penjualan.
Kelebihan dan Kekurangan Menjadi Seorang Jurujual
Kelebihan
1. Peluang Pendapatan yang Tidak Terhad
Sebagai jurujual, anda mempunyai peluang untuk menghasilkan pendapatan yang besar terutamanya apabila berjaya mencapai matlamat jualan yang ditetapkan oleh majikan. Pendapatan seorang jurujual biasanya diberikan berdasarkan prestasi termasuk komisen dan bonus.
2. Peluang untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Jurujual sering kali terlibat dalam memimpin pasukan kecil atau mengurus projek jualan. Ini memberikan anda peluang untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan, yang boleh membantu dalam perkembangan kerjaya anda ke peringkat yang lebih tinggi.
3. Pengalaman Berinteraksi Dengan Pelbagai Individu Dan Industri
Menjadi jurujual membolehkan individu berinteraksi dengan pelbagai jenis pelanggan daripada pelbagai latar belakang dan industri.
Secara tidak langsung, ia membantu anda untuk bersikap lebih terbuka, bijak menyesuaikan diri serta menggunakan peluang yang ada untuk memantapkan kemahiran komunikasi dan strategi pemasaran/jualan anda.
4. Mengasah Kemahiran Komunikasi Dan Rundingan
Sebagai seorang jurujual, kemahiran berkomunikasi melalui rundingan dan perbincangan bagi memahami keperluan pelanggan untuk menawarkan penyelesaian yang sesuai adalah sangat penting.
Melalui proses jual-beli, kemahiran komunikasi dan keupayaan anda untuk mempengaruhi keputusan pembelian dapat diasah dengan cemerlang.
5. Potensi Membina Rangkaian Profesional Yang Luas
Melalui interaksi dengan pelanggan dan rakan kongsi perniagaan, anda boleh memperluas rangkaian profesional dengan lebih mudah. Ini membuka peluang kepada anda untuk memperoleh maklumat tentang industri, mendapatkan rujukan, atau mengembangkan perniagaan.
Kekurangan
1. Tekanan Tinggi Untuk Mencapai Matlamat Jualan Yang Ditetapkan
Jurujual sering berhadapan dengan tekanan untuk mencapai sasaran jualan bulanan atau tahunan. Tekanan ini semakin terasa terutamanya jika prestasi jualan dipengaruhi oleh faktor luaran seperti keadaan pasaran atau persaingan yang sengit.
2. Pendapatan Tidak Menentu
Pendapatan seorang jurujual boleh berubah-ubah berdasarkan prestasi jualan. Sekiranya sebahagian besar pendapatan yang diperoleh adalah daripada komisen, ketidakstabilan dalam prestasi jualan boleh memberi kesan kepada pendapatan bulanan atau tahunan yang bakal diperolehi.
3. Memerlukan Ketahanan Emosi Untuk Menangani Penolakan
Jurujual juga kerap menghadapi penolakan daripada prospek atau tidak berjaya mendapatkan jualan.
Oleh itu, ketahanan emosi adalah amat penting untuk mengelakkan sikap berputus asa dan bersedia untuk belajar daripada pengalaman tersebut tanpa mengurangkan semangat untuk mencapai matlamat jualan.
Tanggungjawab Utama Seorang Jurujual
Peranan seorang jurujual boleh berbeza bergantung kepada industri dan syarikat tempat mereka bekerja. Jurujual juga boleh bekerja sendiri dan menjual produk atau perkhidmatan mereka sendiri.
Berikut adalah antara tanggungjawab utama seorang jurujual:
1. Mencari Pelanggan Baru dan Mengekalkan Hubungan dengan Pelanggan Sedia Ada
Jurujual perlu bersikap proaktif dalam mencari pelanggan baru melalui pelbagai cara. Mereka juga bertanggungjawab untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan sedia ada bagi memastikan kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
2. Melaksanakan Rundingan Jualan
Rundingan jualan melibatkan perbincangan dengan prospek untuk memahami keperluan mereka dan menawarkan produk atau perkhidmatan yang sesuai. Jurujual perlu mempunyai kemahrian dalam menjawab soalan pelanggan, menangani kebimbangan dan meyakinkan pelanggan tentang manfaat produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
3. Membuat Cadangan Produk
Jurujual perlu menyediakan cadangan produk yang disesuaikan dengan keperluan spesifik pelanggan. Ini termasuk menyediakan sebut harga, menunjukkan cara produk berfungsi dan menjelaskan bagaimana produk tersebut boleh menyelesaikan masalah pelanggan.
4. Menguruskan Proses Penjualan
Ini melibatkan seluruh proses penjualan dari mula hingga akhir, termasuk membuat temujanji, mengatur demonstrasi produk, menyediakan kontrak, dan menyelesaikan transaksi. Jurujual perlu memastikan semua langkah diikuti dengan teliti untuk memastikan kelancaran proses jualan.
5. Merekod dan Melaporkan Prestasi Jualan
Jurujual perlu merekod semua aktiviti jualan termasuk interaksi dengan pelanggan, rundingan yang dijalankan dan jualan yang berjaya. Mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan laporan prestasi jualan kepada pengurusan bagi menilai pencapaian dan mengenal pasti peluang peningkatan.
6. Memberikan Khidmat Pelanggan yang Cemerlang
Selepas jualan, jurujual perlu memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan yang diterima. Ini termasuk memberikan sokongan selepas jualan, menangani aduan atau isu dan memastikan pelanggan merasa dihargai dan dijaga.
7. Memahami Pasaran dan Pesaing
Jurujual perlu sentiasa mengikuti perkembangan pasaran dan mengetahui siapa pesaing mereka.
Ini membantu mereka untuk menyusun strategi jualan yang lebih berkesan dan menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
8. Mengikuti Latihan dan Pembangunan Profesional
Untuk terus relevan dan berkesan dalam bidang jualan, jurujual perlu mengambil bahagian dalam latihan berkala dan program pembangunan profesional.
Ini termasuk menghadiri kursus, bengkel, dan persidangan yang berkaitan dengan jualan dan pemasaran.
Alat/Aplikasi yang Digunakan oleh Jurujual
Berikut adalah antara alat/aplikasi yang sering digunakan oleh jurujual untuk membantu dalam menjalankan tugas harian:
- Perisian CRM (Customer Relationship Management)
- Perisian Pengurusan Pelanggan (Leads)
- Platform Media Sosial
- Perisian Pengurusan Masa dan Penjadualan
- Alat Automasi Pemasaran
- Aplikasi Komunikasi dan Kolaborasi (contoh: Slack, Microsoft Teams)
- Alat Penyampaian dan Pembentangan (contoh: PowerPoint, Prezi)
- Sistem Pengurusan Dokumen dan E-Tandatangan (contoh: DocuSign)
- Aplikasi Analitik dan Pelaporan
- Aplikasi Emel & Pengurusan Emel
Ciri-ciri Jurujual yang Berkualiti & Berprestasi
1. Empati dan Kecerdasan Emosi
Sikap empati dan kecerdasan emosi yang tinggi adalah dua elemen penting yang membezakan jurujual biasa dengan jurujual yang berkualiti dan mempunyai prestasi. Kedua-dua kemahiran ini penting untuk membina hubungan yang baik dengan pelanggan sekaligus meningkatkan kadar kepuasan mereka.
Memiliki sikap empati membolehkan seorang jurujual memahami keperluan dan perasaan pelanggan dengan lebih mendalam. Manakala, memiliki kecerdasan emosi yang tinggi akan membantu jurujual untuk menguruskan emosi sendiri serta mengenali dan mengawal emosi orang lain.
2. Kemahiran Komunikasi yang Cemerlang
Jurujual yang berkualiti mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang. Mereka mampu menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan, mendengar dengan teliti serta menyesuaikan gaya komunikasi mengikut keperluan pelanggan.
Kemahiran ini membolehkan mereka berinteraksi dengan pelbagai jenis pelanggan dan menangani sebarang kebimbangan atau soalan dengan yakin.
3. Pengetahuan Produk
Mengetahui produk atau perkhidmatan yang dijual secara mendalam adalah satu lagi kualiti penting bagi seorang jurujual. Ini termasuk memahami ciri-ciri produk, manfaatnya, serta bagaimana produk/perkhidmatan tersebut boleh memenuhi keperluan pelanggan.
Dengan pengetahuan yang mendalam, jurujual dapat memberikan cadangan yang lebih tepat dan meyakinkan pelanggan tentang nilai produk mereka dengan lebih baik.
4. Berorientasikan Matlamat
Jurujual yang berkualiti adalah individu yang berorientasikan matlamat dan hasil. Mereka sentiasa menetapkan matlamat yang jelas, merangka strategi untuk mencapainya, dan berusaha gigih untuk memenuhi atau melebihi sasaran jualan mereka. Sikap proaktif dan komitmen terhadap pencapaian ini adalah kunci kejayaan mereka.
5. Mahir Menggunakan Teknologi & Menguasai Alat/Aplikasi Jualan
Jurujual yang berkualiti juga sudah pasti mahir menggunakan teknologi dan menguasai pelbagai alat/aplikasi jualan yang membantu mereka untuk mencapai matlamat jualan.
Kemahiran ini membolehkan mereka menguruskan maklumat pelanggan dengan lebih efisien, mengenal pasti peluang jualan, mengoptimumkan proses jualan serta memaksimakan keuntungan.
7. Berdasarkan Data
Jurujual haruslah membuat keputusan berdasarkan data. Analisis data digunakan untuk memahami tren semasa pasaran, mengenal pasti peluang dan cabaran, serta mengukur keberkesanan strategi jualan.
Dengan pendekatan berasaskan data, jurujual dapat membuat penyesuaian yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi jualan.
Jurujual yang berprestasi tinggi bukan sahaja mencapai atau melebihi sasaran jualan mereka, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan syarikat secara keseluruhan.
Peluang Pekerjaan untuk Jurujual
1. Permintaan Industri yang Pelbagai
Jurujual diperlukan dalam pelbagai industri seperti teknologi, kesihatan, perbankan dan banyak lagi.
Ini menyediakan peluang pekerjaan yang luas dan membolehkan individu yang bekerja sebagai jurujual memilih bidang yang paling sesuai dengan minat dan kemahiran mereka.
2. Peluang Kerja Jarak Jauh
Kemajuan teknologi telah membuka peluang untuk kerja jarak jauh termasuk untuk kerjaya jurujual.
Ini membolehkan mereka bekerja dari mana sahaja, memberikan fleksibiliti dan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.
3. Jawatan Khusus dan Laluan Kerjaya
Jurujual boleh memilih jawatan khusus seperti pengurus akaun, pakar pembangunan perniagaan, atau jurujual teknikal. Laluan kerjaya ini menawarkan peluang untuk pembangunan profesional yang berterusan dan peningkatan dalam tanggungjawab serta gaji.
Selain pekerjaan tetap, jurujual juga boleh memilih untuk bekerja sebagai freelancer atau perunding. Ini membolehkan mereka bekerja dengan pelbagai syarikat dan mendapatkan pengalaman dalam pelbagai industri.
Perkembangan Kerjaya untuk Jurujual
Jurujual Pemula
Kerjaya sebagai jurujual biasanya bermula dengan posisi entry-level. Pada peringkat ini, jurujual pemula biasanya diberikan latihan asas mengenai produk, teknik jualan, dan cara berinteraksi dengan pelanggan.
Individu akan mempelajari cara mengenal pasti prospek, membuat panggilan jualan dan menutup jualan. Ini adalah asas yang penting untuk memahami asas-asas jualan dan membina keyakinan.
Jurujual Berpengalaman
Setelah beberapa tahun pengalaman sebagai jurujual pemula, individu akan diberikan tanggungjawab yang lebih besar dan jawatan yang lebih tinggi daripada sebelumnya.
Sebagai jurujual berpengalaman, individu akan menguruskan akaun pelanggan yang lebih besar, mempunyai sasaran jualan yang lebih tinggi, terlibat dalam strategi jualan dan mungkin mula membimbing jurujual baru.
Pengurus Akaun
Seterusnya, jurujual berpengalaman boleh dinaikkan pangkat menjadi pengurus akaun. Pengurus akaun bertanggungjawab menguruskan hubungan dengan pelanggan utama atau strategik.
Mereka perlu memastikan pelanggan sedia ada berpuas hati dan mencari peluang untuk meningkatkan jualan. Tugas ini memerlukan kemahiran pengurusan masa yang baik dan kemampuan untuk menangani keperluan dan permintaan pelanggan yang kompleks.
Pengurus Jualan
Dengan lebih banyak pengalaman dan pencapaian, seorang jurujual boleh dinaikkan pangkat menjadi pengurus jualan.
Pengurus jualan memainkan peranan penting dalam melatih dan membimbing ahli pasukan jualan mereka.
Pengarah Jualan
Langkah seterusnya dalam perkembangan kerjaya adalah menjadi pengarah jualan.
Pengarah jualan bertanggungjawab untuk strategi jualan di peringkat syarikat dan bekerja rapat dengan pihak pengurusan atasan untuk merancang serta melaksanakan inisiatif jualan yang menyokong matlamat syarikat.
Naib Presiden Jualan
Di peringkat yang lebih tinggi, jurujual boleh mencapai jawatan Naib Presiden (VP) Jualan.
VP Jualan mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk prestasi jualan syarikat. Mereka memimpin pasukan jualan global atau serantau, membentuk dasar dan prosedur jualan dan memastikan penyelarasan antara jualan dan jabatan lain seperti pemasaran dan operasi.
Ketua Pegawai Jualan (Chief Sales Officer - CSO)
Sebagai peringkat tertinggi dalam hierarki jualan, Ketua Pegawai Jualan bertanggungjawab secara menyeluruh untuk semua aktiviti jualan dalam syarikat.
CSO adalah sebahagian daripada pasukan eksekutif dan bekerja rapat dengan CEO serta ahli lembaga pengarah untuk menetapkan dan mencapai matlamat jangka panjang syarikat. Mereka juga memastikan bahawa strategi jualan selaras dengan visi dan misi syarikat.
Pembangunan Profesional Dalam Kerjaya Jurujual
Sijil Industri
Mempunyai sijil industri adalah perkara penting untuk kredibiliti seorang jurujual. Sijil ini diiktiraf secara meluas dan menunjukkan kepakaran dalam bidang jualan.
Kursus dan Bengkel Dalam Talian
Kursus dan bengkel dalam talian adalah cara yang fleksibel dan mudah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam jualan. Platform seperti Coursera, Udemy, dan LinkedIn Learning menawarkan pelbagai kursus yang relevan, seperti:
Fundamentals of Sales Management
Menyediakan asas-asas pengurusan jualan.
Effective Negotiation Skills
Mengajar teknik-teknik rundingan yang berkesan untuk mencapai hasil yang baik dalam perjanjian jualan.
Digital Sales and Marketing
Memberikan panduan mengenai strategi jualan dan pemasaran dalam era digital.
Persidangan dan Acara Rangkaian
Menghadiri persidangan dan acara rangkaian adalah peluang yang baik untuk belajar daripada pakar industri, mendapatkan wawasan terkini dan membina hubungan profesional.
Persatuan Profesional
Menyertai persatuan profesional memberikan akses kepada pelbagai sumber pendidikan, peluang rangkaian, dan perkembangan kerjaya.
Blog dan Podcast
Membaca blog dan mendengar podcast yang berkaitan dengan jualan adalah cara yang baik untuk kekal update mengenai strategi jualan terkini dan tren industri.
Projek Hands-On dan Kajian Kes
Mengambil bahagian dalam projek hands-on dan kajian kes memberikan pengalaman praktikal yang sangat berharga dalam kerjaya jurujual. Ini membolehkan jurujual mengaplikasikan teori dalam situasi dunia sebenar dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah mereka.
Mulakan langkah pencarian kerja ana di portal Epicareer hari ini. Muat naik resume anda dan pilih kerjaya pilihan anda berdasarkan padanan yang dibuat.
Pekerjaan Terkenal:
Jawatan Kosong Kerajaan|WFH Call Center|Sales Agent|Content Marketing Specialist|HR Officer | Financial Controller| Data Engineer | IT Support Analyst | Software Developer | UI/UX Designer | Software Developer
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article