5 min read
Cara Menulis Deskripsi Kerja Untuk Jurujual Profesional
Strategi tepat diperlukan untuk menarik pekerja yang sesuai. Pelajari cara menulis deskripsi kerja untuk jurujual profesional demi memastikan calon yang tepat memohon.
Updated Aug 7, 2024
Mencari pekerja yang sesuai dan memenuhi keperluan syarikat memerlukan strategi dan cara yang tepat. Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuklah cara menulis deskripsi kerja untuk jawatan yang ditawarkan.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut.
Cara Menulis Deskripsi Kerja Untuk Jurujual Profesional
Perkara utama dalam menulis deskripsi tugas untuk apa-apa jawatan sekalipun ialah, segala maklumat hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terperinci oleh pihak majikan. Hal ini sangat penting bagi mengelakkan kekeliruan dan kesamaran kepada calon yang memohon.
Deskripsi tugas yang jelas dan terperinci serta mudah difahami akan menarik perhatian calon yang benar-benar menepati apa yang diperlukan oleh syarikat.
Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
Keterangan Tentang Syarikat
Sertakan maklumat ringkas mengenai syarikat, termasuk sejarah, visi, misi dan nilai-nilai utama. Ini membantu calon memahami budaya syarikat dan apa yang diharapkan daripada mereka.
Objektif dan Tanggungjawab
Nyatakan objektif utama jawatan tersebut serta tanggungjawab harian yang perlu dilaksanakan. Gunakan senarai dalam bentuk poin untuk mudah difahami dan pastikan setiap tanggungjawab adalah spesifik dan relevan.
Kelayakan dan Kemahiran
Nyatakan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan kemahiran yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Pisahkan antara kelayakan yang wajib dan yang diutamakan untuk memberi gambaran yang jelas kepada calon.
Faktor Penarik
Sertakan kelebihan dan peluang yang ditawarkan oleh syarikat, seperti budaya kerja, peluang pertumbuhan kerjaya dan faedah tambahan. Ini boleh menjadi ‘faktor penarik’ bagi calon yang sedang memutuskan untuk memohon.
Dengan memberikan deskripsi tugas yang lengkap dan menarik, syarikat dapat memastikan bahawa hanya calon yang sesuai dan berpotensi tinggi yang akan memohon.
Contoh & Templat Deskripsi Kerja Untuk Jurujual Profesional
TEMPLATE 1
Jawatan kosong Jurujual kini dibuka!
Pihak syarikat sedang mencari individu yang bersemangat tinggi dan berdedikasi untuk menyertai pasukan kami dalam memajukan syarikat. Jurujual yang dicari hendaklah sentiasa peka terhadap perubahan dalam industri dan strategi pesaing, serta bijak merangka teknik jualan yang berkesan.
Jawatan ini menawarkan latihan yang komprehensif, faedah yang menarik, dan peluang untuk kemajuan kerjaya dalam bidang jualan. Sekiranya anda ada ciri-ciri yang dinyatakan, sila hantar permohonan anda ke: (alamat emel). Sertakan resume/cv anda yang terkini.
Tentang Kami
Syarikat X adalah entiti yang aktif dalam industri [nyatakan industri], menekankan inovasi dan kepuasan pelanggan sebagai aspek utama. Kami terkenal dengan penyediaan [nyatakan produk atau perkhidmatan] berkualiti tinggi, dengan komitmen untuk terus maju dalam bidang ini.
Objektif Jawatan
- Menyumbang kepada peningkatan pendapatan syarikat melalui jualan yang konsisten.
- Menjalin dan menyelenggara hubungan jangka panjang dengan pelanggan.
- Mengenal pasti dan merebut peluang pasaran baru.
Tanggungjawab
- Melaksanakan aktiviti jualan harian termasuk panggilan telefon dan emel kepada prospek.
- Menyediakan strategi jualan yang selaras dengan matlamat syarikat.
- Melaporkan kemajuan jualan dan analisis pasaran kepada pengurusan.
- Menghadiri mesyuarat jualan mingguan dan latihan.
- Menyusun dan mengurus dokumen jualan seperti kontrak dan perjanjian.
Kemahiran dan Kelayakan Diperlukan
- Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan, Pemasaran atau bidang yang relevan.
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam jualan atau perkhidmatan pelanggan.
- Kemahiran komunikasi yang baik.
- Keupayaan untuk bekerja dalam persekitaran yang berorientasikan hasil.
- Kemahiran komputer yang baik, terutamanya dalam menggunakan Microsoft Office.
Kemahiran dan Kelayakan Diutamakan
- Boleh menggunakan perisian CRM.
- Keupayaan untuk bekerja dengan baik di bawah tekanan dan memenuhi tarikh akhir.
- Pemikiran strategik dan kemampuan analisis yang tajam.
- Rekod kejayaan dalam mencapai atau melebihi sasaran jualan.
- Keupayaan untuk bekerja secara berdikari dan bekerjasama dalam pasukan.
TEMPLATE 2
Kami sedang mencari seorang jurujual profesional mempunyai semangat serta minat terhadap jenama kami. Calon ideal harus berkongsi nilai-nilai syarikat kami seperti kejujuran, ketelusan dan komitmen terhadap kepuasan pelanggan.
Jawatan ini menawarkan pakej faedah yang kompetitif, termasuk jadual yang fleksibel dan kadar komisen yang menarik.
Tentang Kami
[Nama syarikat] adalah sebuah syarikat yang beroperasi dalam industri [nyatakan industri], fokus kepada inovasi dan kepuasan pelanggan. Syarikat kami menyediakan [nyatakan produk atau perkhidmatan] yang unggul dengan komitmen untuk memajukan industri melalui pendekatan yang proaktif dan berdaya saing tinggi.
Objektif Jawatan
- Mencapai dan melebihi sasaran jualan bulanan dan tahunan.
- Membina dan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan.
- Mengenal pasti peluang jualan baru dan memperluas pasaran syarikat.
Tanggungjawab
- Menjalankan analisis pasaran untuk mengenalpasti peluang perniagaan baru.
- Menyediakan dan menyampaikan pembentangan jualan kepada pelanggan berpotensi.
- Mengurus kitaran jualan penuh dari prospek hingga penutupan.
- Berkolaborasi dengan pasukan pemasaran untuk menyelaraskan strategi jualan.
- Menyediakan laporan jualan bulanan dan ramalan untuk pengurusan.
Kemahiran dan Kelayakan Diperlukan
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan, Pemasaran atau bidang berkaitan.
- Pengalaman kerja minimum 2 tahun dalam jawatan jualan atau berkaitan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan negosiasi yang baik.
- Berupaya untuk bekerja secara berdikari serta bekerjasama dalam pasukan.
- Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh.
Kemahiran dan Kelayakan Diutamakan
- Pengalaman dalam industri yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan syarikat.
- Kemahiran menggunakan perisian CRM dan alat analisis data.
- Keupayaan untuk bercakap dalam lebih daripada satu bahasa.
- Rekod prestasi yang terbukti dalam mencapai sasaran jualan yang tinggi.
- Kemahiran kepimpinan dan pengurusan projek.
Sekiranya berminat, sila hantarkan resume/cv anda ke: [alamat emel syarikat]. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: [no.telefon syarikat]
TEMPLATE 3
[Syarikat X] sedang mencari seorang pakar jurujual/jurujual professional/ jurujual senior untuk membantu meningkatkan jualan, memperluaskan capaian pelanggan di peringkat tempatan dan nasional serta menyumbang kepada pertumbuhan syarikat.
Pihak syarikat akan memberikan pelbagai sokongan dan manfaat yang komprehensif serta komisen yang menarik kepada calon yang terpilih. Bukan itu sahaja, jurujual juga mempunyai peluang pertumbuhan profesional di syarikat ini.
Tentang Kami
[Nama syarikat] adalah syarikat yang berdedikasi dalam industri [nyatakan industri]. Kami menjual pelbagai produk/perkhidmatan khusus untuk [nyatakan]. Dengan komitmen kepada kecemerlangan operasi dan perkembangan profesionalisme, kami memastikan bahawa setiap interaksi dengan pelanggan memberi nilai tambah yang berkekalan kepada mereka.
Objektif Jawatan
- Menyediakan strategi jualan yang inovatif untuk meningkatkan jualan syarikat.
- Membantu dalam pembangunan produk baru berdasarkan maklum balas pelanggan.
- Melatih dan membimbing pasukan untuk mencapai prestasi jualan yang optimum.
Tanggungjawab
- Menyelaras aktiviti jualan dengan pasukan pemasaran untuk memastikan konsistensi mesej.
- Membuat kajian pasaran untuk mengenal pasti trend dan peluang.
- Menghadiri acara dan pameran industri untuk mempromosikan produk syarikat.
- Menyediakan dokumentasi dan laporan berkaitan jualan.
- Mengendalikan panggilan penjualan dan mesyuarat dengan pelanggan berpotensi.
Kemahiran dan Kelayakan Diperlukan
- Ijazah dalam bidang Pemasaran, Perniagaan atau bidang yang berkaitan.
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang jualan.
- Kemahiran komunikasi lisan dan tulisan yang sangat baik.
- Kebolehan untuk membina dan mengekalkan hubungan perniagaan jangka panjang.
- Kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Office dan CRM.
Kemahiran dan Kelayakan Diutamakan
- Pengalaman dalam bidang jualan B2B.
- Kemahiran pengurusan masa dan organisasi yang baik.
- Keupayaan untuk bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan tekanan tinggi.
- Pengetahuan tentang strategi pemasaran digital.
- Keupayaan untuk membuat keputusan strategik dan taktikal.
TEMPLATE 4
Adakah anda seorang jurujual yang bersemangat dan bercita-cita tinggi? Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada pasukan yang dinamik dan inovatif?
Jika ya, [Syarikat X] perlukan anda!
Tentang Kami
[Syarikat X] adalah sebuah syarikat yang sedang berkembang pesat dalam industri [industri syarikat]. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik kepada pelanggan kami. Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan kedudukan kami di pasaran, kami sedang mencari jurujual profesional yang berbakat dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami.
Objektif Jawatan
- Meningkatkan dan melebihi sasaran jualan bagi [Syarikat X].
- Memperluaskan pasaran dan meningkatkan kehadiran [Syarikat X] dalam industri [industri syarikat].
- Menyediakan servis pelanggan yang terbaik dengan fokus kepada kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
Tanggungjawab
- Mencapai dan melebihi sasaran jualan yang ditetapkan.
- Mengembangkan dan mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan.
- Mengenal pasti peluang baru untuk meningkatkan jualan.
- Memberi nasihat dan cadangan produk yang sesuai kepada pelanggan.
- Melaporkan perkembangan jualan dan strategi kepada pihak pengurusan.
Kemahiran dan Kelayakan Diperlukan
- Mempunyai Ijazah dalam bidang Perniagaan atau berkaitan.
- Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
- Berupaya bekerja secara berdikari dan bekerjasama dalam pasukan.
- Motivasi diri yang tinggi dan sikap proaktif.
Kemahiran dan Kelayakan Diutamakan
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang jualan.
- Mempunyai rekod prestasi jualan yang cemerlang.
- Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Keupayaan untuk mengenal pasti peluang jualan dan mengembangkan strategi penjualan yang berkesan.
Apa yang Kami Tawarkan:
- Pakej ganjaran yang kompetitif termasuk gaji pokok dan komisen.
- Peluang untuk pembangunan kerjaya dan latihan.
- Suasana kerja yang positif dan sokongan daripada pasukan yang berpengalaman.
- Peluang untuk bekerja dengan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
Jika anda berminat untuk menyertai [Syarikat X] dan menyumbang kepada kejayaan syarikat, sila hantar resume anda ke [alamat email syarikat] atau hubungi kami di [nombor telefon syarikat]. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengembangkan kerjaya anda bersama kami!
Kesimpulan
Menulis deskripsi kerja untuk jawatan jurujual profesional dan seangkatannya memerlukan penjelasan yang teliti dan lengkap dengan informasi yang diperlukan oleh calon untuk menarik perhatian calon yang berkualiti tinggi sekaligus memudahkan proses perekrutan syarikat anda.
Temui Peluang Kerjaya Terkini di Epicareer.
Artikel berkaitan menanti anda:
Dapatkan panduan berharga untuk pencari kerja melalui Panduan Kerjaya.
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article