7 min read
Tips & Cara Menulis Resume Untuk Kerjaya Jurutera Perisian (Software Engineer)
Pelajari cara menulis resume jurutera perisian yang menarik perhatian majikan. Artikel ini memberikan panduan lengkap dengan contoh resume dan tips untuk memastikan resume anda mesra ATS dan menonjolkan pencapaian yang boleh diukur.
Updated Jun 27, 2024
Kerjaya sebagai jurutera perisian merupakan kerjaya yang mempunyai permintaan tinggi dalam era teknologi masa kini. Jurutera perisian memainkan peranan yang penting dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kesihatan, pendidikan, dan banyak lagi.
Bagi mendapatkan peluang bekerja dalam bidang ini, anda perlu merangka resume anda dengan sebaik mungkin bagi memastikan ia benar-benar mampu menarik perhatian pihak bakal majikan.
Anda boleh rujuk cara & tips yang dikongsikan di bawah.
Cara Menulis Resume Jurutera Perisian
1. Butiran Peribadi
Mulakan resume anda dengan menyenaraikan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel. Pastikan maklumat penting ini dapat dilihat dengan jelas walau dengan sekali imbas.
Contoh:
Nama: Ahmad Bin Abdullah
Alamat: No. 12, Jalan Indah 3/5, Taman Seri Indah, 43000 Kajang, Selangor
Nombor Telefon: 012-3456789
Emel: [email protected]
2. Ringkasan Profesional
Perkenalan tentan diri anda dengan ringkas dan professional. Nyatakan kemahiran, kepakaran, dan kebolehan anda sebagai seorang jurutera perisian dengan padat menggunakan ayat yang mudah difahami dan menarik. Tidak perlu panjang berjela.
Contoh:
Seorang jurutera perisian yang berpengalaman lebih dari tiga tahun dalam bidang pembangunan aplikasi web dan mobile. Mahir dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan termasuk JavaScript dan Python. Mempunyai keupayaan dalam merancang dan menguji aplikasi perisian yang berkualiti tinggi. Memiliki pengalaman dalam pengurusan projek, bekerjasama dalam pasukan, dan menyelesaikan masalah teknikal dengan cepat dan efisien.
3. Senaraikan Kemahiran Relevan
Senaraikan kemahiran teknikal dan insaniah anda yang berkaitan dengan bidang jurutera perisian. Gunakan perkataan kunci yang berkaitan. Anda boleh rujuk pada iklan kerja di bahagian deskripsi. Sebaiknya gunakan poin-poin sahaja untuk pastikan kemahiran tersebut tersusun dengan teratur dan mudah dibaca.
Contoh:
- Pengalaman dalam pengaturcaraan menggunakan Java, Python, dan JavaScript.
- Keupayaan dalam menggunakan framework seperti ReactJS dan Node.js untuk pembangunan aplikasi web.
- Pengalaman dalam pengurusan pangkalan data MySQL dan MongoDB.
4. Senaraikan Sijil/Latihan/Kursus
Senaraikan sijil, latihan atau kursus yang anda pernah ikuti berkaitan dengan bidang perisian. Ini termasuk pensijilan dalam bahasa pengaturcaraan, pengurusan projek, atau teknologi tertentu. Memiliki sijil-sijil sebegini boleh menjadi kelebihan untuk anda.
Contoh:
- Sijil dalam Data Science, Coursera.
- Kursus Kepintaran Buatan (AI) dari edX.
5. Pendidikan
Senaraikan maklumat kelayakan akademik anda termasuk institusi, gelaran yang diperolehi, dan tahun tamat pengajian. Jika sesuai, nyatakan kursus-kursus atau projek-projek yang memberikan pengalaman yang berkaitan dengan kerjaya jurutera perisian.
Contoh:
- Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia, 2010-2014.
6. Projek Penting
Sertakan sekali pautan portfolio anda di dalam resume. Anda juga boleh letakkannya dalam bentuk QR Code. Sekiranya perlu, anda boleh lampirkan contoh hasil kerja anda untuk dinilai oleh penemuduga.
Sebutkan projek-projek signifikan yang melibatkan penggunaan kemahiran baru yang anda perolehi melalui sijil atau kursus tambahan.
Contoh:
- Projek Analisis Data menggunakan Python untuk menentukan corak pembelian pelanggan bagi meningkatkan hasil jualan.
7. Pencapaian dan Anugerah
Sebutkan pencapaian atau anugerah yang diperolehi semasa kerjaya serta hasil pembelajaran tambahan anda.
Contoh:
- Anugerah Inovasi Tahunan: Menyumbangkan kepada peningkatan kecekapan pengeluaran dengan penggunaan metodologi Agile.
8. Rujukan
Berikan rujukan dari majikan terdahulu atau individu yang dapat memberi testimoni tentang kebolehan dan pencapaian anda.
Contoh:
- "Rujukan akan disediakan apabila diminta."
- Tuan Haji Ali Bin Ahmad
Pengarah Teknikal
ABC Tech Solutions Sdn. Bhd.
012-3456789
Tips Menulis Resume Jurutera Perisian
1. Sesuaikan Resume Berdasarkan Keperluan
Setiap jawatan dalam bidang jurutera perisian mungkin mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Oleh itu, anda perlu menyesuaikan resume anda dengan keperluan khusus setiap pekerjaan yang dipohon.
Ambil masa untuk memahami dengan teliti deskripsi kerja dan syarat-syarat yang diiklankan. Selain itu, pastikan untuk menonjolkan kemahiran, pengalaman, dan pencapaian anda yang paling relevan dengan keperluan jawatan tersebut. Ini akan membantu anda menonjolkan diri
2. Pastikan Resume Mesra ATS
Banyak syarikat menggunakan sistem ATS untuk menapis permohonan kerja secara automatik. Jadi, bagi memastikan anda lepas tapisan yang pertama, resume anda perlu mengikut format ATS.
Gunakan kata kunci yang relevan dengan kerja yang dipohon. Ia boleh merangkumi kemahiran teknikal, bahasa pengaturcaraan, alat pembangunan perisian, dan sebagainya. Rujuk pada bahagian deskripsi kerja di dalam iklan kerja.
Selain itu, gunakan format yang mudah dibaca dan elakkan daripada menggunakan grafik atau label yang kompleks yang mungkin tidak dapat dikenali oleh ATS.
3. Tonjolkan Pencapaian Boleh Diukur
Sertakan data atau nombor dalam pencapaian anda untuk menunjukkan kejayaan anda dalam projek-projek sebelum ini. Contoh, "Berjaya meningkatkan kecekapan aplikasi sebanyak 30% melalui penyelidikan dan pelaksanaan strategi pembaharuan kod."
4. Pilih Templat yang Sesuai
Pilih templat resume yang sesuai untuk memastikan resume anda tersusun dengan baik dan mudah dibaca. Sebaiknya muatkan semua maklumat dalam satu halaman sahaja. Pastikan resume anda profesional dan mudah difahami oleh pembaca.
5. Kemahiran Relevan
Kerjaya sebagai Jurutera Perisian memerlukan kemahiran teknikal yang kukuh, pemahaman yang mendalam tentang bahasa pengaturcaraan dan platform pembangunan perisian, serta keupayaan untuk berkomunikasi dan bekerjasama dalam pasukan.
Jadi pastikan kemahiran yang anda senarikan menonjolkan kemahiran-kemahiran tersebut.
6. Semak Semula
Sebelum menghantar resume, pastikan anda telah menyemak dan memperbaiki sebarang kesilapan tatabahasa, ejaan, atau tipografi. Pastikan resume anda teratur, mudah dibaca, dan menonjolkan kemahiran serta pencapaian anda dengan jelas.
Template 1: Mempunyai Pengalaman
Nama Penuh: [Nama]
Alamat: [Alamat]
Nombor Telefon: [Nombor Telefon]
E-mel: [Alamat E-mel]
LinkedIn/Portfolio: [pautan]
Ringkasan Profesional
Jurutera perisian yang berpengalaman dengan lebih dari [jumlah tahun] pengalaman dalam pembangunan perisian. Mahir dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan termasuk Java, Python, dan C++. Memiliki keupayaan untuk menguruskan projek dari konsep hingga penyelesaian dengan memberi tumpuan kepada kecekapan dan kebolehpercayaan.
Pengalaman Kerja
1. Syarikat ABC.SDN.BHD - 2 Feb 2023 - 2 Feb 2024
Jawatan: Jurutera Perisian
- Bertanggungjawab untuk membangun dan menyelenggara aplikasi perisian menggunakan Java dan SQL.
- Memimpin pasukan pembangunan dalam beberapa projek dan mencapai matlamat dengan berkesan.
2. Syarikat ABC.SDN.BHD (Tarikh bekerja)
Jawatan:
- xx
- xx
Pendidikan
Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Perisian, [Nama Universiti], Tahun Tamat: [Tahun]
Kemahiran
- Bahasa Pengaturcaraan: Java, Python, C++
- Pangkalan Data: SQL, MySQL
- Alat Pembangunan: Eclipse, Visual Studio, Git
Sijil Profesional
- xx
- xx
Pencapaian
- xx
Rujukan
1. Dr. Kalsum, Ketua Jabatan Kejuruteraan
[email protected] (+6019-xxxxxx)
2. Dr.Ahmad Ali, [Jawatan]
Emel, (no telefon)
Template 2: Latar Belakang Bidang Lain
Nama Penuh: [Nama]
Alamat: [Alamat]
Nombor Telefon: [Nombor Telefon]
E-mel: [Alamat E-mel]
LinkedIN/Portfolio: [pautan]
Ringkasan Profesional
Seorang profesional yang bersemangat untuk memulakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan perisian selepas mempunyai pengalaman yang kukuh dalam [bidang sedia ada]. Kreatif dan tekun dalam mencari penyelesaian untuk menghasilkan kerja berkualiti tinggi. Mahir dalam bahasa pengaturcaraan seperti Java, Python, dan C++. Komited untuk terus belajar dan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi, serta bersedia untuk menyumbang kepada syarikat dengan kepakaran dan kebolehan yang dimiliki.
Pengalaman Kerja
Syarikat ABC.SDN.BHD (2/2/2023-2/2/2024)
Jawatan:
- Bertanggungjawab untuk [tugas atau projek yang berkaitan dengan penggunaan teknologi atau pengembangan perisian].
- Memperoleh pengalaman dalam [keterangan aktiviti atau projek yang berkaitan dengan teknologi atau perisian].
- xx
Pendidikan
Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, 2022
Kemahiran
- Bahasa Pengaturcaraan: [Senaraikan bahasa pengaturcaraan yang anda telah pelajari atau kuasai]
- Perisian dan Alat: [Senaraikan perisian dan alat yang anda mahir atau pernah gunakan]
- Sistem Operasi: [Senaraikan sistem operasi yang anda biasa gunakan]
Kursus/Sijil Profesional
Kursus Pengenalan kepada Pengaturcaraan Java, Coursera, 2023
Rujukan
1. Tn.Hj Abu Bakar, Ketua Pengarah
[email protected] (+6019-xxxxxx)
2. [Nama], [Jawatan]
Emel, (no telefon)
Template 3: Graduan Baru Tanpa Pengalaman Kerja
Nama Penuh: [Nama]
Alamat: [Alamat]
Nombor Telefon: [Nombor Telefon]
E-mel: [Alamat E-mel]
LinkedIn/Portfolio: [pautan]
Ringkasan Profesional
Graduan baru dalam bidang Kejuruteraan Perisian yang bercita-cita untuk memberi sumbangan yang bermakna dalam industri teknologi maklumat. Memiliki pengetahuan yang kukuh dalam pengaturcaraan dan pembangunan perisian, serta mempunyai keinginan untuk terus belajar dan meningkatkan kemahiran diri.
Pendidikan
- Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Perisian, [Nama Universiti], Tahun Tamat: [Tahun]
Projek Tahun Akhir
Memimpin pasukan untuk mengembangkan aplikasi mudah alih untuk pengurusan inventori yang menggunakan Java dan SQLite sebagai pangkalan data. Projek ini mencapai matlamat tepat pada masa dan diterima dengan baik oleh pihak pengguna.
Latihan Industri
1. Syarikat ABC.SDN.BHD (2/2/2023-2/2/2024)
- Terlibat dalam pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi web menggunakan PHP dan MySQL.
- Berkolaborasi dengan pasukan pemaju untuk menambah ciri-ciri baru dan mengoptimumkan prestasi aplikasi sedia ada.
Kemahiran
- Bahasa Pengaturcaraan: Java, Python, PHP, HTML/CSS, JavaScript
- Pangkalan Data: MySQL, SQLite
- Alat Pembangunan: Eclipse, Visual Studio Code, Git
- Kreativiti dan Ketekunan dalam Menyelesaikan Masalah
- Kemahiran Komunikasi yang Baik
Rujukan
1. Dr. Fatimah Abu Halim, Pensyarah xxx
[email protected] (+6019-xxxxxx)
2. [Nama], [Jawatan]
Emel, (no telefon)
Contoh Resume Jurutera Perisian
Kesimpulan
Dengan mengikuti panduan di atas, anda pasti boleh menghasilkan resume yang berjaya menonjolkan potensi anda sebagai jurutera perisian kepada majikan. Sentiasa kemaskini dan lakukan penambaikan agar resume anda kekal relevan untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan jawatan yang diinginkan.
Jika anda mencari bantuan lebih lanjut dalam membina resume yang menarik atau ingin mencari peluang pekerjaan terbaik dalam bidang kejuruteraan perisian, kunjungi Epicareer. Epicareer menyediakan sumber dan alat yang berguna untuk mempercepatkan pencarian kerjaya anda dan membantu anda mencapai matlamat profesional anda.
Kunjungi Epicareer hari ini untuk memulakan perjalanan kerjaya anda!
Pekerjaan Terkenal:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
6 min read
Apakah Kelebihan Utama Menggunakan ATS Dalam Proses Pengambilan Pekerja?
Automasi ATS memudahkan proses pengambilan pekerja, menjimatkan masa, dan meningkatkan kualiti calon. Ketahui kelebihan utamanya di sini!
Posted Aug 28, 2024
4 min read
10 Ciri Utama Yang Perlu Ada Dalam Sistem Pengurusan Pemohon (ATS)
Ciri penting dalam memilih ATS: sokongan pelanggan, penyesuaian, pencarian calon, dan lebih banyak lagi untuk proses pengambilan yang lebih efisien!
Posted Aug 14, 2024
4 min read
Fakta SebenarAnda Perlu Tahu Tentang ATS - Mitos vs Realiti
Sistem ATS mempermudah proses pengambilan pekerja. Artikel ini mengulas mitos umum tentang ATS dan fungsinya yang sebenar.
Posted Aug 7, 2024
12 min read
Maksud ATS, Kepentingan & Fungsinya
ATS adalah perisian yang menyaring, menyusun, dan mengurus permohonan kerja secara automatik, memudahkan pengambilan pekerja dan meningkatkan kecekapan.
Posted Aug 7, 2024
Share this article