Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide 8 Tips Menulis Resume Graduan Baru Tanpa Pengalaman Kerja

5 min read

8 Tips Menulis Resume Graduan Baru Tanpa Pengalaman Kerja

Menghadapi cabaran menulis resume sebagai graduan baru tanpa pengalaman? Pelajari cara mengatasi penapisan ATS dan sertakan gambar profesional untuk meningkatkan peluang anda.

Nasra Patahuddin

Updated May 15, 2024

8 Tips Menulis Resume Graduan Baru Tanpa Pengalaman Kerja

Menulis resume sebagai graduan baru yang belum mempunyai pengalaman bekerja adalah satu cabaran. Sebenarnya terdapat banyak contoh resume yang anda boleh tiru, namun adakah ia sesuai dengan keperluan anda?

Ingat, menulis resume adalah merupakan langkah penting untuk memulakan kerjaya. Anda perlu mengetahui caranya agar resume yang dihasilkan tetap menarik walaupun anda belum mempunyai pengalaman bekerja.

Dengan beberapa tips yang tepat, anda boleh menonjolkan diri dan meningkatkan peluang anda untuk dipanggil temuduga serta mendapat pekerjaan diidamkan. Berikut adalah beberapa tips menulis resume yang efektif bagi graduan baru tanpa pengalaman bekerja.

1. Baca Deskripsi Pekerjaan

Pertama sekali, pastikan anda membaca dengan teliti deskripsi pekerjaan yang tertera pada iklan kekosongan kerja. Hal ini kerana, semua info yang anda perlukan untuk menghasilkan resume yang menarik ada di situ.

Catat info penting seperti kemahiran khusus yang dinyatakan dan syarat kelayakan yang diperlukan. Sebagai contoh, jika anda memohon jawatan sebagai marketing, catat setiap kemahiran khusus yang diperlukan seperti "SEO, Social Media, Google Analytics”.

Untuk menyesuaikan resume anda dengan keperluan majikan, anda boleh fokuskan kepada pengalaman/pencapaian anda yang memberi impak.

Contohnya seperti, anda pernah mengikuti program mengajar kanak-kanak di kawasan pedalaman. Gunakan poin ini untuk disesuaikan dengan ‘kemahiran mengajar’ yang diperlukan oleh pihak majikan.

2. Fokus Pada Bahagian Pendidikan Anda

Walaupun anda mungkin tidak mempunyai pengalaman kerja yang relevan, anda boleh gunakan bahagian ini untuk meyakinkan pihak majikan bahawa anda mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut.

Nyatakan kursus yang anda ikuti semasa pengajian, GPA, anugerah akademik yang pernah diperoleh, projek-projek yang pernah dilakukan, dan sijil-sijil yang anda miliki. Ini akan menunjukkan kepada majikan bahawa anda seorang calon yang berpotensi dan mempunyai asas yang kukuh dalam bidang yang dimohon.

Sebagai contoh;

Ijazah Sarjana Muda Sains & Teknologi | GPA: 3.90

  • Dikurniakan Anugerah Kecemerlangan Pelajar
  • Anugerah Dekan 8 Semester
  • Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti

3. Sertakan Pengalaman Aktiviti Kokurikulum/Sukarelawan/Internship

Sertakan juga pengalaman anda mengikuti aktiviti kokurikulum, program sukarelawan, ataupun internship di dalam resume anda.

Ini membantu menonjolkan kemahiran anda di luar pekerjaan formal dan menunjukkan kepada majikan potensi anda sebagai pekerja yang berdedikasi dan beraneka ragam. Pengalaman seperti ini juga boleh menambah warna dan kepelbagaian kepada profil profesional anda, menjadikan anda lebih menarik di mata majikan. Jangan ragu untuk menekankan pencapaian atau pengalaman unik yang anda perolehi semasa terlibat dalam aktiviti tersebut!

Susun dalam bentuk poin dan gunakan kata kerja untuk menonjolkan pengalaman anda. Contoh kata kerja yang boleh digunakan; membantu, menyediakan, menjaga, menulis, berjumpa.

Rujuk contoh di bawah;

  • Sukarelawan Membersihkan Rumah Penjagaan Orang Tua
  • Membantu membersihkan kawasan bilik & persekitaran.
  • Menyediakan aktiviti santai untuk dilakukan di Rumah Penjagaan Orang Tua.
  • Internship di syarikat ABC

Misalnya, jika anda terlibat dalam projek sukarelawan membina rumah untuk golongan kurang berkemampuan, tuliskan tentang kemahiran pembinaan, kerjasama kumpulan, dan kebolehan menyelesaikan masalah yang anda pelajari dari pengalaman tersebut.

Ini akan menunjukkan kepada majikan bahawa anda bukan sahaja mempunyai kemahiran kerja yang relevan, tetapi juga nilai-nilai seperti kebolehan bekerjasama, keinginan untuk membantu, dan tanggungjawab sosial yang diperlukan dalam sesuatu organisasi.

4. Senaraikan Kemahiran yang Relevan

Senaraikan kemahiran yang relevan dengan bidang pekerjaan yang anda mohon sama ada kemahiran teknikal atau kemahiran insaniah.

Kemahiran teknikal adalah kemahiran yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang diinginkan, manakala kemahiran insaniah merangkumi kemahiran seperti kepimpinan, dan kerja berkumpulan.

Anda juga boleh sertakan juga kemahiran boleh pindah (transferable skills) yang anda perolehi melalui pengalaman anda melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum atau sukarelawan. Seperti: kemahiran berkomunikasi, kemahiran pengurusan masa, kemahiran merancang dan sebagainya.

Contohnya, jika anda memohon jawatan sebagai pemasar digital, senaraikan kemahiran teknikal yang berkaitan seperti "pengurusan media sosial" dan "analisis data digital".

Manakala, kemahiran insaniah seperti "kemahiran komunikasi yang baik" dan "keupayaan bekerjasama dalam pasukan" juga sangat penting untuk kerjaya sebagai pemasar digital.

5. Jangan Lupa Untuk Menyemak Semula

Sebelum menghantar resume anda, pastikan untuk menyemak semula dengan teliti. Cari ralat ejaan, tatabahasa, dan kesalahan lain yang mungkin terdapat dalam resume anda. Anda juga boleh meminta pandangan daripada rakan atau ahli keluarga untuk mendapatkan maklum balas tambahan.

6. Ringkas & Padat

Pastikan resume anda ringkas dan padat. Biasanya pihak majikan mempunyai masa yang terhad untuk membaca semua resume yang dihantar. Sebaiknya, satu halaman sahaja.


Buang bahagian yang tidak dan fokuskan pada bahagian yang terpenting seperti pendidikan, pengalaman, dan kemahiran.

7. Gunakan Format ATS

Kebanyakan syarikat menggunakan sistem ATS untuk membuat tapisan awal. Jadi, pastikan resume anda mengikut format ATS. Gunakan kata kunci yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut untuk meningkatkan peluang anda untuk melepasi penapisan ATS.

Sebagai contoh, jika pekerjaan tersebut memerlukan "kemahiran pengaturcaraan Java", pastikan anda menyertakan perkataan tersebut dalam resume anda.

Selain itu, resume anda juga haruslah mudah dibaca oleh manusia. Gunakan jenis huruf dan saiz huruf yang sesuai. Hantar resume anda dalam bentuk PDF agar mudah diakses.

8. Guna Gambar Terkini & Professional

Satu lagi perkara yang sering diambil mudah, iaitu penggunaan gambar. Gunakan gambar yang terkini dan professional. Sebaiknya, gunakan gambar passport anda. Sekiranya anda memohon bidang kreatif, anda boleh gunakan gambar yang lebih bebas & kreatif namun haruslah kekal sopan dan profesional.

8. Guna Gambar Terkini & Professional


Kesimpulan

Untuk menghasilkan resume yang menarik walaupun tidak mempunyai pengalaman bekerja tidaklah mustahil. Dengan mengikuti tips di atas, anda pasti boleh menghasilkan resume yang menonjolkan potensi dan meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan sebagai graduan baru tanpa pengalaman.

Untuk menghasilkan resume yang menarik walaupun tidak mempunyai pengalaman bekerja tidaklah mustahil.

Dengan mengikuti tips di atas, anda pasti boleh menghasilkan resume yang menonjolkan potensi dan meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan sebagai graduan baru tanpa pengalaman.

Jika anda mencari cara yang lebih mudah untuk membuat resume, cuba Epicareer, platform yang memudahkan anda membuat resume secara profesional dalam beberapa langkah mudah!

Pekerjaan Terkenal:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Share this article

Related Articles