5 min read
Tips Menulis Resume Untuk Graduan Baru Tanpa Pengalaman Bekerja
Temui panduan praktikal dalam artikel ini untuk pelajar baru dalam menyusun resume yang memikat hati majikan. Dari memilih format yang sesuai hingga menyorot kemahiran dan pengalaman yang relevan, setiap langkah penting disertakan bersama contoh dan tips tambahan yang berguna. Sedia untuk menemui strategi terbaik bagi mencipta kesan pertama yang kukuh dalam arena pekerjaan!
Updated May 2, 2024
Pertama sekali, selamat datang ke dunia pekerjaan!
Sebagai pencari kerja, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah menghasilkan resume yang bakal menarik minat pihak bakal majikan.
āSaya belum ada pengalaman bekerja, macam mana nak buat resume yang menarik perhatian majikan?ā
Hah, usah risau. Percayalah, walaupun anda seorang graduan baru yang masih belum mempunyai pengalaman bekerja, anda juga boleh hasilkan sebuah resume yang menarik serta menonjol daripada orang lain.
Anda boleh rujuk beberapa tips dan langkah-langkah penting untuk menghasilkan resume pertama anda seperti yang dikongsikan dibawah.
Jom baca.
Tips Menulis Resume Untuk Graduan Baru
1. Pilih Format Resume
Memilih format resume yang sesuai adalah langkah penting yang perlu diberi perhatian. Secara umumnya, terdapat tiga jenis format resume; Kronologi, Fungsional, Kombinasi.
Untuk pencari kerja yang belum mempunyai pengalaman bekerja, format resume yang sesuai digunakan adalah format fungsional atau kombinasi.
Resume dengan format fungsional dan kombinasi lebih menonjolkan kemahiran dan pencapaian berbanding format kronologi yang sesuai untuk individu dengan pengalaman kerja yang banyak.
Impaknya, walaupun tidak mempunyai pengalaman bekerja, resume anda tetap kelihatan āberisiā.
Artikel Berkaitan: Tips Menulis Resume Untuk Kerjaya Pemasaran Digital (Digital Marketing)
2. Tonjolkan Tajuk Resume
Pastikan resume anda mempunyai tajuk yang menarik. Letak nama penuh, alamat emel, nombor dan telefon.
Sekiranya ada contoh hasil kerja, anda boleh letakkan pautan yang mudah dibuka. Ini memberikan info tambahan kepada majikan tentang kemahiran dan pencapaian anda.
Tajuk resume membantu memastikan maklumat peribadi anda mudah dikesan. Ingat, pihak majikan hanya ada masa kurang daripada 3 minit untuk membaca sepintas lalu resume anda.
Oleh itu, maklumat penting hendaklah mudah dikenalpasti dengan seimbas pandang sahaja.
3. Sediakan Ringkasan
Sediakan satu bahagian untuk ringkasan diri anda. Tak perlu panjang-panjang, dalam 20-30 patah perkataan pun sudah mencukupi.
Pastikan ringkasan ini memberi gambaran penting mengenai diri anda. Anda boleh menekankan kekuatan dan matlamat profesional anda.
Contoh:
Sebagai individu yang berintegriti dan berorientasikan hasil, saya mempunyai pengalaman yang kukuh dalam pengurusan projek dan strategi korporat. Keupayaan dalam analisis data dan pengambilan keputusan strategik menguatkan kesungguhan saya untuk mencapai keunggulan dalam bidang profesional.
4. Senaraikan Kemahiran Anda
Senaraikan semua kemahiran yang anda miliki terutamanya kemahiran yang relevan dengan jawatan yang dipohon.
Sekiranya perlu, anda boleh jelaskan tahap untuk setiap kemahiran tersebut lebih lebih kemahiran teknikal dan seumpamanya.
5. Sertakan Pengalaman Berkaitan
Walaupun tanpa pengalaman pekerjaan sepenuh masa, anda masih boleh meletakkan pengalaman lain seperti kerja separuh masa, pekerjaan bebas, sukarelawan, dan aktiviti kokurikulum yang pernah anda ikuti.
Contoh:
Jawatan: Pembantu Jualan, Kedai Buku XYZ, [Tarikh]
Penerangan: Bertanggungjawab dalam melayani pelanggan, menguruskan stok, dan mengendalikan transaksi jualan.
Projek: Rekaan Brosur Promosi untuk Event Sukan, [Tarikh]
Penerangan: Menghasilkan brosur menarik untuk meningkatkan kesedaran mengenai event sukan yang akan berlangsung.
Organisasi: Rumah Anak Yatim XYZ, [Tarikh]
Penerangan: Terlibat dalam aktiviti sukarela, membantu dalam program pendidikan dan kebajikan kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: Tips Menulis Cover Letter Untuk Bidang Pemasaran (Beserta Contoh)
6. Pendidikan
Letakkan maklumat pendidikan anda dengan lengkap. Anda boleh sertakan sekali kejayaan akademik seperti GPA dan anugerah, serta projek atau kursus yang berkaitan dengan pekerjaan yang diinginkan.
Tahap pendidikan biasanya menjadi penanda aras kelayakan dan kesesuaian anda dalam bidang pekerjaan tersebut.
7. Sijil dan Kursus Dalam Talian
Jangan lupa sertakan bersama sijil dan kursus dalam talian yang telah anda ambil. Ini boleh menjadi nilai tambah kepada anda sekaligus membezakan anda dengan calon lain. Ia juga membuktikan komitmen anda terhadap pembelajaran berterusan dan kemajuan profesional.
Tips Tambahan
1. Pastikan anda menyemak semula (proofread) resume anda dengan teliti agar bebas daripada kesalahan ejaan dan tatacara bahasa atau maklumat yang tertinggal.
2. Elakkan menggunakan latar belakang yang berwarna warni untuk menghasilkan resume. Hadkan kepada dua warna sahaja.
3. Sekiranya anda meletakkan gambar, guna gambar yang formal.
4. Pastikan resume anda ringkas, mudah dibaca. Tumpukan pada maklumat yang paling relevan untuk pekerjaan yang anda inginkan.
5. Gunakan kata kunci yang relevan dengan industri atau jawatan yang dipohon. Ini dapat membantu resume anda dikenal pasti oleh sistem padanan atau ATS.
6. Hantar resume dalam bentuk PDF agar mudah diakses oleh pihak majikan.
7. Sentiasa kemaskini resume anda terutamanya apabila setelah menghantar permohonan kerja dan ditolak - Berkemungkinan besar resume anda ada āmasalahā.
Contoh Resume & Templat
Anda boleh gunakan dan ubahsuai templat ini untuk menghasilkan resume yang menarik walaupun tanpa pengalaman bekerja.
Nama Penuh:
Emel:
Nombor Telefon:
Portfolio/Profil LinkedIn:
Ringkasan Diri
Graduan baru dalam bidang [Nama Bidang Pengajian] dengan pengetahuan mendalam dalam [Tuliskan Bidang Khusus, Contohnya: Pengaturcaraan Java].
Pendidikan
20xx - Sarjana Muda dalam [Nama Bidang Pengajian], Universiti Teknologi ABC (CGPA: 3.9)
20xx - Pengajian Asasi xxx, Universiti Teknologi ABC (CGPA: 3.9)
Projek Akademik
1. Projek Pengaturcaraan
Membangunkan aplikasi [Nama Aplikasi] menggunakan Java.
Menguruskan kitar hidup pengembangan perisian dari konsep hingga pelaksanaan
2. XXX
3. XXX
Kemahiran
Perisian Microsoft Office
SQL
Java
xxx
Kursus Tambahan
Sijil Pengenalan kepada Pemrograman Python: Kursus Dalam Talian XYZ, Disember 2021
xxx
xxx
Aktiviti Kurikulum & Sukarela
Penyertaan dalam Pertandingan Inovasi Teknologi:
Membentuk pasukan dan mencipta prototaip bagi [Nama Projek].
Mencapai tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.
Sukarelawan di Pusat Komuniti ABC:
Menyertai projek kebersihan dan menguruskan aktiviti komuniti setempat.
Rujukan
Nama, no telefon, emel, jawatan
Nama, no telefon, emel, jawatan
Kesimpulan
Dengan mengikuti tips yang telah dibagikan dan mengaplikasikannya ke dalam resume anda, yakinlah ia dapat meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan panggilan temuduga yang diimpikan, meski pun anda tidak mempunyai pengalaman bekerja.
Jika anda berminat untuk menyempurnakan lagi resume anda, jangan ragu untuk mencuba Enhance Resume by Epicareer. Di sana, anda dapat menilai skor resume anda dan menyelaraskannya sehingga menjadi lebih menonjol, sesuai dengan kriteria yang dicari oleh perekrut. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kelayakan anda dalam dunia pekerjaan!
Pekerjaan Terkenal:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
6 min read
Apakah Kelebihan Utama Menggunakan ATS Dalam Proses Pengambilan Pekerja?
Automasi ATS memudahkan proses pengambilan pekerja, menjimatkan masa, dan meningkatkan kualiti calon. Ketahui kelebihan utamanya di sini!
Posted Aug 28, 2024
4 min read
10 Ciri Utama Yang Perlu Ada Dalam Sistem Pengurusan Pemohon (ATS)
Ciri penting dalam memilih ATS: sokongan pelanggan, penyesuaian, pencarian calon, dan lebih banyak lagi untuk proses pengambilan yang lebih efisien!
Posted Aug 14, 2024
4 min read
Fakta SebenarAnda Perlu Tahu Tentang ATS - Mitos vs Realiti
Sistem ATS mempermudah proses pengambilan pekerja. Artikel ini mengulas mitos umum tentang ATS dan fungsinya yang sebenar.
Posted Aug 7, 2024
12 min read
Maksud ATS, Kepentingan & Fungsinya
ATS adalah perisian yang menyaring, menyusun, dan mengurus permohonan kerja secara automatik, memudahkan pengambilan pekerja dan meningkatkan kecekapan.
Posted Aug 7, 2024
Share this article