Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Apa Itu Digital Marketer, Tugas dan Tanggungjawabnya

10 min read

Apa Itu Digital Marketer, Tugas dan Tanggungjawabnya

Pelajari peningkatan permintaan dalam bidang pemasaran digital, peranan dan tanggungjawab seorang pemasar digital, kemahiran yang diperlukan, serta peluang kerjaya yang tersedia. Temukan juga alat digital utama yang digunakan dan tips untuk memajukan karier anda dalam pemasaran digital. Baca artikel ini untuk memulakan atau beralih ke kerjaya yang menjanjikan di pemasaran digital.

Nasra Patahuddin

Updated Jun 13, 2024

Apa Itu Digital Marketer, Tugas dan Tanggungjawabnya

Peningkatan permintaan dalam bidang pemasaran digital telah menjadi trend yang signifikan sejak beberapa tahun ini. Lebih-lebih lagi apabila semakin banyak perniagaan atau organisasi yang dijalankan secara dalam talian.

Hal ini seiring dengan perkembangan dunia teknologi serta dunia perniagaan yang semakin meluas. Sekiranya anda ingin memulakan atau beralih kepada kerjaya dalam pemasaran digital, sekarang adalah masa yang tepat.

Sebelum itu, mari luangkan masa sebentar untuk membaca lebih lanjut tentang apa yang dilakukan seorang pemasar digital, tanggungjawab, kemahiran yang diperlukan dan info lain yang berkaitan.

Apa Itu Pemasar Digital (Digital Marketer) ?

Bidang pemasaran digital biasanya melibatkan promosi produk dan perkhidmatan melalui pelbagai saluran digital untuk mendapatkan pelanggan dan membina kesedaran jenama.

Terdapat pelbagai jenis jawatan dalam bidang pemasaran digital, salah satunya ialah Pemasar Digital (Digital Marketer).

Pemasar Digital adalah seorang individu yang berperanan penting dalam merancang, melaksanakan, dan menguruskan strategi pemasaran dalam talian untuk meningkatkan keterlihatan (visibility), penglibatan (engagement) dan jumlah keuntungan perniagaan atau produk yang dipromosikan.

Pemasar Digital biasanya akan menggunakan pelbagai media digital, termasuk media sosial, enjin carian, emel, penciptaan kandungan dan pengiklanan dalam talian untuk berhubung dengan sasaran (audiens) yang tepat, meningkatkan penglibatan (engagement) dan mencapai objektif perniagaan melalui cara digital.

Tugas dan Tanggungjawab Pemasar Digital

Berikut adalah antara tugas dan tanggungjawab seorang pemasar digital;

1. Membangunkan Strategi Pemasaran Digital

Sebagai pemasar digital, benda paling utama yang kena buat ialah merancang strategi pemasaran.

Ini termasuklah mengenal pasti sasaran audiens, memilih platform yang sesuai (macam Facebook, Instagram, Google, dll.), dan menentukan jenis konten yang nak dihasilkan. Contoh mudah, kalau target audiens korang remaja, mungkin TikTok atau Instagram lebih relevan.

2. Pengurusan Kempen Iklan Dalam Talian - Performance atau Iklan Berbayar (termasuk PPC, Iklan Meta, Iklan TikTok, dan lain-lain)

Kadang-kadang, organic reach tak cukup. Jadi, pemasar digital perlu menguruskan pengiklanan berbayar seperti Google Ads, Facebook Ads, dan Instagram Ads.

Kena pandai merancang bajet, memilih target audiens yang tepat, melancarkan iklan dan memantau prestasi iklan secara berkala, menghasilkan iklan yang compelling, dan mengubah kreatif iklan.

3. Pemasaran Enjin Carian (SEM)

Dalam dunia pemasaran digital, Pemasaran Enjin Carian (SEM) memainkan peranan penting dalam meningkatkan keterlihatan jenama di enjin carian seperti Google dan Bing.

SEM merangkumi aktiviti SEO (Search Engine Optimization) dan PPC (Pay-Per-Click) yang bertujuan untuk menarik trafik berkualiti ke laman web. Berikut adalah tugas dan tanggungjawab pemasar digital dalam mengendalikan SEM.

  • Membina strategi iklan berbayar seperti Google Ads dan sebagainya untuk meningkatkan ‘visibility’ dan ‘ranking’ laman web di halaman hasil enjin carian (SERP).
  • Mengurus bajet iklan, tawaran kata kunci, dan sasaran geografi untuk memaksimumkan ROI (Return on Investment).
  • Memilih kata kunci yang relevan dan berpotensi untuk menghasilkan trafik yang berkualiti.
  • Memilih kata kunci yang sesuai berdasarkan jumlah carian, kos per klik (CPC), dan kesesuaian dengan matlamat kempen.
  • Memastikan perbelanjaan kempen berada dalam bajet yang ditetapkan dan memberikan hasil yang optimum.
  • Menulis teks iklan yang menarik dan relevan yang dapat menarik perhatian pengguna dan menggalakkan klik.
  • Membangun dan mengoptimumkan Halaman Pendaratan (Landing Pages).
  • Menganalisis data prestasi untuk mengenalpasti trend dan peluang penambahbaikan.
  • Melaraskan strategi kempen berdasarkan data untuk memastikan keberkesanan dan efisiensi yang berterusan.
  • Memahami garis panduan dan dasar iklan platform iklan yang berbeza untuk memastikan iklan mematuhi peraturan setiap platform pengiklanan.
  • Menyesuaikan iklan mengikut keperluan undang-undang dan polisi platform.

4. Pengoptimuman Enjin Carian (SEO)

SEO ni macam magik untuk memastikan website korang muncul di hasil carian Google. Pemasar digital perlu memahami teknik SEO seperti penggunaan kata kunci (keywords), meta tags, dan link building. Lagi tinggi ranking di Google, lagi senang orang jumpa bisnes korang.

  • Melakukan kajian kata kunci untuk mengenal pasti istilah yang sering dicari oleh audiens/sasaran pelanggan.
  • Pengoptimuman Di Laman (On-Page): Mengoptimumkan elemen laman web seperti tajuk, meta deskripsi, dan kandungan untuk kata kunci yang dipilih.
  • Pengoptimuman Luar Laman (Off-Page): Membina pautan balik (backlinks) berkualiti tinggi dan meningkatkan autoriti laman web.

5. Penghasilan dan Pengurusan Kandungan

Content is king, kata orang. Tugas pemasar digital termasuklah menghasilkan konten yang menarik dan berkualiti seperti artikel blog, video, infografik, dan lain-lain.

Kandungan ni penting untuk menarik perhatian dan membina kepercayaan dengan audiens.

  • Mencipta dan mengurus kandungan yang relevan dan menarik seperti blog, artikel, video, dan grafik.
  • Mengemas kini laman web secara berkala dan memastikan kandungan sentiasa relevan dan terkini.
  • Mengedarkan kandungan melalui pelbagai saluran seperti media sosial, e-mel, dan laman web.

6. Pengurusan Media Sosial

Menguruskan media sosial bukan sekadar post gambar atau video je. Ia termasuklah berinteraksi dengan followers, menjawab komen dan mesej, serta memastikan kandungan yang dihasilkan konsisten dengan jenama. Kena kreatif dan aktif untuk memastikan engagement dengan audiens sentiasa tinggi.

  • Menguruskan akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter.
  • Membuat dan berkongsi kandungan yang menarik untuk audiens.
  • Berinteraksi dengan pengikut dan membina komuniti dalam talian.

7. Pemasaran Emel

Jangan lupa, email marketing masih relevan. Tugas pemasar digital termasuklah membina dan mengurus senarai email pelanggan, merancang dan menghantar email yang menarik, serta memantau prestasi kempen email. Tujuannya untuk mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan dan meningkatkan sales.

  • Mencipta emel yang menarik dan relevan untuk pelbagai jenis audiens.
  • Mengurus pangkalan data pelanggan dan memastikan senarai emel sentiasa dikemaskini.
  • Menggunakan alat automasi untuk menghantar emel berdasarkan tindakan atau tingkah laku pengguna.

8. Analisis Data dan Pelaporan

Data tak pernah menipu. Pemasar digital perlu sentiasa memantau dan menganalisis prestasi kempen pemasaran mereka. Ini termasuklah memahami metrik seperti CTR (Click Through Rate), conversion rate, dan ROI (Return on Investment).

Dari data ni, mereka boleh buat penambahbaikan untuk kempen seterusnya.

  • Menggunakan alat analitik seperti Google Analytics untuk mengumpul data prestasi laman web dan kempen.
  • Menganalisis data untuk mengenal pasti trend, kekuatan, dan kelemahan kempen pemasaran.
  • Menyediakan laporan berkala yang jelas dan komprehensif untuk menginformasikan pihak berkepentingan mengenai prestasi kempen dan ROI.

Aplikasi/Alat Digital yang Digunakan Pemasar Digital

Dalam dunia pemasaran digital, terdapat pelbagai aplikasi dan alat digital yang boleh membantu pemasar untuk mencapai matlamat mereka dengan lebih efektif dan efisien.

Berikut adalah beberapa alat digital popular yang sering digunakan oleh pemasar digital di Malaysia:

1. Pengurusan Media Sosial

  • Hootsuite: Alat pengurusan media sosial yang membolehkan anda menguruskan pelbagai akaun media sosial dari satu platform.
  • Buffer: Menjadualkan kandungan dan menganalisis prestasi media sosial.
  • Sprout Social: Membantu pengurusan, pemantauan, dan analitik media sosial.

2. Analitik Web

  • Google Analytics: Menganalisis trafik laman web dan memahami tingkah laku pengguna.
  • Adobe Analytics: Memberikan analisis data lanjutan untuk memahami prestasi laman web.
  • Hotjar: Membantu pemasar digital memahami bagaimana pengguna berinteraksi dengan laman web mereka.

3. Pengoptimuman Enjin Carian (SEO)

  • Ahrefs: Melakukan analisis backlink, penyelidikan kata kunci, audit laman web, dan penjejakan ranking.
  • SEMrush: Alat SEO menyeluruh untuk analisis kata kunci, audit laman web, dan analitik pesaing.
  • Moz: Membantu mencari dan menganalisis kata kunci, analisis SEO, dan memantau prestasi laman web.
  • Google Search Console: Alat ini memberikan pandangan mendalam tentang bagaimana laman web anda berfungsi dalam hasil carian Google dan membantu anda untuk mengoptimumkan kehadiran anda di enjin carian.

4. Pemasaran Enjin Carian (SEM)

  • Google Ads: Membuat dan mengurus kempen iklan berbayar di Google.
  • WordStream: Alat pengurusan iklan yang membantu mengoptimumkan kempen SEM di pelbagai platform.

5. Pemasaran Emel

  • Mailchimp: Merancang dan menghantar kempen emel, serta menganalisis hasilnya.
  • SendinBlue: Alat pemasaran emel dengan fungsi automasi dan segmentasi.
  • Constant Contact: menyediakan pelbagai ciri dan fungsi untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana menjalankan kempen pemasaran e-mel yang berkesan.

6. Pengurusan Kandungan di Website (CMS)

  • WordPress: Membina kandungan dan mengurus laman web.
  • HubSpot CMS: Menyediakan alat CMS dengan fungsi pemasaran terintegrasi.
  • Joomla: Sistem pengurusan kandungan fleksibel dan boleh disesuaikan.
  • Shopify: platform e-dagang yang paling popular di dunia dan digunakan oleh pemasar digital untuk membina dan mengurus kedai dalam talian

8. Pengurusan Projek dan Kolaborasi (Kerja Kumpulan)

  • Trello: Alat pengurusan projek berasaskan papan kanban untuk mengurus tugasan dan kolaborasi.
  • Asana: Membantu mengurus projek dan tugas dengan lebih efisien.
  • Notion: Membantu mengurus projek dan tugas dengan lebih efisien.
  • Slack: Platform komunikasi untuk kerjasama dalam pasukan.

9. Reka Bentuk dan Penyuntingan Visual

  • Canva: Membuat reka bentuk visual/kandungan dengan mudah.
  • Adobe Creative Cloud: Digunakan untuk reka bentuk grafik, penyuntingan video, pengembangan web, fotografi, dan perkhidmatan kreatif lain.
  • Figma: Alat reka bentuk UI/UX dan prototaip untuk kolaborasi dalam talian.

10. Automasi Pemasaran

  • HubSpot: Platform automasi pemasaran dengan fungsi CRM, e-mel, dan pengurusan kandungan.
  • Marketo: Alat automasi pemasaran untuk kempen e-mel, penilaian petunjuk, dan analitik pemasaran.
  • ActiveCampaign: Alat automasi pemasaran yang mengintegrasikan e-mel, CRM, dan penjualan.

Pemasaran digital semakin menjadi keutamaan dalam dunia perniagaan moden, tetapi keberkesanan seorang pemasar digital tidak hanya bergantung kepada kemahiran teknikal semata-mata.

Sebaliknya, ia juga memerlukan gabungan kemahiran insaniah yang kuat bagi mencapai kejayaan yang berterusan dalam bidang ini.

Kemahiran Teknikal: Fondasi Kritikal

Kemahiran teknikal merangkumi pengetahuan mendalam dalam penggunaan pelbagai alat dan platform digital seperti Google Analytics, SEO (Search Engine Optimization), dan pengurusan media sosial.

Kemahiran ini membolehkan pemasar digital untuk menganalisis data, mengukur prestasi kempen, dan menyesuaikan strategi pemasaran dengan lebih berkesan.

Kecekapan dalam menggunakan perisian analitik dan keupayaan untuk mengendalikan peralatan teknikal adalah aspek-aspek penting yang membezakan pemasar digital yang berjaya.

  1. Penguasaan platform pemasaran digital seperti Google Ads, Facebook Ads, dan lain-lain.
  2. Pengetahuan dalam analisis data dan penggunaan alat analitik.
  3. Keupayaan untuk mengendalikan perisian pengeditan grafik dan video.
  4. Pemahaman asas mengenai pembangunan laman web dan kemahiran menggunakan CMS (sistem pengurusan kandungan) seperti WordPress atau Joomla.
  5. Keupayaan untuk menggunakan alat pengurusan hubungan pelanggan (CRM) seperti Salesforce atau HubSpot.
  6. Pengetahuan tentang pengoptimuman enjin carian (SEO) dan penggunaan perkakasan dan perisian yang berkaitan.
  7. Kemahiran dalam menggunakan alat pemasaran e-mel seperti Mailchimp atau Constant Contact.
  8. Keupayaan untuk mengendalikan alat analitik media sosial seperti Facebook Insights atau Twitter Analytics.

Kemahiran Insaniah: Kunci Kehadiran Emosi dan Empati

Di samping kemahiran teknikal, kemahiran insaniah memainkan peranan yang kritikal dalam memupuk hubungan baik dengan pelanggan.

Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi yang baik, keupayaan untuk berempati dengan keperluan dan kehendak pelanggan, serta kebolehan untuk menguruskan hubungan dalam talian dengan cara yang efektif.

Pemasar digital yang mahir dalam kemahiran insaniah mampu membangunkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan, meningkatkan kepercayaan, dan membina kesetiaan terhadap jenama.

  1. Kemahiran Komunikasi
  2. Penyelesaian Masalah
  3. Kreativiti
  4. Pengurusan Masa
  5. Kerja Berpasukan
  6. Pemikiran Analitis
  7. Kemahiran Negosiasi
  8. Fleksibiliti dan Keupayaan Menyesuaikan Diri
  9. Kemahiran Menulis & Membuat Kandungan
  10. Kepimpinan

Gabungan yang Memberi Kelebihan Bersaing

Kombinasi yang mantap antara kemahiran teknikal dan insaniah menjadikan seorang pemasar digital lebih komprehensif dan berdaya saing.

Dengan memanfaatkan data analitik untuk memahami trend dan keperluan pelanggan, sambil memberikan pengalaman yang memuaskan secara emosional, pemasar digital dapat membawa jenama ke tahap yang lebih tinggi dalam pasaran digital yang semakin kompetitif.

Teknologi terus berkembang, tetapi keperluan asas manusia untuk rasa dihargai, difahami, dan diberi perhatian tetap kekal relevan.

Oleh itu, pemasar digital yang mempunyai keseimbangan yang baik antara kemahiran teknikal yang kukuh dan kemahiran insaniah yang sensitif akan terus menjadi aset berharga dalam industri yang berubah dengan cepat ini.

Peluang Pekerjaan bagi Pemasar Digital

1. Permintaan Daripada Pelbagai Industri

Industri dari pelbagai sektor seperti perkhidmatan profesional, peruncitan, pelancongan, kewangan, teknologi, kesihatan, pendidikan dan banyak lagi, semuanya memerlukan kepakaran pemasaran digital.

Ini membuka peluang luas bagi pemasar digital untuk menyertai pelbagai jenis organisasi dan mencari pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka.

2. Peluang Bekerja Dalam Talian

Pemasar digital mempunyai peluang yang cerah untuk bekerja secara dalam talian atau dari jarak jauh secara sepenuh masa.

Hal ini kerana, kebanyakan tugas pemasaran digital boleh dilaksanakan secara dalam talian sahaja. Yang penting, ada internet yang stabil.

Ini memberi fleksibiliti kepada individu untuk menguruskan kerjaya mereka tanpa terikat kepada lokasi fizikal tertentu.

3. Jawatan Khusus dan Laluan Kerjaya yang Spesifik

Di dalam bidang pemasaran digital, terdapat pelbagai peranan khusus seperti pakar SEO, pengurus media sosial, pakar SEM, dan pengurus analitik web.

Ini membuka peluang untuk memilih laluan kerjaya yang paling sesuai dengan minat dan kekuatan individu, serta memungkinkan mereka untuk mengembangkan kepakaran dalam bidang tertentu.

4. Bekerja Bebas atau Sebagai Perunding

Banyak pemasar digital memilih untuk bekerja secara bebas atau sebagai perunding. Ini membolehkan mereka untuk mempunyai kawalan yang lebih besar terhadap jadual kerja mereka, menentukan projek yang ingin mereka terima, dan menetapkan harga mereka sendiri.

Selain itu, ia juga memberi peluang untuk bekerja dengan pelbagai klien dan projek yang menarik.

Perkembangan Kerjaya bagi Pemasar Digital

1. Program Internship/ Latihan Praktikal

Program internship atau latihan praktikal adalah antara langkah awal yang penting bagi sesiapa yang mahu menceburi bidang pemasaran digital.

Melalui internship, pelajar atau graduan boleh mendapatkan pengalaman praktikal dalam industri, mempelajari kemahiran asas, dan memahami operasi sebenar dalam bidang pemasaran digital.

2. Peringkat Pemula (Entry-level)

Setelah menamatkan internship dan mendapatkan ijazah atau seumpamanya, individu boleh memasuki peringkat pemula dalam kerjaya bidang pemasaran digital.

Pada peringkat pemula ini, individu akan bekerja di bawah pengawasan pengurus atau pakar pemasaran digital yang lebih berpengalaman.

3. Pemasar Digital Junior/Junior Campaign Manager

Selepas beberapa tahun pengalaman bekerja dalam peringkat pemula (entry-level), individu boleh memajukan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu sebagai junior.

Antara tanggungjawab seorang junior dalam bidang ini ialah merancang, melaksanakan, dan menganalisis kempen pemasaran digital yang lebih kompleks di bawah bimbingan pengurus/pakar pemasaran digital yang lebih berpengalaman.

4. Pengurus Kempen (Campaign Manager)

Apabila telah mempunyai pengalaman yang mencukupi, individu boleh mohon kenaikan jawatan ke peringkat lebih tinggi.

Sebagai pengurus kempen, individu bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan strategi pemasaran digital yang menyeluruh, menguruskan pasukan kerja, melaporkan prestasi kempen kepada pengurusan serta terlibat dalam membuat keputusan strategik bagi keseluruhan strategi pemasaran organisasi.

5. Pakar Pemasaran Digital (Digital Marketing Specialist)

Setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang pemasaran digital dan mempunyai pengalaman yang luas, individu boleh menjawat jawatan sebagai pakar pemasaran digital.

Pakar pemasaran digital adalah pakar dalam bidang tertentu seperti SEO, SEM, pemasaran e-mel, atau pengurusan media sosial.

Sebagai pakar, individu bertanggungjawab untuk memberikan nasihat dan panduan kepada organisasi dalam strategi pemasaran digital mereka, serta memastikan keseluruhan kecekapan dan keberkesanan kempen pemasaran digital yang dijalankan.

Pembangunan Profesional bagi Pemasar Digital

Dalam era digital yang pesat berkembang seperti sekarang, menjadi seorang pemasar digital yang berjaya bukan lagi sekadar soal kebolehan asas.

Ia melibatkan kemahiran yang mendalam dan terkini dalam mengendalikan strategi pemasaran yang berkesan. Bagi mereka yang ingin meningkatkan profesionalisme dalam bidang ini, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil.

1. Sijil Industri dari Platform Terkenal

Pertama sekali, penting untuk memperoleh pengiktirafan dari organisasi profesional seperti Google, HubSpot, atau Facebook.

Melalui sijil-sijil ini, anda bukan sahaja mendapat pengesahan kemahiran dari pakar-pakar industri, malah ia juga membuktikan kebolehan anda secara praktikal dalam pemasaran digital.

2. Kursus dan Bengkel Dalam Talian

Selain itu, ambil peluang untuk menyertai kursus dan bengkel dalam talian yang ditawarkan oleh platform seperti Coursera atau Udemy.

Ini adalah cara terbaik untuk mempelajari kemahiran baru atau meningkatkan kemahiran sedia ada tanpa perlu meninggalkan tempat kerja. Fleksibiliti ini membolehkan anda menyesuaikan pembelajaran mengikut jadual anda sendiri.

3. Konferensi dan Acara Berkaitan

Hadiri konferensi dan acara rangkaian yang berkaitan dengan pemasaran digital. Ini bukan sahaja memberikan anda akses kepada maklumat terkini tentang trend dan teknologi terkini dalam industri, tetapi juga peluang untuk berinteraksi dengan para profesional lain.

Jaringan ini boleh menjadi aset yang berharga dalam perkembangan kerjaya anda.

4. Blog dan Podcast Pemasaran Digital

Sumber maklumat seperti blog dan podcast juga sangat berguna. Bacalah blog terkini dan dengar podcast daripada pakar-pakar industri untuk mendapatkan perspektif yang mendalam tentang strategi, alat, dan teknik pemasaran digital yang berkesan.

Ia membantu anda untuk sentiasa berada di barisan hadapan dalam industri yang berubah dengan cepat ini.

5. Projek dan Kajian Kes dalam Pemasaran Digital

Akhir sekali, tidak ada pengganti untuk pengalaman praktikal. Libatkan diri dalam pelaksanaan projek-projek pemasaran praktikal dan kajian kes yang mengaplikasikan kemahiran anda secara langsung.

Ini bukan sahaja membantu untuk meningkatkan kemahiran operasi anda, tetapi juga memperdalam pemahaman anda tentang pelbagai strategi dalam pemasaran digital.


Kesimpulan

Dengan pertumbuhan ekonomi serta teknologi yang pesat dalam penggunaan internet dan peningkatan kebergantungan perniagaan pada strategi pemasaran dalam talian, peluang pekerjaan dalam bidang pemasaran digital dijangka terus berkembang dan memberikan ruang untuk pertumbuhan kerjaya yang berterusan.

Jika anda berminat untuk memulakan kerjaya dalam bidang yang dinamik ini, inilah masanya untuk bertindak! Jangan lepaskan peluang untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan anda dalam pemasaran digital.

Daftar sekarang di Epicareer untuk mencari peluang kerjaya yang sesuai dengan anda dan mulakan langkah pertama anda menuju kejayaan dalam bidang pemasaran digital!

Pekerjaan Terkenal:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles