Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Cara Menolak Tawaran Kerja (Beserta Contoh)

3 min read

Cara Menolak Tawaran Kerja (Beserta Contoh)

Nak tahu cara tolak tawaran kerja tanpa buat imej tercalar? Jom baca tips dalam artikel ni! Dari tunjukkan penghargaan, elak ambil masa lama untuk jawab, hingga bagi alasan profesional, semua ada dikongsikan. Jangan lupa tengok contoh surat penolakan tawaran kerja untuk rujukan.

Nasra Patahuddin

Updated Jul 2, 2024

Cara Menolak Tawaran Kerja (Beserta Contoh)

Sebagai pencari kerja, apabila mendapat tawaran pekerjaan, sudah pasti ia adalah berita yang sangat menggembirakan. Namun begitu, tidak semua pekerjaan yang ditawarkan sesuai untuk anda terima atau, anda kemungkinan sudah ada pilihan bekerja ditempat lain.

Jadi, anda perlu menolak tawaran tersebut. Tetapi, persoalannya, bagaimana hendak menolak tawaran kerja dengan cara yang profesional tanpa menyebabkan imej dan nama mendapat kesan buruk oleh pihak syarikat tersebut?

Nampak macam mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka. Apabila berada dalam situasi tersebut, kebanyakan orang akan rasa serba salah dan tidak tahu perlu buat apa. Akhirnya, hanya mengabaikan tawaran tersebut tanpa memberi kata putus.

Tindakan ini boleh menyebabkan imej dan nama anda tercalar. Kemungkinan besar, disenarai hitamkan daripada syarikat tersebut. Sebaiknya, kita perlu elakkan perkara ini kerana siapa tahu pada masa hadapan anda berpeluang bekerja dengan mereka pula.

Tips dan cara menolak tawaran kerja dengan profesional

Berikut adalah tips dan cara menolak tawaran kerja dengan profesional yang anda boleh rujuk sekiranya ingin menolak sebarang tawaran pekerjaan yang ditawarkan kepada anda.

1. Elakkan ambil masa yang lama

Apabila ingin menolak tawaran pekerjaan yang anda tidak inginkan, elakkan untuk mengambil masa terlalu lama. Walaupun untuk membuat keputusan memerlukan masa, namun jangan berlengah-lengah untuk memaklumkan kepada pihak syarikat tersebut ketika anda sudah membuat keputusan ingin menolak tawaran tersebut.

Penolakan anda bermakna mereka perlu mempertimbangkan semula permohonan yang lain dan menawarkan jawatan tersebut kepada orang lain. Tindakan anda boleh menjejaskan peluang orang lain disebabkan pihak syarikat masih menunggu jawapan daripada anda dan terpaksa menutup peluang tersebut kepada orang lain.

Lebih banyak anda berlengah-lengah menghantar jawapan anda, lebih banyak masa proses pengambilan pekerja mereka mengambil masa. Ini secara tidak langsung akan menyusahkan banyak pihak.

2. Tunjukkan penghargaan atas tawaran yang diberi

Sebelum anda menyampaikan penolakan terhadap tawaran tersebut, mulakan dengan menyatakan rasa terima kasih anda untuk tawaran itu.

Maklumkan juga kepada pihak pengambilan pekerja syarikat tersebut bahawa anda menghargai masa dan pertimbangan mereka. Ini adalah cara yang beradab dan profesional untuk menolak tawaran kerja.

Contoh ayat yang anda boleh gunakan:

Terima kasih kerana sudi menghubungi saya dan menawarkan jawatan sebagai XXX kepada saya.

Sejujurnya, saya sangat menghargai tawaran anda. Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor peribadi, saya perlu menolak jawatan itu.

Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi atas masa dan pertimbangan anda dan berharap anda akan segera mencari calon yang sesuai untuk jawatan tersebut.

3. Nyatakan alasan anda

Jangan lupa nyatakan alasan anda secara profesional. Alasan anda haruslah profesional dan tidak terlalu peribadi ataupun memburuk-burukkan syarikat. Antara contoh alasan profesional yang anda boleh nyatakan apabila menolak tawaran kerja adalah;

  • Menerima tawaran kerja lain
  • Matlamat kerjaya anda tidak sama dengan syarikat
  • Anda perlukan gaji yang lebih tinggi

Manakala, antara contoh jawapan yang tidak professional adalah;

  • Anda tidak menyukai pengurus cawangan tersebut
  • Syarikat tersebut tidak maju
  • Ada seseorang yang anda tidak suka bekerja disitu

Baca Juga:

Contoh surat penolakan tawaran kerja

Tuan/Puan,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menawarkan saya jawatan sebagai XXX di syarikat anda.

Namun, dukacitanya, saya terpaksa menolak tawaran itu kerana saya telah mendapat tawaran kerja lain/mendapati matlamat kerjaya saya tidak selari dengan jawatan yang ditawarkan/gaji yang ditawarkan kurang daripada jangkaan saya/dan lai-lain.

Saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi atas masa dan pertimbangan tuan/puan. Semoga satu hari nanti saya berpeluang untuk bekerja di syarikat tuan/puan.

Yang benar,

(tandatangan/nama)


Sedang cari kerja? Anda boleh cuba muat naik resume anda di portal Epicareer untuk memudahkan pencarian kerja anda. Tunggu apa lagi, muat naik sekarang!

Pekerjaan Terkenal:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles