4 min read
Contoh Soalan-Soalan Menarik Untuk Penemuduga
Temuduga bukanlah hanya tentang menjawab soalan, tetapi juga tentang bertanya. Ketahui mengapa adalah penting untuk bertanya soalan kepada majikan semasa temuduga, serta tips untuk membuat persediaan yang baik sebelum mengajukan soalan.
Updated May 14, 2024
Apabila mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga, ramai yang fokus kepada cara menjawab soalan sehingga terlupa bahawa kita juga mempunyai hak untuk bertanya.
Sebenarnya, anda boleh bertanya apa sahaja kepada pihak majikan atau panel temuduga semasa menghadiri temuduga. Gunakan peluang ini dengan bijak untuk bertanya soalan yang relevan sekaligus membantu anda untuk membuat keputusan yang tepat sekiranya berjaya mendapat tawaran kelak.
Anda boleh baca tips dan beberapa contoh soalan menarik yang anda boleh tanya kepada pihak majikan semasa temuduga seperti yang dikongsikan di bawah.
Mengapa Kita Perlu Bertanya Soalan kepada Pihak Majikan?
Temuduga adalah merupakan sebuah proses komunikasi dua-hala. Kedua belah pihak boleh bertanya dan menjawab soalan (saling berinteraksi) bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Bertanya soalan kepada pihak majikan adalah penting dalam proses temuduga kerana ia membolehkan anda untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang syarikat, budaya kerja, skop pekerjaan, dan peluang pembangunan kerjaya. Ini memberi peluang kepada anda untuk menilai sama ada syarikat itu sesuai dengan matlamat dan nilai-nilai anda.
Selain itu, bertanya soalan juga menunjukkan kepada majikan bahawa anda berminat dengan jawatan dan bersedia untuk belajar dalam persekitaran kerja yang baru. Ini boleh meningkatkan kesan positif kepada majikan dan memberi anda peluang yang lebih baik untuk berjaya dalam temuduga.
Persediaan Sebelum Bertanya Soalan
Sebelum menghadiri sesi temu duga, pastikan anda membuat persiapan secukupnya termasuk soalan-soalan yang ingin ditanya kepada pihak majikan. Ini adalah untuk memastikan soalan yang anda tanyakan adalah relevan dan memberi kesan positif.
Antara persediaan yang anda boleh lakukan ialah:
- Melakukan penyelidikan mengenai latar belakang syarikat dan jawatan yang ditawarkan.
- Kenal pasti matlamat dan jangkaan anda terhadap jawatan yang ditawarkan. Fokuskan soalan anda untuk mendapatkan maklumat yang membantu anda menilai sama ada jawatan tersebut sesuai dengan matlamat kerjaya anda dan menepati jangkaan anda atau sebaliknya.
- Buat satu senarai soalan yang anda ingin tanya. Teliti setiap soalan adakah relevan atau tidak untuk ditanya. Sebaiknya, sediakan soalan yang spesifik. Hindari soalan yang umum atau boleh didapati jawapannya melalui laman web syarikat.
- Susun persoalan anda daripada yang penting kepada kurang penting. Apabila masa mencemburui, sekurang-kurangnya soalan penting dapat dijawab.
- Baca perkongsian mengenai soalan-soalan yang boleh ditanya kepada panel temuduga. Hal ini akan membantu anda merangka soalan yang relevan.
▶ Baca Juga: Cara Membuat Rundingan Gaji (Beserta Templat)
Tips Bertanya Soalan kepada Penemuduga Kerja
1. Tanya Soalan Spesifik
Apabila bertanya soalan, sebaiknya tanyalah soalan yang spesifik dan berkaitan sama ada mengenai syarikat atau jawatan yang dipohon. Contohnya, anda boleh bertanya soalan mengenai salah satu skop pekerjaan yang dipaparkan pada iklan kerja untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
2. Bersikap fleksibel
Elakkan bersikap seperti penyiasat apabila bertanya soalan kepada penemuduga. Berinteraksilah secara semulajadi dan bersikap fleksibel.
3. Respon Kepada Soalan
Anda boleh bertanya soalan dengan merespon soalan yang diberi oleh penemuduga. Ini membolehkan anda mendapatkan maklumat yang lengkap serta membantu anda memberi jawapan yang diperlukan.
4. Tanya Apa Sahaja
Jangan sesekali berkata bahawa anda tidak mempunyai soalan. Ini boleh memberi gambaran anda tidak bersungguh-sungguh tentang jawatan yang dipohon tersebut. Tanyalah apa sahaja yang meragukan atau kurang jelas bagi anda.
5. Manfaatkan Setiap Peluang
Jangan hanya bertanya soalan pada akhir sesi temu duga. Gunakan peluang sepanjang temuduga untuk bertanya mengikut konteks dan perkembangan perbualan.
Contoh Soalan kepada Jabatan Sumber Manusia (HR)
Mengambil peluang untuk bertanya soalan yang relevan kepada Jabatan Sumber Manusia (HR) adalah sangat penting. Ia akan membantu anda memahami dengan lebih mendalam mengenai hal-hal pengurusan syarikat, budaya kerja, bagaimana syarikat menyokong kesejahteraan dan pertumbuhan staf, dan sebagainya.
Antara contoh soalan penting yang boleh anda tanya adalah:
- Bagaimana syarikat menyokong pembangunan profesional staf?
- Apakah langkah-langkah yang diambil oleh syarikat dalam memastikan kesejahteraan mental dan fizikal staf?
- Bagaimana proses penilaian prestasi dilaksanakan di syarikat ini?
- Apakah aspek budaya kerja yang ditekankan oleh syarikat?
- Bagaimana proses pemilihan pekerja baru dijalankan di syarikat ini?
- Bolehkah saya tahu tentang proses latihan dan pembangunan yang disediakan oleh syarikat ini?
- Adakah syarikat ini mempunyai program kebajikan yang membantu pekerja mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan yang baik?
Anda boleh sesuaikan soalan-soalan ini mengikut keperluan. Pastikan soalan tersebut memberi nilai tambah kepada pemahaman anda tentang syarikat dan peluang kerjaya yang ditawarkan.
Soalan kepada Panel Temuduga (Calon Majikan)
Berbeza dengan soalan kepada HR, anda boleh bertanya soalan kepada panel temuduga atau calon majikan mengenai tanggungjawab keseluruhan, skop kerja, laporan, KPI, dan lain-lain.
Antara soalan penting yang boleh ditanya ialah:
- Bagaimanakah proses kerja berpasukan dijalankan di dalam syarikat ini, dan bagaimana jawatan ini berfungsi bersama jabatan-jabatan lain dalam organisasi?
- Apakah visi jangka panjang syarikat dan bagaimana jawatan ini dapat menyokong pencapaian visi tersebut?
- Adakah terdapat peluang untuk melibatkan diri dalam projek-projek khas atau di luar skop pekerjaan?
- Bagaimana proses penilaian prestasi dijalankan dan apakah pencapaian yang diberi penghargaan?
- Apakah peluang pembangunan kerjaya yang disediakan oleh syarikat?
- Apakah perubahan atau inovasi terkini yang sedang berlaku dalam industri ini, dan bagaimana syarikat ini berusaha untuk kekal relevan dan berdaya saing?
- Bolehkah saya tahu tentang salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh pihak syarikat pada masa kini, dan bagaimana syarikat merancang untuk mengatasinya?
Jangan risau, anda boleh bertanya apa sahaja soalan yang relevan dan sesuai dengan konteks syarikat dan jawatan yang ditawarkan. Walaupun soalan tersebut ‘simple’, jangan ragu untuk bertanya.
▶ Artikel Berkaitan: Jenis-Jenis Penipuan Kerja & Tips Elak Terkena Penipuan
Apa yang Perlu Dielakkan Apabila Bertanya Soalan?
Semasa bertanya soalan, elakkan perkara-perkara berikut:
- Elakkan bertanya soalan yang tidak berkaitan atau terlalu umum.
- Elakkan bertanya soalan yang didapati jawapannya melalui Google atau sumber lain.
- Elakkan bertanya soalan yang telah dijelaskan melainkan jika anda mahu pengesahan tambahan.
- Elakkan bertanya soalan yang tidak relevan atau boleh menjejaskan imej anda sebagai calon yang berminat untuk bekerja di syarikat tersebut.
- Elakkan bertanya tentang gaji dan faedah lain syarikat dalam peringkat awal pengambilan pekerja.
- Elakkan bertanya soalan provokasi.
- Elakkan bertanya soalan dengan nada yang tidak sopan dan seperti ingin berdebat.
- Elakkan bertanya soalan dengan niat ingin menyindir atau seumpamanya.
- Elakkan bertanya soalan sama berulang kali.
- Jangan sesekali memotong percakapan penemuduga semata-mata ingin bertanya soalan.
Penutup
Manfaatkan peluang untuk bertanya dengan bijak dan bersungguh-sungguh semasa menghadiri temuduga. Soalan yang baik akan membantu anda mendapatkan maklumat yang berharga sekaligus meningkatkan peluang anda untuk diterima bekerja.
Semoga artikel ini membantu anda membuat persiapan dengan baik untuk temuduga kelak!
Dengan perancangan yang teliti, seseorang pasti dapat menghadapi perubahan kerjaya dengan penuh yakin dan bersedia untuk mencapai matlamat profesional yang baru. Jangan lupa bahawa perubahan kerjaya bukanlah satu perjalanan yang harus ditempuh seorang diri.
Epicareer menyediakan platform yang memudahkan anda untuk menemui peluang kerjaya yang sesuai dengan minat, kemahiran, dan matlamat anda. Jadi, jomlah bersama-sama menyusuri pelbagai peluang kerjaya yang menarik di Epicareer!
Pekerjaan Terkenal:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
6 min read
Senarai Soalan Temuduga Untuk Melantik Sales Professional
Ketahui soalan temuduga yang tepat untuk menilai kemahiran teknikal dan insaniah calon. Dapatkan petua menilai jawapan calon untuk buat keputusan yang betul. Temui soalan utama dan tips dalam artikel ini!
Posted Jul 29, 2024
3 min read
Cara Menolak Tawaran Kerja (Beserta Contoh)
Nak tahu cara tolak tawaran kerja tanpa buat imej tercalar? Jom baca tips dalam artikel ni! Dari tunjukkan penghargaan, elak ambil masa lama untuk jawab, hingga bagi alasan profesional, semua ada dikongsikan. Jangan lupa tengok contoh surat penolakan tawaran kerja untuk rujukan.
Posted Jul 2, 2024
7 min read
Jurulatih Temuduga (Interview Coach) - Adakah Berbaloi untuk Dicuba?
Ketahui bagaimana jurulatih temuduga dapat membantu anda cemerlang dalam temuduga pekerjaan. Manfaatkan bimbingan untuk meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan teknik negosiasi. Bersiap dengan strategi yang disesuaikan, latihan temuduga tiruan, serta nasihat pakar mengenai penampilan dan sikap. Ketahui bila untuk mendapatkan jurulatih temuduga dan cara memilih yang sesuai untuk keperluan kerjaya anda.
Posted Jun 11, 2024
8 min read
Contoh & Jenis Soalan Temuduga Pemasaran Digital
Pelajari cara menjawab soalan temuduga pemasaran digital dengan yakin melalui artikel ini. Dapatkan panduan lengkap dan contoh soalan yang sering ditanya, termasuk soalan peribadi, kemahiran, dan teknikal. Pastikan Anda siap untuk menghadapi temuduga dan menunjukkan kepakaran Anda dalam bidang pemasaran digital.
Posted Jun 13, 2024
8 min read
Tips Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Beserta Contoh
Temui strategi dan panduan bagi menjawab soalan wajib "Sila perkenalkan diri anda" semasa temuduga. Dapatkan tips untuk membuat kesan pertama yang positif dan contoh jawapan yang berkesan bagi memenangi hati panel temuduga.
Posted May 6, 2024
Share this article