Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Pro dan Kontra Bekerja Di Luar Negara

5 min read

Pro dan Kontra Bekerja Di Luar Negara

Bekerja di luar negara memang banyak pro dan kontra yang perlu dipertimbangkan. Artikel ni kupas tuntas tentang kebaikan seperti mempelajari budaya baru, gaji lebih tinggi, dan meningkatkan kemahiran. Tapi jangan lupa, ada juga cabaran seperti kejutan budaya, kos sara hidup yang tinggi, dan diskriminasi. Nak tahu lebih? Jom baca sampai habis dan terokai peluang kerjaya di luar negara dengan Epicareer!

Nasra Patahuddin

Updated Jul 2, 2024

Pro dan Kontra Bekerja Di Luar Negara

Bekerja di luar negara adalah satu perkara yang tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia. Terdapat ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara untuk bekerja sebagai golongan profesional dan lain-lain bidang pekerjaan.

Ada banyak perkara yang boleh menjadi asbab untuk seseorang memilih untuk bekerja di luar negara contohnya seperti gaji yang lumayan, peluang pekerjaan yang lebih banyak, perkembangan kerjaya yang terjamin, pengalaman yang tidak ternilai dan sebagainya.

Namun begitu, sekiranya anda ingin bekerja di luar negara, anda perlu mempertimbangkan kebaikan dan juga keburukannya. Ketahuilah, tidak semuanya indah seperti yang anda dengar, dan tidak semua seburuk yang anda fikirkan.

Dengan mempertimbangkan pro dan kontranya, anda boleh mempersiapkan diri sebaiknya sebelum mula bekerja di luar negara dan bersedia menghadapi segala risiko dan cabarannya yang tersendiri.

Pro Bekerja Di Luar Negara

1. Mempelajari Budaya dan Bahasa Baru

Setiap negara ataupun tempat mempunyai budayanya yang tersendiri tidak kiralah sama ada budaya bekerja ataupun budaya cara hidup dan sebagainya.

Dengan berhijrah ke tempat baru, anda boleh mempelajari budaya baru yang diamalkan di negara tersebut. Kita boleh belajar cara hidup, makanan, bahasa, dan tradisi negara tersebut. Ini akan membantu anda untuk bersikap lebih terbuka serta menambah pengetahuan anda mengenai budaya negara lain.

Pengalaman ini bukan sahaja memperkayakan pengetahuan, tetapi juga membantu kita menjadi lebih terbuka dan memahami perbezaan.

Contoh:

Siti, seorang jurutera perisian dari Malaysia, mendapat tawaran bekerja di Jepun. Di sana, dia mempelajari adat resam Jepun seperti upacara minum teh, festival bunga sakura, dan etika kerja Jepun yang sangat teratur. Pengalaman ini membuka matanya terhadap kepelbagaian budaya dan cara hidup.

2. Gaji Yang Lebih Tinggi

Ini menjadi salah satu faktor utama yang mempengaruhi keputusan seseorang untuk bekerja di luar negara; ingin mendapatkan gaji yang tinggi.

Ini terutamanya dalam bidang teknologi, perubatan, dan kejuruteraan. Pengalaman bekerja di luar negara juga boleh meningkatkan resume dan memberi kelebihan dalam pasaran kerja global.

Tidak dinafikan, apabila anda berkerja di negara yang maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Ireland dan lain-lain. Gaji yang ditawarkan adalah lebih besar daripada gaji yang diperolehi di Malaysia terutamanya dalam bidang profesional seperti jurutera, doktor dan sebagainya.

3. Meningkatkan Kemahiran

Apabila anda bekerja di luar negara, anda akan didedahkan dengan teknologi-teknologi baru yang kemungkinan belum ada di Malaysia. Ini adalah satu peluang untuk anda meningkatkan kemahiran diri dan mengaut seberapa banyak pengetahuan di negara tersebut.

Anda berpeluang untuk mempelajari dan meningkatkan kemahiran anda dengan lebih meluas lagi untuk menjadi pekerja yang kompetitif. Ini akan menjadi nilai tambah yang berguna dalam portfolio atau resume anda.

Selain itu, penguasaan bahasa asing anda juga akan bertambah. Sebagai contoh, apabila bekerja di Jepun, anda perlu menguasai bahasa Jepun dengan baik.

4. Rangkaian Profesional

Bekerja di luar negara membolehkan kita membina rangkaian profesional yang luas. Ini boleh memberi manfaat jangka panjang, sama ada untuk kerjaya masa depan atau peluang perniagaan.

Berkenalan dengan rakan sekerja dan klien dari pelbagai latar belakang juga boleh memberikan perspektif baru dalam cara bekerja.

Contoh:

Raj, seorang pakar IT, bekerja di Silicon Valley, Amerika Syarikat. Di sana, dia berkenalan dengan ramai profesional dalam industri teknologi. Rangkaian yang luas ini membantu Raj mendapatkan peluang pekerjaan baru dan memulakan projek startup sendiri.

5. Kesempatan Melancong

Tinggal di luar negara memberikan peluang untuk melancong ke negara-negara berdekatan. Kita boleh menjelajah tempat-tempat menarik dan mengalami keindahan serta keunikan dunia yang luas ini.

Korang juga bisa menjadi seorang vlogger. Sebagai vlogger, kandungan ini boleh menjadi tarikan utama untuk penonton yang berminat dengan budaya luar. Contohnya, memperlihatkan festival tradisional, makanan tempatan, atau aktiviti harian di negara baru.

Keburukan (Kontra) Bekerja Di Luar Negara

1. Cabaran Bahasa dan Budaya

Mungkin selama ini anda hanya mendengar perkara baik baik sahaja mengenai sesebuah negara tersebut. Namun apabila tiba di sana, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hal ini menyebabkan anda mengalami kejutan budaya.

Kesannya, anda tidak dapat beradaptasi dengan budaya di negara tersebut lebih-lebih lagi apabila anda bersendirian dan tidak mempunyai sokongan daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang berada berdekatan anda.

Walaupun belajar bahasa baru adalah kelebihan, tetapi pada mulanya ia boleh menjadi satu halangan. Komunikasi yang terhad boleh menyebabkan salah faham dan kesukaran dalam melaksanakan tugas harian. Selain itu, menyesuaikan diri dengan budaya baru mungkin memerlukan masa dan usaha.

2. Kos Sara Hidup Yang Tinggi

Walaupun anda memperoleh gaji yang lumayan tinggi, namun kos sara hidup di sesetengah negara juga sangat tinggi. Kemungkinan besar gaji anda terima adalah hanya cukup-cukup makan sahaja. Tidak seperti yang anda sangkakan.

Oleh itu, anda perlu bijak membuat pertimbangan sebelum memutuskan untuk bekerja di luar negara agar anda tidak merempat di negara orang lain.

3. Diskriminasi

Tidak dinafikan, terdapat negara yang mempunyai tahap diskriminasi yang sangat tinggi terutamanya buat individu yang beragama islam dan memakai tudung.

Diskriminasi ini boleh berlaku sehingga menyebabkan anda berasa tidak selamat untuk keluar atau bekerja.

4. Isu Visa dan Permit Kerja

Proses mendapatkan visa dan permit kerja boleh menjadi rumit dan memakan masa. Ada negara yang mempunyai peraturan ketat dan memerlukan banyak dokumen. Ini boleh menjadi satu proses yang stres dan membebankan, terutamanya jika ada masalah dengan majikan atau perubahan peraturan imigrasi.

5. Kesihatan dan Insurans

Akses kepada perkhidmatan kesihatan mungkin berbeza di setiap negara. Ada negara yang mempunyai sistem kesihatan yang baik, tetapi ada juga yang memerlukan insurans kesihatan yang mahal. Jika kita jatuh sakit atau mengalami kecederaan, kos rawatan boleh menjadi tinggi.

Walaupun korang mempunyai insurans kesihatan, proses mendapatkan rawatan perubatan yang baik agak rumit dan mahal.

6. Penyesuaian Iklim

Iklim di negara lain mungkin berbeza dengan Malaysia. Cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas boleh menjadi satu cabaran. Penyesuaian kepada perubahan iklim memerlukan masa dan boleh mempengaruhi kesihatan kita.

7. Keselamatan dan Stabiliti

Tidak semua negara mempunyai tahap keselamatan dan kestabilan politik yang sama. Penting untuk membuat kajian tentang keadaan keselamatan dan politik negara yang kita ingin bekerja. Ini untuk memastikan kita berada dalam persekitaran yang selamat dan stabil.


Mari terokai lebih banyak peluang kerjaya melalui portal pencarian kerja, Epicareer. Anda hanya perlu muat naik resume anda dan pilih kerjaya yang anda inginkan. Mudah sahaja!

Pekerjaan Terkenal:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles