5 min read
Kemahiran Boleh Dipindahkan - Definisi, Kepentingan & Contoh
Pelajari tentang kemahiran boleh dipindahkan, yang penting dalam pelbagai bidang kerjaya. Artikel ini menjelaskan definisi, kepentingan, dan contoh kemahiran ini, serta cara menonjolkan kemahiran tersebut dalam resume, surat lamaran, dan temuduga untuk meningkatkan peluang kerjaya anda.
Updated Jun 10, 2024
Selain kelayakan dan pengalaman, setiap pekerjaan memerlukan kemahiran tertentu sama ada kemahiran teknikal ataupun kemahiran insaniah. Gabungan kedua-duanya akan menjadikan kerjaya seseorang lebih mudah berkembang.
Satu lagi jenis kemahiran yang penting ialah kemahiran boleh dipindahkan atau dikenali dalam bahasa asing sebagai, “Transferable Skills”.
Apa itu Kemahiran Boleh Dipindahkan?
Kemahiran boleh dipindahkan ialah kemahiran yang berguna untuk pelbagai jenis pekerjaan, kerjaya serta industri. Kemahiran ini boleh merujuk kepada kemahiran teknikal atau kemahiran insaniah. Selagi mana ia boleh digunakan dalam pelbagai jenis bidang kerjaya, maka ia adalah kemahiran yang boleh dipindahkan.
Kemahiran jenis ini tidak semestinya diperoleh dalam kelas-kelas khusus. Bahkan, biasanya seseorang mempunyai kemahiran yang boleh dipindahkan ini hasil daripada pembelajaran secara tidak langsung sama ada melalui pengajaran di sekolah, latihan, hobi, pengalaman bekerja dan sebagainya.
Mengapa Kemahiran Boleh Dipindahkan Penting?
Kemahiran yang boleh dipindahkan memainkan peranan penting dunia kerjaya kerana:
1. Meningkatkan Produktiviti
Memiliki kemahiran boleh dipindahkan dapat membantu meningkatkan produktiviti di tempat kerja.
Hal ini kerana, kemahiran ini membolehkan individu untuk melakukan multitugas dengan lebih efisien, tidak perlu mengambil masa yang lama untuk beradaptasi di bidang baru, mudah bekerjasama dalam pasukan dan sebagainya.
2. Mengukuhkan Hubungan
Kemahiran boleh dipindahkan yang dikuasai dengan baik dapat mengukuhkan hubungan sesama rakan sekerja atau pihak majikan.
Dengan kemahiran seperti kemahiran komunikasi yang baik, kemahiran berpasukan, kemahiran penyelesaian masalah dan seumpamanya seseorang dapat membina kerjasama yang kukuh di tempat kerja.
Ini membantu mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan menyokong perkembangan profesional yang berterusan.
3. Menjadikan Anda Serba Boleh
Apabila mempunyai kemahiran yang boleh dipindahkan, anda boleh melakukan tugas dan tanggungjawab baru dengan mudah.
Ini membolehkan anda menjadi pekerja yang bernilai dan diperlukan serta kekal relevan dalam pelbagai bidang pekerjaan serta industri. Secara tidak langsung, ia boleh membawa kepada peluang kerjaya yang lebih baik pada masa hadapan.
4. Mudah Menyesuaikan Diri
Kemahiran yang boleh dipindahkan dapat membantu seseorang menyesuaikan diri dengan mudah dalam pelbagai situasi.
Sebagai contoh, anda mempunyai kemahiran berkomunikasi. Dengan kemahiran ini anda mudah mendapat kawan, disenangi oleh rakan sekerja dan pihak atasan bahkan boleh jadi anda akan menjadi aset penting untuk syarikat apabila melibatkan tugasan yang memerlukan kemahiran berkomunikasi.
5. Membuka Peluang Kerjaya Baru
Dengan mempunyai kemahiran yang boleh dipindahkan, ia membantu memudahkan seseorang melakukan perubahan laluan kerjaya atau mendapatkan pengalaman dalam industri baru.
Kemahiran yang serbaguna membolehkan seseorang untuk mencuba bidang yang berbeza dan memperluaskan peluang mereka dalam dunia kerjaya.
Contoh Kemahiran Boleh Dipindahkan
Contoh-contoh kemahiran boleh dipindahkan yang penting untuk dipelajari ialah:
1. Kemahiran Komunikasi
Kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik dan efektif, sama ada secara lisan atau bertulis adalah salah kemahiran asas yang penting untuk hampir semua bidang pekerjaan.
2. Kemahiran Penyelesaian Masalah
Kemampuan untuk mengenal pasti masalah, menganalisis situasi, dan mencari penyelesaian yang sesuai adalah penting dalam menangani cabaran di tempat kerja. Kemahiran ini sangat diperlukan untuk semua bidang pekerjaan.
3. Kemahiran Kerja Berpasukan
Keupayaan untuk bekerjasama dalam pasukan dan mencapai matlamat bersama adalah asas kepada kejayaan dalam tugasan yang diberikan. Kemahiran ini sangat bernilai untuk dikuasai.
4. Kemahiran Pengurusan Masa
Keupayaan untuk menguruskan masa dengan baik, menetapkan keutamaan, dan mengagihkan masa dengan bijak antara pelbagai tugas adalah penting untuk meningkatkan produktiviti.
5. Kemahiran Beradaptasi
Kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam kerjaya atau keperluan syarikat adalah penting untuk kekal relevan.
6. Kemahiran Kepimpinan
Keupayaan untuk mengambil inisiatif, menginspirasi orang lain dan membuat keputusan yang bijak adalah kemahiran penting yang bernilai dalam dunia kerjaya.
7. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif & Kritis
Kemampuan untuk berfikir secara kreatif dan kritis membolehkan seseorang mencipta penyelesaian yang inovatif untuk setiap masalah. Bukan itu sahaja, ia juga membantu untuk menjana idea-idea baru yang diperlukan syarikat serta membolehkan seseorang menangani cabaran dalam kerjaya dengan cara yang unik.
8. Kemahiran Pengurusan Projek
Keupayaan untuk merancang, melaksanakan, dan menguruskan projek dengan berkesan, termasuk menguruskan sumber dengan baik adalah perkara asas yang diperlukan untuk beberapa bidang kerjaya.
9. Kemahiran Menggunakan Teknologi
Kemahiran dalam menggunakan perisian, aplikasi, dan alat teknologi yang relevan sangat penting untuk membantu meningkatkan efisiensi dan produktiviti dalam kerja harian.
10. Kemahiran Menganalisis Maklumat/Data
Kemahiran menganalisis sesuatu maklumat atau data sangat membantu dalam membuat keputusan atau penilaian yang baik. Kemahiran ini diperlukan dalam banyak bidang kerjaya pada masa kini.
Cara Menonjolkan Kemahiran Boleh Dipindahkan
Apabila anda ingin memohon pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan anda atau kepakaran khusus yang anda miliki, pihak majikan berkemungkinan besar akan meneliti kemahiran anda yang relevan (kemahiran yang boleh dipindah) dengan bidang kerjaya tersebut.
Berikut adalah beberapa cara untuk menonjolkan kemahiran boleh dipindahkan yang anda miliki:
1. Resume/CV
Senaraikan kemahiran yang boleh dipindahkan yang paling relevan dengan pekerjaan yang dipohon di dalam resume anda.
Contohnya, anda memohon untuk menjadi pengacara rancangan TV. Senaraikan kemahiran yang berkaitan seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan masa, dan sebagainya di resume anda. Anda boleh letakkan di dalam bahagian ‘Kemahiran’ ataupun di bahagian ringkasan profesional.
2. Cover letter
Anda boleh nyatakan contoh atau pencapaian yang menggambarkan cara anda menggunakan kemahiran tersebut dalam pengalaman sebelumnya.
Tekankan kebolehan anda di cover letter untuk mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam konteks baru atau industri yang berbeza.
3. Temuduga
Jelaskan bagaimana kemahiran tersebut dapat membantu anda berjaya dalam jawatan yang dipohon. Selain itu, anda juga boleh ceritakan bagaimana kemahiran yang anda miliki boleh memberikan nilai tambah kepada organisasi mereka.
Sekiranya anda contoh tentang bagaimana anda telah menggunakan kemahiran yang boleh dipindahkan dalam pengalaman kerja atau situasi sebelumnya, anda boleh ceritakannya kepada panel penemuduga agar mereka benar-benar yakin dengan kemampuan anda.
Penutup
Kesimpulannya, kemahiran yang boleh dipindahkan memainkan peranan penting dalam membentuk kejayaan profesional seseorang.
Dengan memahami kepentingannya serta berusaha untuk mengembangkannya secara berterusan, ia pasti dapat meningkatkan peluang kerjaya yang lebih baik daripada masa ke semasa. Untuk membantu anda dalam membina dan menonjolkan kemahiran boleh dipindahkan, kunjungi Epicareer.
Pekerjaan Terkenal:
Jawatan Kosong Kerajaan|WFH Call Center|Sales Agent|Content Marketing Specialist|HR Officer | Financial Controller| Data Engineer | IT Support Analyst | Software Developer | UI/UX Designer | Software Developer
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article