3 min read
Contoh Surat Pertukaran Tempat Kerja (Beserta Template)
Nak tukar tempat kerja? Artikel ni bagi langkah-langkah dan template surat rasmi yang lengkap untuk bantu urusan pertukaran tempat kerja anda jadi lebih mudah. Ketahui cara-cara memohon, apa yang perlu ada dalam surat, dan contoh alasan kukuh untuk mohon pertukaran. Pastikan anda ikut panduan ni untuk elak sebarang masalah. Dan kalau masih cari kerja baru, Epicareer sedia membantu!
Updated Jul 2, 2024
Mengalami perubahan dalam hidup adalah merupakan perkara yang normal, termasuklah juga perubahan kerjaya.
Perubahan kerjaya tidak semestinya bermaksud anda berhenti kerja yang lama ataupun bertukar industri yang baru. Pertukaran cawangan dan tempat kerja, menerima kenaikan pangkat dan sebagainya juga boleh dikategorikan sebagai perubahan kerjaya.
Pertukaran tempat kerja biasanya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor diantaranya ialah, memilih cawangan yang lebih dekat dengan lokasi rumah, mahukan suasana persekitaran kerja yang baru, dan sebagainya.
Berikut adalah langkah-langkah memohon pertukaran tempat kerja dan panduan untuk menulis surat pertukaran tempat kerja bagi membantu memudahkan urusan anda.
Langkah-langkah Memohon Pertukaran Tempat Kerja
Proses memohon pertukaran tempat kerja tidak semudah yang disangka lebih-lebih lagi apabila anda bekerja di bawah jabatan kerajaan. Hal ini kerana untuk memohon pertukaran tempat kerja anda perlu memastikan ada kekosongan di tempat yang anda mohon.
Untuk memberikan anda gambaran keseluruhan mengenai proses ini, anda boleh rujuk langkah-langkah dibawah.
1. Pertama sekali, anda boleh meminta nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan untuk memohon pertukaran daripada pegawai sumber manusia (HR) di syarikat anda. Catatkan prosedur pertukaran kerja yang diberitahu untuk memudahkan anda kelak.
2. Kemudian, tulis surat rasmi memohon pertukaran kepada pengurus syarikat anda. Pastikan anda menggunakan format yang betul.
3. Dalam surat tersebut, pastikan anda menyatakan alasan yang kukuh sebab anda meminta pertukaran kerja. Elakkan meletakkan alasan yang terlalu peribadi. Anda boleh meminta pandangan pegawai sumber manusia di syarikat anda mengenai isi kandungan surat.
4. Hantar surat melalui email. Pastikan anda menghantar surat tersebut ke pegawai atasan anda terlebih dahulu. Jangan terus emelkan ke pegawai yang tertinggi. Gunakan emel yang professional.
5. Tunggu dalam beberapa minggu mengikut tempoh yang diberitahu. Jangan lupa buat susulan sekiranya masih belum mendapat balasan selepas tempoh tersebut tamat.
6. Sekiranya permohonan anda diluluskan, pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya untuk berpindah ke tempat lain.
Format Surat Permohonan Tukar Tempat Kerja
Surat permohonan tukar tempat kerja adalah penting untuk membolehkan syarikat melaksanakan proses permohonan anda dengan lancar. Pastikan surat permohonan anda mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Nama dan alamat pengirim; Ditulis pada bahagian kiri surat
2. Nama dan alamat penerima; Ditulis dibawah maklumat (nama & alamat) pengirim
3. Tarikh; Ditulis dibahagian kanan surat atau disebelah kiri di antara maklumat pengirim dan penerima
4. Tajuk utama surat permohonan; Ditulis dengan huruf besar
5. Isi kandungan; Pastikan anda nyatakan nama, tempat kerja semasa dan ingin berpindah ke mana, disertai dengan alasan yang kukuh untuk berpindah. Sekiranya mempunyai surat sokongan, pastikan anda nyatakan dan hantar sekali bersama emel.
6. Penutup; Nyatakan harapan anda dan ucapkan terima kasih atas kesudian menerima surat tersebut.
7. Tandatangan, Nama pengirim (Sertakan sekali nombor telefon untuk anda dihubungi)
Contoh Template Surat Permohonan Tukar Tempat Kerja
Alasan yang anda boleh berikan tukar tempat kerja
Contoh alasan yang anda boleh berikan adalah seperti berikut:
- Lebih dekat dengan lokasi rumah untuk memudahkan anda pergi ke kerja awal (terutamanya kerja bershift)
- Mencari pengalaman baru
- Meningkatkan kualiti diri
- Mahukan suasana kerja baru yang lebih baik
- Mahukan peningkatan gaji
- Mengembangkan lagi kerjaya
Elakkan lakukan perkara ini;
- Tidak mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh syarikat atau pihak majikan
- Memberi alasan yang tidak masuk akal untuk membuat pertukaran tempat kerja
- Memaksa majikan untuk menerima permohonan pertukaran
- Terus berpindah kerja tanpa memberitahu kepada pihak majikan
Masih tercari-cari kerja baru? Cari kerjaya kosong di portal Epicareer untuk memudahkan pencarian anda!
Pekerjaan Terkenal:
Jawatan Kosong Kerajaan|WFH Customer Service|Account Manager|Digital Marketing|HR Admin | Bookkeeper | Web Developer | App Developer | Project Manager | Product Manager | Software Engineer
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article