3 min read
Tips Untuk Mendapatkan Peluang Bekerja Di Luar Negara
Mari baca tip untuk mendapatkan peluang bekerja di luar negara seperti yang telah disenaraikan di bawah.
Updated Jul 9, 2024
Anda berminat untuk bekerja di luar negara? Tercari-cari bagaimanakah caranya? Usah risau, artikel ini untuk anda!
Bekerja di luar negara adalah satu peluang yang baik untuk mana-mana individu yang inginkan pengalaman bekerja yang berbeza.
Tambahan pula, ia boleh memberi kebaikan kepada perkembangan kerjaya anda. Terdapat banyak kebaikan apabila anda bekerja di luar negara antaranya ialah, gaji yang tinggi, peluang kerjaya yang luas, meneroka perkara baru, pengalaman yang tidak ternilai dan sebagainya.
Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan peluang bekerja di luar negara?
Mari baca tip untuk mendapatkan peluang bekerja di luar negara seperti yang telah disenaraikan di bawah.
1. Tetapkan Matlamat
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah menetapkan matlamat anda bekerja di luar negara. Apabila mempunyai matlamat yang jelas, anda boleh merangka pelan mencari peluang bekerja di luar negara dengan teliti dan rapi.
Dalam fasa menetapkan matlamat, anda juga boleh mempertimbangkan pro dan kontra apabila bekerja di luar negara. Ini akan membantu anda untuk membuat apa-apa keputusan yang berkaitan kelak.
2. Lakukan Pencarian & Penyelidikan Secara Mendalam
Anda boleh bermula dengan mencari tahu nama syarikat yang menawarkan pekerjaan untuk warga asing, jenis pekerjaan yang ditawarkan, minat anda, negara yang anda ingin bekerja, proses pengurusan dokumen seperti visa ataupun lesen pekerja dan sebagainya.
Semua ini akan mengambil masa yang banyak. Oleh itu, mulakan pencarian anda daripada awal lagi. Jangan bertangguh untuk melakukan pencarian mengenai maklumat yang anda perlu tahu dan rancang tindakan apa yang anda perlu lakukan.
Terdapat banyak sumber yang anda boleh teroka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sesuatu perkara berkaitan dengan peluang bekerja di luar negara, antaranya ialah:
- Laman utama syarikat
- Laman web universiti
- Portal kerja
- Karnival kerja
- Agensi kerajaan dan kedutaan asing
- Kenalan peribadi
3. Buat Perancangan
Setelah selesai mengumpulkan info dan maklumat yang diperlukan, Kini tiba masanya untuk anda membuat perancangan yang rapi.
Teliti cara untuk mencapai matlamat anda berdasarkan pencarian dan penyelidikan yang anda lakukan secara mendalam. Kumpulkan semua maklumat yang anda perolehi dan kemudian, susun maklumat tersebut mengikut keutamaan yang perlu anda lakukan terlebih dahulu.
Sekiranya belum menjumpai peluang, bina pelan pencarian yang boleh membantu anda untuk mendapatkan peluang bekerja di luar negara.
4. Mohon Peluang Daripada Majikan (Sekiranya Sedang Bekerja)
Salah satu cara terbaik untuk mendapat peluang bekerja di luar negara adalah dengan mohon daripada pihak majikan anda, terutamanya buat individu yang bekerja di syarikat multinasional (MNC).
Selalunya, syarikat multinasional mempunyai program pertukaran pekerja yang memberi peluang pekerja untuk merasai pengalaman bekerja di luar negara dengan mengikuti latihan yang diberikan oleh pihak syarikat.
5. Ikuti Program Latihan Bekerja Di Luar Negara
Jangan lepaskan peluang sekiranya terdapat program latihan ataupun kursus latihan yang dianjurkan di luar negara. Ini boleh menjadi batu loncatan untuk anda mendapatkan peluang bekerja di luar negara.
Selain itu, anda juga boleh memohon melakukan latihan industri di luar negara terutamanya buat para graduan yang sedang mencari tempat latihan industri. Inilah peluang keemasan anda untuk menunjukkan prestasi cemerlang anda semasa menjalankan latihan industri agar ditawarkan jawatan kosong.
Epicareer menawarkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh anda pilih berdasarkan kelayakan anda dari berbagai negara. Anda hanya perlu muat naik resume anda dan pilih kerjaya yang anda inginkan.
Pekerjaan Popular di Malaysia:
Digital Marketer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article