7 min read
Apa Itu Job Hopping, Kelebihan & Perkara yang Perlu Dipertimbangkan
Pelajari tentang "Job Hopping" dan kesannya terhadap pembangunan kerjaya. Terokai kelebihan dan kelemahan pertukaran pekerjaan yang kerap, serta panduan untuk membuat keputusan yang bijak bagi kemajuan kerjaya anda.
Updated May 6, 2024
Apa Itu “Job Hopping”?
Job hopping adalah istilah bahasa Inggeris yang digunakan untuk perbuatan bertukar kerja dengan kerap dalam masa yang singkat. Ia juga dikenali dengan istilah ‘melompat kerja’.
Sebagai contoh, baru sahaja bekerja selama 7 bulan, Ali berpindah kerja ke syarikat lain. 5 bulan selepas itu, Ali berpindah lagi ke syarikat lain. Inilah yang dikatakan sebagai job hopping.
Terdapat pelbagai sebab berlakunya job hopping, antaranya; mencari peluang pembangunan kerjaya yang lebih baik, pilihan gaji yang lebih tinggi, mencari persekitaran kerja yang lebih sesuai dengan keperluan dan minat.
Pada zaman dahulu, bertukar-tukar kerja adalah tidak digalakkan dan jarang berlaku. Namun, kini job hopping boleh dikatakan satu trend generasi kini dalam pembinaan kerjaya mereka.
Sebenarnya, tidak ada salahnya pun. Setiap pilihan ada pro dan kontranya. Job hopping sememangnya mampu memberikan kesan yang positif untuk kerjaya seseorang. Namun, sudah pasti ia juga mempunyai keburukannya tersendiri.
Kelebihan & Impak Positif “Job Hopping”
1. Pengalaman dan Kemahiran yang Pelbagai
Melalui amalan job hopping, seseorang akan mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai jenis kerja dan industri. Ini membolehkan individu tersebut mendapat pengalaman yang berbeza dan memperoleh pengetahuan yang mendalam dalam pelbagai bidang.
Selain itu, job hopping juga membolehkan seseorang memperkukuhkan set kemahiran mereka. Setiap pekerjaan baru memerlukan kemahiran yang berbeza. Dengan melibatkan diri dalam pelbagai tugas dan jawatan, seseorang dapat memperoleh pelbagai kemahiran berharga sama ada kemahiran teknikal atau interpersonal.
Dengan pengalaman dan set kemahiran yang pelbagai ini, individu yang melakukan job hopping menjadi individu yang serba boleh dan fleksibel dalam memenuhi keperluan pekerjaan yang berbeza.
Mereka juga mungkin menjadi lebih mudah beradaptasi dengan perubahan dalam industri dan mempunyai lebih banyak pilihan dalam pembangunan kerjaya mereka.
2. Networking yang Luas
Setiap kali menukar pekerjaan, seseorang berpeluang untuk berinteraksi dengan orang-orang baru daripada latar belakang yang berbeza. Proses ini membuka peluang untuk berhubung dengan ramai individu profesional; rakan sekerja, pengurus dan pakar dalam bidang tertentu.
Dengan jaringan yang luas ini, individu tersebut mempunyai akses yang banyak dari segi peluang pekerjaan dan pembangunan kerjaya.
Selain itu, jaringan yang luas juga membuka pintu kepada potensi kerjasama profesional, peluang perniagaan, atau peluang pembelajaran dan pertukaran pengetahuan dengan individu-individu yang berbeza. Ini membolehkan seseorang terus berkembang dalam kerjaya mereka.
3. Gaji yang Lebih Tinggi
Dalam beberapa kes, job hopping juga dapat membawa kepada kenaikan gaji yang sangat ketara. Atau, setidaknya ganjaran dan faedah yang diperolehi lebih baik daripada kerja sebelumnya.
Berdasarkan pengalaman dan kelayakan yang anda, anda boleh memohon gaji yang lebih tinggi daripada pekerjaan sebelumnya. Gunakan kemahiran negosiasi anda untuk mendapatkan gaji yang diinginkan dengan menawarkan apa yang anda boleh berikan. Apapun, yang penting anda harus tahu nilai dan kualiti diri anda.
▶ Artikel Berkaitan: Cara Membuat Rundingan Gaji (Beserta Templat)
4. Meningkatkan Kemahiran Beradaptasi
Dengan terlibat dalam pelbagai persekitaran kerja, anda akan terdedah kepada cabaran dan situasi yang berbeza. Perkara ini sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran beradaptasi anda. Apabila anda mampu beradaptasi dengan baik, ini membolehkan anda menyesuaikan diri dengan cepat.
Kemahiran beradaptasi merupakan kemahiran penting dalam dunia kerjaya yang berubah dengan cepat dan dinamik.
5. Perspektif yang Baru
Apabila menukar pekerjaan, sudah pasti anda berpeluang mengalami pelbagai pengalaman yang berbeza, berjumpa dengan ramai individu profesional dan seumpamanya. Ini membuka ruang kepada perspektif baru dan berbeza terhadap industri pekerjaan anda.
Selain itu, melalui job hopping, anda juga dapat memahami kekuatan, kelemahan, minat, dan nilai diri dengan lebih mendalam dalam konteks kerjaya. Pengalaman yang berbeza membantu mengenalpasti apa yang anda cari dalam kerjaya dan membentuk perspektif tentang apa yang anda kejar dalam kehidupan profesional anda.
Keburukan & Impak Negatif Job Hopping
1. Komitmen Anda Diragukan
Apabila kerap bertukar pekerjaan, sudah pasti pihak majikan merasa ragu apabila melihat resume anda.
Pihak majikan akan mempertikaikan tahap komitmen atau kesetiaan anda terhadap pekerjaan dan syarikat jika melihat rekod kerja yang sering bertukar–tukar.
Ini boleh merosakkan reputasi profesional anda dan menyukarkan anda untuk mendapatkan pekerjaan dalam jangka masa panjang.
2. Kesukaran Mendapatkan Pekerjaan
Job hopping tidaklah semudah yang disangka. Apabila anda yang sering menukar pekerjaan, anda mungkin menghadapi cabaran dalam mendapatkan pekerjaan baru.
Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti;pihak majikan meragui kesetiaan anda untuk bekerja dalam jangka masa yang lama, kemahiran anda dalam sesuatu bidang dikhuatiri tidak cukup kerana asyik berpindah kerja, rekod pekerjaan kurang stabil, mempunyai persepsi anda pekerja yang bermasalah dan sebagainya.
3. Tidak Berpeluang Menguasai Kemahiran Dengan Mendalam
Apabila melompat-lompat pekerjaan, berkemungkinan besar anda tidak mendapat peluang untuk mendalami kemahiran sesuatu secara mendalam. Ini menjadikan kemahiran anda banyak, tetapi tidak menguasainya.
4. Pengalaman Kerja Tidak Konsisten
Pengalaman kerja yang tidak konsisten menunjukkan ketidakstabilan dalam kerjaya seseorang. Lebih-lebih lagi apabila anda sering melompat kerja ke dalam industri yang berbeza. Ini boleh menghalang anda mengejar peluang untuk pertumbuhan kerjaya yang berterusan.
Selain itu, pihak majikan juga biasanya tidak seberapa suka mengambil individu yang memiliki pengalaman kerja yang tidak konsisten kerana meragui anda akan bekerja lama bersama mereka.
5. Tekanan & Ketidakpastian
Job hopping juga sebenarnya boleh membawa kepada tekanan fikiran dan ketidakpastian, terutamanya jika anda sentiasa dalam proses mencari pekerjaan baru. Rasa gelisah dan tidak yakin boleh timbul apabila tiada maklum balas dan pekerjaan yang dimohon.
Ketidakpastian tentang masa depan pekerjaan dan kerisauan mengenai kestabilan kewangan boleh mempengaruhi kesejahteraan emosi dan mental anda. Rasa putus asa dan hilang motivasi dapat menjadi masalah serius yang timbul akibat tekanan yang terus menerus.
▶ Artikel Berkaitan: Tips Menulis Resume Untuk Graduan Baru Tanpa Pengalaman Bekerja
Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Job Hopping
1. Peluang Perkembangan Kerjaya & Kemajuan Diri
Perkara utama yang perlu anda pertimbangkan sebelum memutuskan untuk job hopping adalah peluang perkembangan kerjaya dan kemajuan diri yang bakal diperoleh. Anda boleh tanya soalan-soalan berikut kepada diri anda untuk membantu anda mendapat jawaban;
- Adakah pekerjaan baru ini membawa ke arah perkembangan kerjaya yang anda mahukan dalam jangka masa panjang?
- Adakah syarikat itu memberi peluang untuk kita berkembang dan meningkatkan kemahiran serta pengalaman kita?
- Adakah pekerjaan baru ini memberikan peluang untuk memperluas jaringan profesional anda?
- Adakah bertukar pekerjaan akan memberikan manfaat positif bagi kesejahteraan anda secara keseluruhan, atau hanya akan menambah tekanan dan ketidakpastian?
2. Pengaplikasian Kemahiran
Pertimbangan penting yang lain sebelum melakukan job hopping adalah bagaimana anda dapat menggunakan kemampuan dan pengalaman yang sudah dimiliki dalam pekerjaan baru anda.
Sekiranya pekerjaan baru tersebut memerlukan kemahiran yang sudah anda kuasai, itu bonus.
Bolehlah annda beradaptasi dengan lebih cepat dengan pekerjaan baru anda. Sekiranya ia menawarkan peluang untuk belajar hal-hal baru atau mengembangkan kemahiran tambahan pula, anda perlu bersedia untuk mempelajarinya. Jika tidak mampu, lebih baik anda terus bekerja di syarikat lama.
3. Kepuasan Peribadi
Satu lagi perkara penting yang perlu kita fikirkan adalah kepuasan peribadi.
Adakah pekerjaan baru membolehkan anda untuk mencapai keseimbangan yang lebih baik antara pekerjaan dan kehidupan peribadi anda?
Adakah ia sesuai dengan minat dan prinsip diri anda?
Adakah pekerjaan baru membuat anda merasa bahagia, bersemangat, dan terpenuhi secara peribadi?
Ingatlah, kepuasan peribadi juga merupakan sebahagian kunci kejayaan dalam kerjaya.
▶ Artikel Berkaitan: Kerja Untuk Duit VS Minat, Mana Satu Pilihan Anda?
Tips Tambahan untuk Job Hopping
1. Buat kajian menyeluruh tentang syarikat dan budaya kerja syarikat tersebut sebelum menerima apa-apa tawaran pekerjaan.
2. Pertimbangkan kesan jangka panjang melompat kerja terhadap kerjaya anda dan jangan mengambil keputusan secara tergesa-gesa.
3. Berkomunikasi dengan jelas dengan majikan baharu anda tentang harapan dan matlamat anda.
4. Gunakan pengalaman dari setiap pekerjaan sebelumnya untuk memperbaiki diri dan terus berkembang dalam kerjaya anda.
5. Pilih syarikat yang menawarkan manfaat/faedah yang lebih baik daripada syarikat sebelumnya.
6. Pastikan anda sentiasa mempunyai ‘back up plan’ untuk memastikan anda bersedia sekiranya perancangan anda melompat kerja tidak menjadi.
Kesimpulan
Job hopping boleh menjadi langkah yang bernilai untuk perkembangan kerjaya anda.
Yang penting, anda perlu membuat keputusan yang bijak dan sesuai dengan keperluan dan matlamat kerjaya anda. Ingatlah bahawa setiap pengalaman membawa pembelajaran. Terus memperbaiki diri dan jangan takut mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.
Jika anda berminat untuk melompat pekerjaan, lawati Epicareer untuk meneroka pelbagai pekerjaan dengan pelbagai susunan kerja (WFH, Jarak Jauh, Onsite). Temui peluang terbaik untuk perkembangan kerjaya anda hari ini!"
Akhir kata, selamat maju jaya!
Pekerjaan Terkenal di Malaysia:
Pencipta Kandungan | Pereka Grafik | Pakar SEO | Akauntan | Perancang Kewangan | Pembangunan Perniagaan | Personal Assistant | IT Developer | Data Scientist
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article