6 min read
Apakah Perbezaan Antara Sales dan Marketing?
Jualan dan pemasaran sering disalah tafsir sebagai perkara yang sama. Ketahui perbezaannya serta cara menyelaraskan kedua-duanya untuk memacu pertumbuhan perniagaan anda dalam artikel ini!
Updated Jul 22, 2024
Sales (jualan) atau marketing (pemasaran) sering kali disalah tafsir sebagai konsep yang sama, namun sebenarnya kedua-duanya memiliki matlamat, proses dan strategi yang unik.
Walaupun kedua-dua fungsi ini saling berkait, tetapi masing-masing memainkan peranan yang berbeza dan penting dalam memacu pertumbuhan dan keuntungan sesebuah syarikat.
Artikel ini akan menjelaskan perbezaan umum antara sales vs marketing serta bagaimana menyelaraskan kedua-dua fungsi ini untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan yang lebih besar.
Dengan pemahaman yang tepat, pihak syarikat atau perniagaan dapat memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk membina jenama yang kuat dan menjana jualan yang konsisten.
Apa Perbezaan Antara Sales vs Marketing?
Sales dan marketing mempunyai fungsi yang penting dalam sesebuah perniagaan. Memahami perbezaan antara sales dan marketing adalah kunci untuk mengoptimumkan strategi perniagaan anda. Untuk mengetahui perbezaannya, mari kita lihat definisi kedua-duanya:
Definisi Sales
Sales merujuk kepada proses di mana produk atau perkhidmatan ‘ditukar’ atau dibayar dengan wang. Ia melibatkan semua aktiviti yang berkaitan dengan menjual produk atau perkhidmatan kepada pelanggan akhir.
Sales adalah titik akhir dalam rangkaian aktiviti marketing, di mana hubungan peribadi dengan pelanggan dibina dan disempurnakan untuk mendapatkan komitmen pembelian. Objektif sales adalah untuk meningkatkan hasil keuntungan.
Definisi Marketing
Marketing adalah satu proses yang melibatkan penyelidikan dan analisis keperluan pelanggan untuk memenuhi keperluan tersebut.
Pasukan marketing akan sentiasa menjalankan penyelidikan pasaran untuk menilai kehendak dan keperluan pelanggan atau kumpulan sasaran menggunakan pelbagai cara.
Dalam kata lain, marketing adalah tentang mengenal pasti keperluan manusia dan memberikan tawaran produk atau perkhidmatan yang memenuhi keperluan tersebut bagi menghasilkan sales.
Sales VS Marketing
Proses
Sales fokus kepada tindakan untuk memastikan berlakunya penutupan sales atau transaksi dan memperoleh pelanggan untuk membeli produk/perkhidmatan. Proses ini melibatkan interaksi langsung dengan prospek dan pelanggan.
Manakala, Marketing melibatkan analisis pasaran, mengenal pasti keperluan pelanggan dan mencipta strategi untuk mempromosikan produk. Marketing merangkumi aktiviti seperti pengiklanan, penjenamaan dan penyelidikan pasaran.
Pasukan marketing berusaha untuk membina kesedaran pengguna tentang sesuatu produk atau perkhidmatan, manakala pasukan sales pula akan berusaha untuk menukar kesedaran tersebut kepada sales sebenar.
Matlamat
Matlamat utama sales adalah mencapai atau melebihi sasaran sales yang ditetapkan dalam jangka masa tertentu. Fokus marketing pada membangun kesedaran jenama, mencipta permintaan untuk produk dan membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.
Kedua-duanya mempunyai matlamat untuk menghasilkan menjana pendapatan. Perbezaannya adalah sales fokus untuk matlamat dalam jangka masa yang pendek; memastikan produk/perkhidmatan berakhir di tangan pembeli secepat mungkin.
Manakala, marketing berfokus untuk membina kesedaran jenama dalam jangka masa yang panjang; memastikan pengguna mengenali dan mengingati jenama dan syarikat serta produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Strategi
Sales menggunakan strategi kepada prospek secara langsung bagi menukarkannya menjadi pelanggan. Pasukan sales akan berhubung dengan prospek menggunakan pelbagai cara dan strategi termasuk teknik pensales langsung, tawaran khas, promosi sales dan sebagainya.
Marketing merancang kempen berdasarkan penyelidikan mengenai sasaran audiens. Pasukan marketing biasanya akan menggunakan strategi yang melibatkan pelbagai saluran seperti media sosial, emel, pengiklanan dan PR untuk mencapai pasaran yang lebih luas.
Prospek
Sales menyasarkan prospek yang sudah menunjukkan minat atau keperluan untuk produk. Manakala, marketing menyasarkan prospek yang berpotensi dan mencipta kesedaran mengenai produk atau jenama.
Alat/Aplikasi
Sales menggunakan alat atau aplikasi yang dapat membantu interaksi bersama prospek dan pelanggan seperti perisian CRM (Customer Relationship Management).
Marketing menggunakan alat seperti analitik web, platform media sosial, dan alat automasi marketing untuk menjangkau lebih banyak prospek yang berpotensi, menjalankan kempen marketing, mengukur keberkesanan kempen dan sebagainya.
Pasukan dan Peranan
Pasukan sales biasanya terdiri daripada jurujual, wakil khidmat pelanggan, eksekutif sales dan setara yang bertugas untuk berinteraksi langsung dengan pelanggan.
Pasukan marketing terdiri daripada pakar strategi, pereka grafik, pengurus media sosial dan penulis kandungan yang bekerja untuk mencipta dan menyampaikan mesej jenama.
Bolehkah Perniagaan Berjaya Tanpa Sales atau Marketing?
Secara umumnya, sesebuah perniagaan sangat sukar untuk berjaya tanpa aktiviti sales atau marketing.
Sales dan marketing adalah elemen penting yang membantu perniagaan menarik pelanggan, meningkatkan kesedaran tentang produk atau perkhidmatan serta untuk menjana pendapatan.
Contoh Salah Faham Umum Mengenai Sales dan Marketing
1. Marketing dan Sales adalah Hal yang Sama
Salah faham ini sering berlaku, tetapi sebenarnya marketing dan sales adalah dua fungsi yang berbeza. Marketing merangkumi semua usaha yang dilakukan untuk menarik minat pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan, termasuk penyelidikan pasaran, pengiklanan, dan promosi.
Sebaliknya, sales melibatkan proses menutup perjanjian dengan pelanggan dan menjual produk atau perkhidmatan tersebut.
2. Marketing Hanya Mengenai Pengiklanan
Ramai yang beranggapan bahawa marketing hanyalah tentang pengiklanan. Sebenarnya, marketing merangkumi banyak aspek lain seperti strategi harga, penjenamaan, hubungan awam, penyelidikan pasaran, dan analisis data. Pengiklanan hanyalah salah satu komponen marketing.
3. Sales Hanya Mengenai Tekanan untuk Membeli
Terdapat persepsi bahawa sales hanya melibatkan memaksa pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan.
Namun, sales yang efektif sebenarnya berfokus pada memahami keperluan pelanggan, memberikan penyelesaian yang sesuai, dan membina hubungan jangka panjang yang berdasarkan kepercayaan dan kepuasan pelanggan.
4. Produk yang Bagus Tidak Memerlukan Marketing
Ada kepercayaan bahawa produk yang bagus akan menjual dirinya sendiri tanpa perlu usaha marketing. Walaupun produk berkualiti adalah penting, tanpa marketing yang baik, pelanggan mungkin tidak mengetahui tentang produk tersebut, dan potensi sales tidak akan tercapai.
Marketing membantu untuk memperkenalkan produk kepada pasaran sasaran dan menjelaskan kelebihan serta nilai produk tersebut.
5. Marketing Digital Adalah Segalanya
Walaupun marketing digital sangat penting dalam era moden, ia bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai pelanggan.
Marketing tradisional seperti melalui surat khabar, majalah, radio, TV, dan acara langsung masih berkesan dalam banyak situasi. Strategi marketing yang baik biasanya melibatkan kombinasi dari marketing digital dan tradisional untuk mencapai hasil yang terbaik
Cara Menyelaraskan Sales dan Marketing
1. Penggunaan Teknologi Bersama
Gunakan sistem CRM (Customer Relationship Management) dan alat marketing yang boleh diakses oleh kedua-dua pasukan.
Ini membolehkan data pelanggan dan kempen marketing dikongsi dan diurus dengan lebih berkesan. Alat seperti HubSpot atau Salesforce boleh membantu menyelaraskan usaha sales dan marketing.
2. Kerjasama yang Kukuh
Libatkan pasukan sales dalam perancangan kempen marketing. Pasukan sales biasanya mempunyai maklumat langsung tentang keperluan dan cabaran pelanggan. Input mereka dapat membantu dalam merancang kempen marketing yang lebih relevan dan berkesan.
3. Matlamat dan KPI yang Sejajar
Pastikan kedua-dua pasukan mempunyai matlamat dan KPI yang selari. Contohnya, jika matlamat marketing adalah untuk menjana leads berkualiti, pasukan sales harus mempunyai KPI untuk menukar leads tersebut menjadi pelanggan. Ini memastikan usaha marketing memberi impak langsung kepada sales.
4. Komunikasi yang Terbuka dan Berkala
Adakan mesyuarat berkala antara pasukan sales dan marketing untuk membincangkan strategi, kemajuan, dan cabaran. Ini membantu memastikan kedua-dua pasukan berada di halaman yang sama dan memahami keperluan serta objektif masing-masing.
5. Cipta Emel Pasukan
Mempunyai emel pasukan yang boleh diakses oleh kedua-dua pasukan akan memudahkan komunikasi dan memastikan semua orang mendapat maklumat terkini dan relevan.
6. Memantau KPI Melalui Laporan dan Data Analitik
Memantau dan menganalisis KPI membantu dalam menilai keberkesanan strategi dan membuat penyesuaian yang diperlukan untuk memperbaiki hasil.
7. Strategi Tambahan
Memanfaatkan teknologi terkini, menjalankan latihan bersama dan membina budaya kerjasama yang kukuh juga penting dalam menyelaraskan sales dan marketing.
Memahami perbezaan antara sales dan marketing adalah kunci untuk mengoptimumkan strategi perniagaan. Penyelarasan kedua-duanya akan membantu syarikat untuk meningkatkan prestasi perniagaan, membina jenama yang kuat dan mencapai keuntungan yang tinggi.
Cari kerja kosong di sales dan marketing? Cuba Epicareer Malaysia untuk memudahkan pencarian kerjaya!
Pekerjaan Terkenal:
Jawatan Kosong Kerajaan|WFH Customer Service|Account Manager|Digital Marketing|HR Admin | Bookkeeper | Web Developer | App Developer | Project Manager | Product Manager | Software Engineer
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article