8 min read
Cara Menulis Cover Letter Untuk Memohon Semula Jawatan Semasa Anda (Beserta Contoh)
Memohon semula untuk jawatan semasa mungkin kelihatan aneh, tetapi ada sebab di sebaliknya. Ketahui mengapa syarikat-syarikat memilih untuk melakukannya dan cara terbaik untuk menonjolkan diri anda melalui proses ini.
Updated Jun 4, 2024
Sudah pasti timbul rasa hairan apabila anda berada dalam situasi di mana anda perlu memohon semula untuk jawatan semasa anda. Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa syarikat-syarikat tertentu memilih untuk melakukan proses ini.
Jom baca.
▶ Artikel Berkaitan: Panduan Menulis Cover Letter: Struktur, Tips, Perkara Perlu Disemak dan Dielakkan
Mengapa Sesetengah Syarikat Memerlukan Anda Memohon Semula Jawatan Semasa Anda?
1. Penilaian Berkala
Salah satu sebab utamanya adalah untuk memberikan peluang kepada pentadbir untuk menilai semula prestasi dan kesesuaian pekerja terhadap keperluan jawatan. Ini memberi peluang kepada pekerja untuk diberikan kenaikan gaji atau pangkat sekiranya menepati target yang ditetapkan oleh majikan.
2. Peluang untuk Memperbaharui Data
Dengan meminta para pekerja memohon semula jawatan mereka, syarikat dapat memperbaharui data-data pekerja. Ini termasuklah pencapaian terkini, kelayakan tambahan, atau perubahan-perubahan yang mungkin mempengaruhi prestasi mereka di tempat kerja.
3. Mendorong Peningkatan Prestasi Pekerja
Proses memohon semula jawatan semasa dapat menjadi ‘push factor’ kepada para pekerja untuk sentiasa meningkatkan prestasi kerja. Hal ini kerana, mereka perlu mengemukakan pencapaian dan kelayakan semasa mereka semasa membuat permohonan baru.
Ini dapat membawa kepada peningkatan prestasi secara keseluruhan dalam organisasi dan meningkatkan kepuasan pekerja terhadap perjalanan kerjaya mereka.
Fungsi Cover Letter Semasa Memohon Semula Jawatan Semasa
Cover letter adalah diperlukan semasa memohon semula jawatan anda. Antara fungsinya ialah:
1. Menunjukkan Kesungguhan
Cover letter memberi peluang untuk menunjukkan kepada majikan bahawa anda masih berminat dengan jawatan tersebut dan bersedia untuk terus memberikan sumbangan yang positif kepada syarikat.
2. Mengemukakan Pencapaian Terkini
Melalui cover letter, anda dapat menonjolkan pencapaian terkini anda di tempat kerja.
Ini memberi peluang kepada anda untuk mengingatkan majikan mengenai sumbangan yang anda telah buat sejak memegang jawatan tersebut dan bagaimana anda telah memberi impak kepada organisasi.
3. Menyorot Semula Kemahiran dan Kelayakan Dimiliki
Cover letter membolehkan anda menyorot semula kemahiran dan kelayakan yang anda miliki yang berkaitan dengan jawatan tersebut.
Anda boleh menekankan pengalaman kerja, pendidikan, dan kemahiran lain yang membuat anda sesuai untuk terus memegang jawatan tersebut.
4. Menyatakan Komitmen
Dalam cover letter anda boleh menyatakan komitmen anda untuk terus berusaha meningkatkan kualiti diri.
Ini termasuk menyatakan komitmen anda dalam pembangunan profesional, penyertaan dalam projek-projek organisasi atau peluang untuk memberikan sumbangan yang lebih besar pada masa depan.
5. Membina Hubungan dengan Majikan
Cover letter juga merupakan salah satu cara untuk membina hubungan yang baik dengan majikan. Dengan menyatakan penghargaan anda terhadap peluang yang diberikan untuk memohon semula, anda menunjukkan sikap yang profesional dan menghargai hubungan anda dengan syarikat.
Format cover letter yang anda boleh guna untuk memohon semula jawatan semasa.
Berikut merupakan format cover letter yang anda boleh guna untuk memohon semula jawatan semasa.
1. Pengenalan
Dalam bahagian ini, anda perlu memperkenalkan diri dan tujuan anda untuk memohon semula jawatan tersebut. Ini adalah tempat untuk menunjukkan kesungguhan dan minat anda untuk terus berkhidmat dengan syarikat. Ia juga adalah bahagian yang penting untuk menarik perhatian pembaca dan menetapkan ton yang profesional.
Contohnya:
"Salam Sejahtera, Tuan Ali.
Saya ingin menyatakan minat saya yang mendalam untuk terus memegang jawatan [nama jawatan anda] di [nama syarikat]. Saya telah memperoleh pengalaman yang berharga dan telah memberikan sumbangan yang positif kepada syarikat sejak bekerja dengan jawatan ini."
2. Kelayakan
Dalam bahagian kelayakan, tunjukkan bahawa anda mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Nyatakan pendidikan, pengalaman kerja, dan kemahiran yang relevan yang anda miliki.
Contohnya:
"Saya mempunyai ijazah dalam [bidang berkaitan] dari [nama universiti] dan telah mempunyai pengalaman kerja selama [jumlah tahun].
Pengalaman saya yang luas dalam [bidang kerja] telah membantu saya memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas dengan cekap.
Antara kemahiran yang saya kuasai ialah [senarai kemahiran].”
3. Pengetahuan Mengenai Syarikat
Di bahagian ini, terangkan pengetahuan anda tentang syarikat dan industri itu sendiri. Berikan contoh bagaimana pengetahuan anda boleh memberi manfaat kepada syarikat dalam menjalankan operasi harian mereka.
Contohnya:
"Bekerja di syarikat yang berdaya saing dan ke arah menjadi syarikat nombor satu di Malaysia, sebagai pekerja saya akan sentiasa berusaha untuk memberi sumbangan bagi membantu syarikat mencapai matlamat dengan lebih efektif."
4. Pencapaian
Tonjolkan pencapaian terkini anda di tempat kerja sepanjang berkhidmat di syarikat tersebut. Senaraikan projek-projek atau pencapaian khusus yang anda rasa memberi manfaat kepada syarikat.
Contohnya:
"Saya telah berjaya memimpin beberapa projek penting dan berjayamemperoleh hasil yang memuaskan. Salah satunya, saya telah mengurangkan kos operasi dalam projek [nama projek] sebanyak [jumlah peratusan]. Ini dapat membantu syarikat menjimatkan kos yang besar."
5. Penutup
Akhirnya, ucapakan terima kasih atas kesudian menerima bekerja dan nyatakan harapan anda untuk terus berkhidmat di syarikat tersebut. Nyatakan juga kesediaan anda untuk berbincang lebih lanjut dalam temuduga atau sesi penilaian.
Contohnya:
"Dengan penuh harapan, semoga pihak tuan masih lagi meneruskan kontrak perkhidmatan saya dengan bersama syarikat ini. Saya bersedia untuk berbincang lebih lanjut untuk sebarang perkara dan berharap agar berpeluang dapat memberikan sumbangan yang lebih besar kepada syarikat ini di masa depan.
Sekian, terima kasih”
▶ Artikel Berkaitan: Panduan Menulis Emel Cover Letter (Beserta Contoh)
Contoh Cover Letter Untuk Memohon Semula Jawatan
Contoh 1
[Nama Anda]
[No telefon]
[Emel]
[Alamat]
[Tarikh]
[Nama Penerima Surat]
[Pangkat atau Jawatan]
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]
Salam Sejahtera Tuan Awal,
Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon semula jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat].
Saya telah memperoleh pengalaman yang berharga dan berjaya memberikan sumbangan yang positif kepada syarikat sejak memegang jawatan ini. Saya amat berharap untuk terus berkhidmat dengan syarikat ini dan memberikan sumbangan yang lebih besar dalam masa akan datang.
Saya mempunyai ijazah dalam [bidang berkaitan] dari [nama universiti] dan telah mempunyai pengalaman kerja selama [jumlah tahun]. Pengalaman saya yang luas dalam [bidang kerja] telah membantu saya memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas dengan cekap. Saya juga mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang industri dan akan terus berusaha untuk belajar bagi meningkatkan kualiti diri.
Selama tempoh saya bekerja di syarikat ini, saya telah mencapai beberapa pencapaian yang signifikan. Contohnya, saya telah memimpin beberapa projek yang telah membawa kepada peningkatan hasil dan pengurangan kos operasi. Saya yakin bahawa dengan terus berada dalam jawatan ini, saya boleh terus memberikan impak yang positif kepada syarikat.
Saya sangat berharap untuk berpeluang untuk berbincang dengan anda tentang cara untuk membantu syarikat mencapai matlamatnya. Saya bersedia untuk ditemuduga pada bila-bila masa yang sesuai. Terima kasih atas pertimbangan anda.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Nama Anda]
Contoh 2:
[Nama Anda]
[No telefon]
[Emel]
[Alamat]
[Tarikh]
[Nama Penerima Surat]
[Pangkat atau Jawatan]
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]
Assalamualaikum, Puan Azah.
Saya Aizen bin Ali dan ingin memohon semula untuk jawatan [nama jawatan] di syarikat puan, [nama syarikat].
Sejak memegang jawatan sebagai [nama jawatan], saya telah berusaha untuk memberikan sumbangan yang positif kepada syarikat dan yakin masih banyak yang boleh saya sumbangkan kepada syarikat.
Saya memiliki ijazah dalam [bidang berkaitan] dan telah mempunyai pengalaman bekerja selama dua tahun dalam industri ini di syarikat puan. Saya mempunyai kemahiran yang kukuh dalam [kemahiran yang berkaitan] dan semangat untuk belajar yang tinggi. Saya percaya bahawa dengan kombinasi ini, saya boleh membawa manfaat yang besar kepada syarikat.
Selama tempoh saya di syarikat ini, saya telah mencapai beberapa pencapaian yang signifikan, termasuk [nyatakan pencapaian anda]. Saya komited untuk terus berusaha dan meningkatkan prestasi saya, dan saya percaya bahawa saya boleh terus memberikan impak yang positif kepada syarikat.
Saya berharap untuk diberi peluang untuk bertemu dengan puan untuk membincangkan lebih lanjut tentang bagaimana saya boleh menyumbang kepada syarikat ini pada bila-bila masa yang sesuai.
Terima kasih atas peluang yang diberikan selama ini dan semoga saya dapat terus berkhidmat dengan cemerlang.
Yang benar,
[Nama Anda]
Contoh 3:
[Nama Anda]
[No telefon]
[Emel]
[Alamat]
[Tarikh]
[Nama Penerima Surat]
[Pangkat atau Jawatan]
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]
Salam Sejahtera Madam Kwan,
Saya ingin memperkenalkan diri saya semula sebagai calon untuk jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat]. Saya mengetahui bahawa jawatan ini kini sedang dibuka semula, dan ingin menyatakan minat saya untuk terus berkhidmat dengan syarikat ini.
Saya adalah seorang profesional yang berpengalaman dalam [bidang kerja], dengan pengalaman lebih dari [jumlah tahun]. Saya mempunyai ijazah dalam [bidang berkaitan] dari [nama universiti], serta kemahiran yang kukuh dalam [kemahiran yang berkaitan]. Saya percaya bahawa pengalaman dan kemahiran saya dapat membawa nilai tambah kepada syarikat.
Selama saya bekerja di syarikat ini, saya telah mencapai beberapa pencapaian yang signifikan, termasuk [nyatakan pencapaian anda]. Saya berharap untuk terus memberikan sumbangan yang positif kepada syarikat pada tahun-tahun mendatang.
Sekiranya perlu, saya bersedia untuk ditemuduga pada bila-bila masa yang sesuai. Terima kasih atas pertimbangan anda.
Yang benar,
[Nama Anda]
Penutup
Memohon semula jawatan semasa mungkin kelihatan seperti tugas yang rumit, namun ia adalah peluang untuk menilai semula pencapaian dan potensi anda di mata majikan.
Proses ini bukan sahaja membantu syarikat memperbaharui data pekerja tetapi juga mendorong peningkatan prestasi dan penglibatan yang lebih mendalam dalam organisasi.
Dengan menyediakan cover letter yang tepat dan menyorot pencapaian serta komitmen anda, anda dapat memastikan diri anda tetap relevan dan dihargai dalam syarikat.
Jika anda mencari lebih banyak tips dan panduan untuk menguruskan perjalanan kerjaya anda dengan lebih berkesan, kunjungi Epicareer.
Epicareer menyediakan pelbagai sumber dan alat untuk membantu anda mencapai matlamat kerjaya anda dengan lebih mudah dan berjaya. Dapatkan nasihat pakar dan alat terbaik untuk memajukan kerjaya anda hari ini!
Pekerjaan Terkenal:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
6 min read
Apakah Kelebihan Utama Menggunakan ATS Dalam Proses Pengambilan Pekerja?
Automasi ATS memudahkan proses pengambilan pekerja, menjimatkan masa, dan meningkatkan kualiti calon. Ketahui kelebihan utamanya di sini!
Posted Aug 28, 2024
4 min read
10 Ciri Utama Yang Perlu Ada Dalam Sistem Pengurusan Pemohon (ATS)
Ciri penting dalam memilih ATS: sokongan pelanggan, penyesuaian, pencarian calon, dan lebih banyak lagi untuk proses pengambilan yang lebih efisien!
Posted Aug 14, 2024
4 min read
Fakta SebenarAnda Perlu Tahu Tentang ATS - Mitos vs Realiti
Sistem ATS mempermudah proses pengambilan pekerja. Artikel ini mengulas mitos umum tentang ATS dan fungsinya yang sebenar.
Posted Aug 7, 2024
12 min read
Maksud ATS, Kepentingan & Fungsinya
ATS adalah perisian yang menyaring, menyusun, dan mengurus permohonan kerja secara automatik, memudahkan pengambilan pekerja dan meningkatkan kecekapan.
Posted Aug 7, 2024
Share this article