6 min read
Cara Menjadi Pemasar Digital (Langkah demi Langkah Beserta Tips)
Pelajari cara beralih ke kerjaya pemasaran digital dengan panduan kami. Ketahui mengapa lebih 50% profesional beralih ke bidang ini dan bagaimana anda boleh berjaya. Dapatkan tips mengenai pendidikan, pengalaman, membina portfolio, penjenamaan peribadi, jaringan profesional, dan pencarian kerja. Mulakan perjalanan anda dalam pemasaran digital sekarang!
Updated Jun 13, 2024
Tahukah anda, menurut laporan LinkedIn, 50% daripada individu yang mempunyai kerjaya dalam bidang lain telah beralih kepada kerjaya dalam bidang pemasaran digital sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Selain itu, dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh McKinley Marketing Partners menunjukkan bahawa permintaan (demand) terhadap kerjaya dalam bidang pemasaran digital ini semakin meningkat saban tahun, menjadikannya salah satu kerjaya yang paling cepat berkembang dalam tempoh tiga tahun ini.
Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang ini, artikel ini akan memberikan panduan langkah demi langkah untuk membantu anda mencapai matlamat tersebut.
Mari kita mula!
1. Belajar dan Kukuhkan Pengetahuan Asas
Ikuti Kursus, Baca Buku, Sertai Webinar
Memahami asas pemasaran digital adalah langkah pertama yang penting untuk menjadi seorang pemasar digital (digital marketer) yang hebat.
Anda boleh dapatkan pengetahuan asas dalam bidang ini melalui pelbagai cara berdasarkan pilihan anda.
Antara pilihan yang anda boleh pertimbangkan adalah dengan mengikuti kursus dalam talian, membaca pelbagai jenis buku yang berkaitan bidang pemasaran digital, menyertai webinar yang dianjurkan oleh otai-otai yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini dan pelbagai lagi.
Salah satu platform menarik yang anda boleh cuba bagi mempelajari dan mengukuhkan asas pengetahuan anda dalam bidang ini adalah Coursera, Udemy, dan LinkedIn Learning. Ketiga-tiga platform ini menawarkan kursus kemahiran utama pemasaran digital yang disampaikan oleh pakar industri.
Belajar Secara Terus dengan Pemasar Digital Berpengalaman (Mentorship)
Mentorship adalah cara yang baik dan sangat dianjurkan untuk mempelajari asas dalam bidang ini. Anda boleh mencari pemasar digital yang berpengalaman dan bersedia untuk berkongsi ilmu mereka secara peribadi.
Ini membolehkan anda mendapat pandangan langsung dan nasihat praktikal dari mereka yang telah berjaya dalam bidang ini.
Dapatkan Pendidikan Formal atau Informal
Mendapatkan pendidikan formal atau informal adalah satu lagi cara untuk membina asas yang kukuh dalam pemasaran digital. Ini boleh dilakukan melalui:
Pendidikan Formal
Anda boleh melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi yang menawarkan program ijazah atau diploma dalam bidang pemasaran digital.
Program ini biasanya menyediakan kurikulum yang komprehensif yang meliputi teori dan praktikal pemasaran digital.
Pendidikan Informal
Selain pendidikan formal, anda juga boleh belajar melalui kursus-kursus dalam talian, membaca buku, atau menghadiri seminar dan bengkel.
Ini memberi anda fleksibiliti untuk belajar pada masa dan tahap yang sesuai dengan anda.
Sertai Bootcamp
Bootcamp pemasaran digital adalah program intensif yang biasanya berlangsung selama beberapa minggu hingga beberapa bulan.
Program ini direka untuk memberikan latihan praktikal yang mendalam dan sering kali merangkumi projek sebenar yang membolehkan anda mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari.
Bootcamp juga menawarkan peluang untuk berhubung dengan profesional industri dan membina jaringan yang berguna untuk kerjaya anda kelak.
2. Dapatkan Pengalaman Dunia Sebenar
Latihan Industri
Mohon latihan industri atau latihan praktikal di mana-mana syarikat yang berkaitan dalam bidang ini. Latihan industri atau internship memberi peluang kepada anda untuk bekerja dalam persekitaran kerja yang sebenar.
Anda juga akan belajar secara langsung daripada pakar atau indvidu profesional serta memahami dinamik kerja harian seorang pemasar digital dengan lebih mendalam.
Tawarkan Khidmat Kepada Keluarga dan Rakan
Anda juga boleh menawarkan bantuan pemasaran digital kepada perniagaan keluarga atau rakan dengan percuma atau bayaran yang rendah. Ini adalah cara yang baik untuk mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Selain itu, ia juga akan anda peluang untuk membina portfolio awal.
Menjadi Sukarelawan
Terdapat banyak organisasi bukan keuntungan yang memerlukan bantuan pemasaran digital. Jadi sekiranya berminat dan mempunyai masa lapang, anda boleh tawarkan diri untuk menjadi sukarelawan di mana-mana organisasi atau syarikat yang perlukan khidmat dalam bidang ini.
Menjadi sukarelawan di organisasi ini tidak hanya memberi anda pengalaman tetapi juga memperluas jaringan profesional anda.
Bina Projek Sendiri
Membina projek sendiri adalah salah satu cara untuk mendapatkan pengalaman sebenar dalam bidang ini. Anda boleh cipta projek peribadi seperti blog, laman web e-dagang atau seumpamanya.
Tindakan ini akan memberi anda peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan mengasah kemahiran anda dalam situasi sebenar.
3. Buat Portfolio
Kongsikan dengan Dunia/Sasaran Klien
Portfolio adalah merupakan perkara penting bagi seorang pemasar digital. Ia bukan sahaja memaparkan hasil kerja anda tetapi juga menunjukkan kepakaran dan pengalaman anda dalam bidang pemasaran digital.
Kongsikan portfolio yang mengandungi hasil kerja anda di platform seperti LinkedIn, GitHub, atau laman web peribadi. Ini memudahkan majikan atau sasaran klien menilai kemampuan dan hasil kerja anda.
Bina Penjenamaan Peribadi (Personal Branding)
Penjenamaan peribadi atau personal branding adalah langkah penting untuk menonjol dalam bidang pemasaran digital. Ia membantu anda membina identiti profesional yang kuat dan membolehkan anda dikenali dalam industri ini.
Oleh itu, manfaatkan teknologi seperti media sosial untuk menunjukkan kepakaran dan kebolehan anda mengenai dalam bidang ini bagi membina personal branding yang berkesan.
Penjenamaan peribadi yang kuat bukan sahaja membantu anda menonjol tetapi juga membuka lebih banyak peluang kerjaya sebagai pemasar digital.
4. Bina Jaringan Profesional
Manfaatkan LinkedIn
LinkedIn adalah platform profesional yang sangat berkesan untuk membina jaringan dan memperluas rangkaian profesional anda.
Gunakan fungsi carian LinkedIn untuk mencari pemasar digital lain yang mungkin berkongsi minat atau bidang yang sama.
Hadiri Webinar dan Persidangan
Menghadiri webinar dan persidangan adalah langkah penting bagi seorang pemasar digital untuk terus belajar, berkembang, dan membina jaringan profesional.
Anda boleh bertukar-tukar idea, mendapatkan nasihat, dan mungkin juga menemukan peluang kerjaya baru melalui hubungan yang dibina di acara-acara sebegini.
Sertai Komuniti Dalam Talian/Sosial Media
Menyertai komuniti dalam talian dan media sosial adalah satu langkah penting untuk seorang pemasar digital. Komuniti ini menyediakan platform untuk berinteraksi dengan profesional lain, mendapatkan sokongan, berkongsi pengetahuan, dan belajar tentang trend terkini dalam industri pemasaran digital.
5. Mohon Jawatan Bersesuaian
Memohon jawatan yang sesuai dalam bidang pemasaran digital memerlukan persediaan yang teliti dan strategi yang baik.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan jawatan yang diidamkan:
Dapatkan Info Mengenai Jawatan Tersebut & Industri
Pastikan anda memahami peranan dan tanggungjawab jawatan yang ingin dipohon. Ini membantu anda menyesuaikan kemahiran dan pengalaman anda dengan keperluan majikan.
Pemasaran digital adalah bidang yang luas dan dinamik. Melakukan penyelidikan mendalam tentang industri ini akan membantu anda memahami trend semasa, cabaran yang dihadapi, dan peluang yang ada.
Analisis Deskripsi Pekerjaan
Apabila melihat iklan pekerjaan, baca deskripsi pekerjaan dengan teliti. Kenal pasti kemahiran dan pengalaman yang diperlukan, serta tugas dan tanggungjawab yang akan anda pikul. Ini akan membantu anda menyesuaikan resume/cv anda agar selaras dengan keperluan majikan.
Gunakan Platform Profesional
Anda boleh gunakan platform pencarian kerja seperti Epicareer untuk mencari dan memohon jawatan dalam bidang pemasaran digital yang sesuai dengan diri anda.
Pastikan anda profil anda lengkap dan resume anda sentiasa dikemaskini agar kekal relevan dengan permohonan anda.
6. Sentiasa Belajar, Tambah Ilmu dan Perbaiki
Pemasaran digital adalah bidang yang sentiasa berkembang. Sentiasa belajar, praktik, dan tingkatkan kemahiran anda. Ikuti perkembangan terkini dalam teknologi dan trend pemasaran untuk kekal relevan dan berjaya.
Dapatkan sijil dalam bidang pemasaran digital seperti Google Analytics, Google Ads, atau Facebook Blueprint dapat meningkatkan kredibiliti anda. Sijil ini menunjukkan komitmen anda terhadap pembelajaran berterusan dan penguasaan kemahiran tertentu.
Anda juga boleh ikut rapat dengan influencer dan pakar pemasaran digital di platform seperti LinkedIn, Twitter, Instagram, dan newsletter marketing bagi mendapatkan ilmu setiap hari. Biasanya mereka akan berkongsi tip, kajian kes, dan analisis terkini yang boleh membantu anda kekal relevan dalam industri.
Kesimpulan
Pemasaran digital adalah bidang yang berkembang pesat dan menawarkan pelbagai peluang kerjaya.
Dengan mengikuti langkah-langkah yang telah dikongsi dalam artikel ini, anda dapat membina asas pengetahuan yang kukuh, mendapatkan pengalaman dunia sebenar, dan mempersiapkan diri untuk berjaya dalam industri ini. Sentiasa belajar, tingkatkan kemahiran, dan bina jaringan profesional anda untuk kekal relevan dan berjaya.
Sekiranya anda berminat untuk mencari jawatan dalam bidang pemasaran digital, pastikan anda memanfaatkan platform pencarian kerja seperti Epicareer. Profil yang lengkap dan resume yang dikemaskini akan meningkatkan peluang anda mendapatkan jawatan yang diidamkan. Selamat maju jaya!
Pekerjaan Popular di Malaysia:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article