Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Contoh Alasan Berhenti Kerja Agar Kelihatan Professional

3 min read

Contoh Alasan Berhenti Kerja Agar Kelihatan Professional

Beberapa contoh alasan berhenti kerja yang disenaraikan di bawah untuk menampakkan sisi profesional anda.

Herdina Ika

Updated Jul 9, 2024

Contoh Alasan Berhenti Kerja Agar Kelihatan Professional

Apabila tiba masanya untuk anda berhenti kerja, mungkin anda tertanya-tanya apakah alasan terbaik yang anda boleh berikan kepada pihak majikan agar tidak menampakkan alasan anda bersifat terlalu peribadi.

Biasanya majikan akan melihat alasan yang kita berikan supaya proses berhenti kerja lancar dan mudah diluluskan.

Sebelum menulis surat berhenti kerja, anda perlu memikirkan alasan terbaik untuk ditulis di surat tersebut. Anda boleh rujuk beberapa contoh alasan berhenti kerja yang disenaraikan di bawah untuk menampakkan sisi profesional anda.

1. Mengembangkan karier

Apabila terlalu lama berada di jawatan yang sama dan tidak mempunyai peluang untuk berkembang di syarikat yang sedia ada, pilihan lain yang anda boleh lakukan adalah berhenti kerja dan mencari kerja lain yang boleh membantu anda untuk mengembangkan karier anda.

Anda boleh gunakan pengalaman dan kemahiran yang anda miliki bagi mencari pekerjaan yang selaras dengan matlamat kerjaya anda.

Contoh alasan yang anda boleh nyatakan di surat berhenti kerja ialah:

“Saya telah mempelajari banyak perkara baru dan mengutip pelbagai pengalaman sepanjang menjawat jawatan ini. Dengan kemahiran dan pengalaman yang saya miliki, kini saya sedang mencari peluang baru bagi memajukan lagi haluan kerjaya saya.”

2. Kenaikan gaji

Di zaman ekonomi semakin meruncing, kenaikan gaji adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh pekerja.

Apabila syarikat anda menawarkan gaji yang kurang daripada keperluan anda, anda boleh mengambil langkah untuk berhenti kerja selepas menerima tawaran yang lebih baik dengan gaji yang lebih tinggi. Bak kata pepatah, rezeki tidak boleh ditolak.

Pekerjaan yang lebih stabil dengan peluang perkembangan karier yang lebih baik sudah tentu dapat menjamin kehidupan anda dalam jangka masa panjang.

Alasan yang anda boleh nyatakan ialah:

“Saya menerima tawaran gaji dan kelebihan yang lebih baik untuk perkembangan karier dan bagi memenuhi keperluan saya. Oleh itu, saya bercadang untuk mengambil peluang ini dan berhenti bekerja di syarikat tuan.”

3. Mencari pengalaman yang lain

Sebolehnya kita semua pasti menginginkan kerjaya yang sesuai dengan kelayakan yang kita miliki, tidak semua beruntung dan berpeluang untuk mendapatkan kerjaya yang diinginkan pada awal pencarian kerja.

Lalu dengan rela hati, menerima apa sahaja kerja walaupun tidak berkaitan langsung dengan kelayakan yang dimiliki demi kelangsungan hidup. Maka sudah pasti anda tidak bercadang untuk kekal lama memegang jawatan tersebut apabila menerima tawaran lain.

Jika anda pernah alami situasi ini, anda boleh berikan alasan profesional seperti:

“Sepanjang saya berkhidmat di syarika init, saya telah menguasai pelbagai kemahiran baru walaupun mempunyai kelayakan yang berbeza. Bagi menimba pengalaman baru yang lain yang sesuai dengan kelayakan saya miliki, saya tertarik untuk menerima jawatan lain yang ditawarkan kepada saya.”

4. Mengikut pasangan berpindah atau penuhi tanggung jawab dalam keluarga

Tiada harta yang lebih berharga daripada ahli keluarga. Walaupun anda sangat komited dalam kerjaya, tuntutan tanggungjawab untuk ahli keluarga adalah jauh lebih penting.

Tidak dinafikan, sebenarnya ramai yang terpaksa berhenti kerja disebabkan oleh hal ini. Untuk mengelakkan alasan anda kelihatan terlalu peribadi anda boleh menyatakan alasan anda berhenti kerja seperti berikut:

“Demi memenuhi komitmen keluarga, saya perlu berhenti kerja bagi memberikan perhatian kepada ahli keluarga saya dan mencari pilihan kerjaya lain yang bersesuaian.”

5. Mengubah haluan karier

Sekiranya anda tidak menjumpai alasan sesuai untuk dinyatakan di dalam surat berhenti kerja, anda boleh gunakan alasan ini untuk bertukar tempat kerja.

Tak kira apa matlamat anda yang sebenarnya pun. Nak mendapat ketenangan jiwa pun matlamat juga. Siapa tahu syarikat baru nanti mempunyai budaya kerja yang menenangkan jiwa.

Contoh alasan yang anda boleh berikan ialah:

“Saya ingin mengubah haluan karier saya demi mencapai tujuan & matlamat saya.”


Anda sedang mencari kerja? Jangan lupa muat naik resume anda di portal Epicareer untuk memudahkan pencarian kerja anda!

Herdina Ika

Digital Marketer

Meet Ika Herdina, a Senior Digital Marketer at Epicareer. With over 5 years of experience, she has the expertise of ads, social media, SEO, and writing creative stuff. Ika helps businesses grow using smart, creative strategies. If you need help with digital marketing, she's the one to talk to!

Topic tags

Share this article

Related Articles