Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Apa itu “Self-Worth” & Kepentingannya Di Tempat Kerja

8 min read

Apa itu “Self-Worth” & Kepentingannya Di Tempat Kerja

Terokai kepentingan harga diri dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk tempat kerja, dan pelajari cara mengenal pasti tanda-tanda harga diri rendah serta strategi untuk memperkukuhkannya. Ketahui lebih lanjut di Epicareer dan mula perjalanan penemuan diri dan pemberdayaan hari ini!

Nasra Patahuddin

Updated May 27, 2024

Apa itu “Self-Worth” & Kepentingannya Di Tempat Kerja

Apa itu “Self-Worth”?

Self-worth, atau harga diri merujuk kepada bagaimana seseorang menilai dan memandang dirinya. Seseorang yang mempunyai harga diri akan sentiasa menghargai dirinya, merasakan dirinya berharga serta penting di dunia ini. Perasaan ini wujud dengan menyedari kualiti dan kebolehan diri serta pencapaian positif sepanjang hidup.

Selain itu, harga diri melibatkan penerimaan diri yang positif, kepercayaan terhadap diri dan rasa hormat terhadap diri sendiri tanpa mengira faktor luaran atau pengiktirafan dari orang lain.

Seseorang mampu menghargai dirinya dengan menyedari kelebihan dan kekurangan yang dimiliki adalah hal-hal yang melengkapi diri sebagai seorang manusia. Memiliki self-worth (harga diri) memainkan peranan penting di tempat kerja. Ia akan mempengaruhi cara pembawaan diri, kesejahteraan mental, produktiviti, kepuasan bekerja dan sebagainya.

Kepentingan “Self-Worth” Penting Di Tempat Kerja

Memiliki self-worth (harga diri) memainkan peranan penting di tempat kerja. Ia akan mempengaruhi cara pembawaan diri, kesejahteraan mental, produktiviti, kepuasan bekerja dan sebagainya.

Berikut beberapa sebab mengapa self-worth penting di tempat kerja:

1. Menyelesaikan Masalah

Dengan memiliki harga diri yang tinggi, seseorang mampu menyelesaikan masalah dengan berkesan.

Mereka lebih cenderung untuk mencari penyelesaian dan tidak takut untuk menghadapi cabaran kerana yakin dengan kemampuan mereka untuk mengatasinya. Mereka berani mengambil risiko untuk mencuba pendekatan yang baru dalam menyelesaikan masalah.

2. Meningkatkan Keyakinan

Harga diri yang tinggi membantu meningkatkan keyakinan diri. Dengan mempercayai diri sendiri, seseorang merasa lebih berani untuk mengambil risiko, mengemukakan idea dan produktif di tempat kerja.

Keyakinan diri yang tinggi juga membantu mengatasi rasa takutkan kegagalan. Ini membolehkan seseorang bersikap lebih fleksibel dalam meneroka peluang baru. Selain itu, seseorang yang memiliki keyakinan diri yang tinggi cenderung lebih termotivasi untuk menghadapi cabaran dan mengejar tujuan mereka dengan fokus.

Keyakinan diri yang tinggi juga boleh mempengaruhi persepsi orang lain terhadap diri seseorang. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi kelihatan lebih dipercayai dan boleh diharapkan. Secara tidak langsung, ia dapat membantu membuka peluang untuk lebih menonjol di tempat kerja.

3. Memelihara Hubungan

Individu dengan harga diri yang positif biasanya memiliki hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan pihak atasan. Hubungan yang baik membolehkan komunikasi menjadi lebih efektif, mewujudkan kerjasama yang baik dalam pasukan, serta mencipta persekitaran kerja yang harmoni dan produktif.

Hubungan yang baik di tempat kerja penting bagi memastikan suasana kerja positif agar kesejahteraan mental terjaga dan kepuasan kerja pun terjamin.

4. Mempunyai Ekspetasi Realistik

Memiliki harga diri membantu seseorang untuk menetapkan harapan yang realistik terhadap diri mereka sendiri dan orang lain.

Mereka boleh menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta menghargai sumbangan orang lain. Ini membantu dalam mengelakkan konflik dan ketegangan di tempat kerja.

Mari lihat tanda tanda jika anda mempunyai 'Self-worth" yang rendah.

Tanda-tanda Anda Mempunyai “Self-worth” yang Rendah

1. Rasa tidak selesa berada di sekeliling orang

Anda merasa tidak selesa atau kurang yakin ketika berada di sekitar orang lain. Anda rasa rendah diri, tidak dapat bergaul dengan baik dan ingin menjauhkan diri daripada persekitaran tersebut.

Perasaan ini mungkin timbul kerana anda merasa tidak layak untuk berada di situasi sosial tertentu. Lebih-lebih lagi apabila anda mengetahui pangkat, pekerjaan dan latar belakang mereka.

2. Mengelak tempat atau orang baru

Anda cenderung untuk mengelak daripada mencuba perkara baru atau bertemu dengan orang baru kerana kurang keyakinan diri. Macam-macam ada di fikiran anda mengenai apa yang bakal berlaku, apa yang orang tersebut mungkin fikir mengenai anda dan sebagainya.

Anda lebih suka berada dalam keselesaan zon anda sendiri agar tidak berhadapan dengan situasi yang menyebabkan anda rasa tidak layak atau membuatkan anda takut.

3. Mencari validasi/pengiktirafan

Anda sering mencari pengiktirafan atau validasi daripada orang lain untuk merasa baik tentang diri sendiri.

Anda bergantung kepada pandangan dan pendapat orang lain untuk menilai diri anda. Ini membuatkan anda mudah terkesan sekiranya penilaian orang lain tidak seperti yang diharapkan.

4. Sentiasa berusaha menyenangkan orang lain

Anda cenderung untuk bertindak secara berlebihan demi menyenangkan hati orang lain.

Walaupun sebenarnya tindakan itu bertentangan dengan keperluan atau kemahuan anda. Ada masanya anda rela mengabaikan kehendak peribadi demi memenuhi harapan orang lain.

5. Takut dianggap tidak layak

Anda seringkali mengalami “social anxiety” atau takut dianggap tidak layak / tidak dihargai oleh orang lain.

Anda sentiasa risau tentang penilaian orang lain terhadap diri anda. Disebabkan hal tersebut, anda cuba untuk mengelakkan situasi yang melibatkan interaksi sosial.

Cara Membina “Self-Worth”

1. Tetapkan Nilai Diri Anda

Ambil masa untuk berfikir dan merenung diri anda bagi mengenalpasti apa sebenarnya yang benar-benar penting bagi diri anda.

Tentukan nilai-nilai dan prinsip yang mendasari kehidupan anda. Sama ada kejujuran, kebaikan, pencapaian, hubungan yang bermakna, dan sebagainya. Dengan menetapkan apa yang benar-benar penting bagi anda, ia dapat menjadi asas yang kukuh untuk membina harga diri.

2. Kenal Pasti Tujuan Hidup Anda

Berusaha untuk mengenal pasti tujuan hidup dan mendengar “suara” dalaman anda. Fikirkan tentang apa yang ingin anda capai dalam hidup dan bagaimana anda boleh menyumbang secara positif kepada dunia di sekitar anda.

Sekiranya terdapat ‘bisikan’ yang meragukan dan negatif, abaikannya. Gantikan dengan kata-kata yang positif dan memperkasakan diri anda.

3. Tumpukan Pada Peningkatan, Bukan Kesempurnaan

Kenalpasti kelebihan dan kekurangan diri anda yang memerlukan penambahbaikan.

Fokus pada pertumbuhan peribadi dan perkembangan diri tanpa perlu mengejar kesempurnaan. Bersikap realistik.

Set sasaran yang boleh dicapai dan lakukan langkah-langkah kecil setiap hari untuk meningkatkan diri anda. Ingat yang penting adalah progress bukan perfect!

4. Penerimaan Diri

Terima diri anda sepenuhnya, segala kelebihan dan kekurangan yang anda. Berhenti menilai diri anda sendiri dengan ukuran yang tidak realistik atau berasaskan kepada pandangan orang lain.

Terima bahawa diri anda unik dengan cara anda sendiri dan itu adalah sesuatu yang perlu dihargai dan disyukuri.

5. Hargai Pencapaian Anda

Ingat semula pencapaian-pencapaian anda sebelum ini. Tidak kiralah pencapaian besar mahupun kecil. Ia tetap sebuah pencapaian.

Hargai pencapaian anda walau sekecil mana pun. Selain itu, hargai juga setiap usaha dan langkah kecil menuju matlamat anda. Ambil masa sejenak untuk menghargai perjalanan hidup anda dan semua usaha yang anda telah lakukan.

Tips & Cara Meningkatkan “Self-Worth”

1. Dapatkan Pandangan/Maklum Balas

Mintalah maklum balas daripada orang lain mengenai personaliti dan tingkah laku anda.

Ini membantu untuk memahami kekuatan dan kelemahan anda bagi merangka strategi untuk memperbaikki dan meningkatkan kualiti diri.

2. Membina Integriti dan Hubungan Baik

Amalkan sikap integriti dalam tindakan dan kata-kata anda. Ini akan membantu membina persepsi baik terhadap diri anda.

Selain itu, ia juga membantu untuk membina hubungan yang positif dengan orang sekeliling seperti rakan sekerja serta pihak atasan. Sekaligus, ia dapat meningkatkan rasa ‘self-worth’ anda dan meningkatkan kepercayaan terhadap diri.

3. Sertai Aktiviti yang Bermakna

Sertai aktiviti atau kerja yang memberikan makna kepada anda. Melibatkan diri dalam kerja yang bermakna memberi anda perasaan ‘mencapai sesuatu’ yang melibatkan kepuasan diri. Secara tidak langsung, ini akan membantu meningkatkan self-worth anda.

Hal ini kerana, kepuasan diri yang anda dapatkan hasil daripada menyertai aktiviti tersebut memberi anda keyakinan tambahan tentang nilai dan potensi anda sebagai individu.

4. Kenali Diri Lebih Mendalam

Kenali kekuatan, kelemahan, minat, prinsip, potensi dan segala-galanya mengenai diri anda secara lebih mendalam. Memahami diri sendiri adalah langkah utama untuk menghargai diri.

Apabila anda benar-benar memahami diri anda, tidak ada satu perkara pun yang boleh menyebabkan anda mempersoalkan nilai & harga diri anda.

5. Bertanggungjawab Terhadap Diri Sendiri

Ambil tanggungjawab sepenuhnya atas kehidupan anda tanpa mengharapkan sesiapa. Ini akan membantu meningkatkan rasa self-worth anda.

Anda belajar untuk menilai diri berdasarkan standard yang anda tetapkan sendiri bukan berdasarkan apa yang orang lain katakan atau fikirkan mengenai anda.

6. Fokus Pada Penyelesaian

Fokuskan diri untuk mencari penyelesaian daripada menyalahkan diri sendiri atau orang lain apabila terjadi sesuatu.

Apabila anda memilih untuk tidak menyalahkan diri sendiri atau orang lain, anda berusaha mengatasi setiap situasi dengan mencari jalan penyelesaian. Ini dapat membina keyakinan diri dan meningkatkan penghargaan terhadap diri sendiri.

7. Ubah fikiran negatif

Gantikan setiap fikiran negatif anda dengan fikiran yang positif. Tindakan ini dapat membantu meningkatkan self-worth anda.

8. Tetapkan Matlamat

Tetapkan matlamat yang realistik dan terus berusaha untuk mencapainya.

Memiliki matlamat memberi anda gambaran yang jelas perkara yang ingin dicapai, Ini membolehkan anda fokus untuk mencapainya. Pencapaian yang positif dapat meningkatkan self-worth anda.

Contoh Situasi Menunjukkan “Self-worth” yang Tinggi

Berikut adalah beberapa contoh situasi yang mencerminkan seseorang mempunyai “self-worth” yang tinggi:

1. Berani Mengambil Risiko dan Mengejar Impian

Seseorang yang memiliki self-worth yang tinggi berani mengambil risiko dan mengejar impian mereka.

Mereka tidak takut kegagalan atau penilaian negatif daripada orang lain. Mereka komited dalam mengejar impian, kerjaya yang diidamkan atau matlamat yang telah ditetapkan tanpa ragu-ragu.

2. Menetapkan Batasan yang Sihat

Individu yang tinggi self-worth nya cenderung menetapkan batasan yang sihat dalam kehidupan mereka.

Mereka tahu bagaimana memperlakukan diri sendiri dengan hormat. Serta, mengetahui bila dan bagaimana untuk mengatakan tidak jika sesuatu melanggar nilai dan prinsip hidup mereka.

3. Meraikan Kegagalan sebagai Peluang Belajar

Individu yang memiliki self-worth yang tinggi melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar dan memperbaiki diri.

Bukan sebagai penilaian terhadap diri mereka. Mereka menerima kritikan secara konstruktif dan menggunakan pengalaman negatif sebagai motivasi untuk meningkatkan kualiti diri.

4. Memberikan Sokongan & Penghargaan Kepada Diri Sendiri

Bagi individu yang mempunyai self-worth yang tinggi, mereka tidak teragak-agak untuk memberikan sokongan dan penghargaan kepada diri mereka sendiri. Mereka sering mengakui pencapaian mereka.

Walau sekecil apa pun pencapaian tersebut. Mereka juga tidak malu untuk memberi pujian kepada diri sendiri sebagai tanda penghargaan kepada diri.

5. Menghormati & Menghargai Orang Lain

Selain menghormati dan menghargai diri sendiri, individu yang memiliki self-worth juga sentiasa menghormati dan menghargai orang lain tanpa merasa terancam oleh kejayaan atau kebahagiaan orang lain.

Hal ini kerana mereka merasa cukup dengan diri mereka sendiri. Secara tidak langsung, hubungan baik sesama orang sekeliling dapat dibina.


Kesimpulan

Memiliki ‘self-worth’ yang tinggi mempengaruhi perilaku dan sikap seseorang dalam berbagai aspek kehidupan. Oleh itu, mempunyai pandangan positif tentang diri sendiri adalah sangat penting untuk mencapai kebahagiaan dan kepuasan dalam hidup.

Memiliki harga diri yang kukuh adalah kunci untuk kebahagiaan. Jika Anda mencari peluang baru untuk menemukan potensi sejati Anda, lihatlah peluang karier di Epicareer!

Pekerjaan Terkenal:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles