Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Panduan Lengkap untuk Menjadi Pemasar Digital

4 min read

Panduan Lengkap untuk Menjadi Pemasar Digital

Mulakan kerjaya dalam pemasaran digital dengan panduan lengkap kami. Ketahui langkah-langkah penting untuk menjadi pemasar digital yang berjaya, termasuk mendapatkan pengetahuan asas, menguasai alat pemasaran, mendapatkan sijil profesional, dan membina portfolio. Sentiasa ikuti perkembangan industri dan bina rangkaian profesional untuk kejayaan jangka panjang. Baca artikel kami untuk maklumat lanjut!

Nasra Patahuddin

Updated Jun 19, 2024

Panduan Lengkap untuk Menjadi Pemasar Digital

Sekiranya anda baru ingin memulakan kerjaya dalam pemasaran digital memahami laluan kerjaya dan langkah-langkah yang diperlukan untuk menjadi seorang pemasar digital adalah amat penting.

Artikel kali ini akan memberikan panduan lengkap mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina kerjaya yang kukuh dalam pemasaran digital. Setiap langkah adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang dinamik ini.

Mari kita telusuri setiap langkah dengan lebih terperinci.

1. Dapatkan Pengetahuan Asas - Ijazah Sarjana Muda

Sebenarnya, anda tidak memerlukan latar belakang pendidikan tertentu untuk menjadi seorang Pemasar Digital. Anda hanya perlukan set kemahiran khusus dalam bidang ini dan juga PENGETAHUAN ASAS.

Bagaimana anda boleh dapatkan pengetahuan asas ini?

Hah, inilah fungsinya anda mengambil pendidikan dalam bidang ini. Salah satu caranya adalah dengan mengambil pendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pemasaran atau berkaitan seperti bidang komunikasi, perniagaan dan seumpamanya.

Pendidikan formal boleh memberikan asas yang kukuh dalam teori pemasaran dan strategi perniagaan, yang sangat penting untuk kejayaan dalam pemasaran digital.

Bukan itu sahaja, dengan mempunyai sijil pendidikan yang diiktiraf dalam bidang ini seperti Ijazah Sarjana Muda, anda mempunyai kredibiliti, lebih dipercayai sekaligus memudahkan anda untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

2. Menguasai Alat dan Platform Pemasaran Digital

Selain mempunyai latar belakang pendidikan dan asas pengetahuan dalam bidang ini, menguasai pelbagai alat/aplikasi/instrumen dan platform digital untuk digunakan dalam kempen pemasaran juga salah satu langkah penting.

Antara alat/aplikasi/instrumen asas yang perlu dikuasai ialah:

  • Google Analytics
  • Google Ads
  • MailChimp
  • Ahrefs
  • Salesforce
  • Moz
  • Buffer
  • Canva
  • Hubspot

Dengan mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai cara setiap alat berfungsi serta bagaimana ia boleh digunakan untuk mencapai matlamat pemasaran, ia membolehkan anda menjalankan kempen pemasaran dengan lebih berkesan.

3. Dapatkan Sijil Profesional/Kemahiran Berkaitan

Mempunyai sijil profesional atau kemahiran berkaitan adalah langkah penting untuk mengukuhkan kredibiliti dan pengetahuan anda dalam bidang pemasaran digital.

Sijil ini bukan sahaja memberikan pengiktirafan rasmi terhadap kemahiran anda, tetapi juga menunjukkan kepada majikan atau klien bahawa anda serius dalam kerjaya anda dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran.

Berikut adalah beberapa sijil profesional yang diiktiraf dalam industri pemasaran digital:

  • Google Ads Certification: Google Ads Certification adalah sijil yang diberikan oleh Google untuk mengiktiraf kemahiran anda dalam menguruskan kempen iklan berbayar di platform Google.
  • Facebook Blueprint Certification: Facebook Blueprint Certification adalah sijil yang diberikan oleh Facebook untuk mengesahkan kemahiran anda dalam menggunakan alat pengiklanan Facebook dan Instagram.
  • HubSpot Inbound Marketing Certification: HubSpot Inbound Marketing Certification adalah sijil yang memfokuskan pada strategi pemasaran inbound. Sijil ini diberikan oleh HubSpot Academy, sebuah platform pembelajaran yang diiktiraf dalam industri pemasaran digital.

Selain daripada sijil di atas, terdapat banyak sijil lain yang boleh membantu meningkatkan kemahiran anda dalam bidang pemasaran digital, seperti:

  • Google Analytics Certification: Untuk kemahiran analitik web.
  • Content Marketing Certification oleh Copyblogger atau Content Marketing Institute: Untuk kemahiran pemasaran kandungan.
  • Email Marketing Certification oleh HubSpot atau Mailchimp: Untuk kemahiran pemasaran e-mel.
  • SEO Certification oleh SEMrush atau Moz: Untuk kemahiran pengoptimuman enjin carian.

4. Membina Portfolio

Pengalaman praktikal sangat penting dalam bidang pemasaran digital. Dengan portfolio yang lengkap dan menarik, anda dapat menunjukkan kemahiran yang dimiliki dengan jelas untuk menarik minat majikan atau klien bagi membuka peluang kerjaya yang lebih luas.

Mulakan dengan menyertai projek kecil atau kerja sambilan untuk membina portfolio anda. Dokumentasikan semua hasil kerja dan pencapaian sebagai bukti untuk menunjukkan kemahiran serta keupayaan yang anda miliki.

5. Sentiasa Mengikuti Perkembangan Industri

Bidang pemasaran digital adalah slah satu bidang yang sentiasa berkembang. Langgan blog, podcast, dan hadiri webinar atau persidangan untuk terus mendapatkan maklumat terkini. Sertai peluang pembelajaran berterusan dan pembangunan profesional untuk sentiasa mengasah kemahiran anda.

Perubahan dalam teknologi, algoritma enjin carian, trend media sosial, dan tingkah laku pengguna boleh memberi impak besar kepada strategi pemasaran digital. Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan trend dalam industri ini.

6. Cari Jawatan Peringkat Permulaan

Memulakan kerjaya anda dengan mencari jawatan peringkat permulaan dalam pemasaran digital adalah cara terbaik untuk mendapatkan pengalaman praktikal dan mengembangkan kemahiran serta membina jaringan profesional dalam industri.

Jawatan pada peringkat permulaan akan memberikan peluang untuk mempelajari selok-belok industri dan mempraktikkan pengetahuan yang telah anda pelajari.

7. Membina Rangkaian Profesional

Membina rangkaian dengan profesional lain dalam industri ini boleh membuka peluang pekerjaan dan kerjasama yang lebih luas. Walaupun anda masih seorang pemula atau tidak mempunyai pengalaman, usah rendah diri dan segan untuk berhubung dengan individu lain dalam bidang ini.

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan, antaranya ialah dengan memanfaatkan platform digital dan media sosial d sebaik mungkin. Ikuti media sosial individu-individu yang pakar dalam bidang pemasaran digital dan selalu berkongsi kandungan bermanfaat.

Selain itu, anda boleh mengikuti kelas pemasaran digital untuk menambah pengetahuan sekaligus mencari kenalan dalam bidang ini melalui kumpulan Whatsapp/Telegram yang dibuat.

8. Dapatkan Mentor

Untuk bergerak dan belajar selok belok dunia pemasaran digital secara bersendirian adalah tidak mustahil. Namun, untuk berkembang dengan lebih cepat dan berjaya, anda perlukan mentor.

Dapatkan bimbingan mentor yang pakar dalam bidang pemasaran digital untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan serta tempat bertukar pandangan.

9. Ambil Sijil/Pendidikan Kepakaran Khusus

Mengambil sijil atau pendidikan kepakaran khusus adalah pelaburan yang bijak untuk kerjaya anda dalam pemasaran digital. Terus belajar dan mengembangkan diri adalah kunci untuk berjaya dalam industri yang sentiasa berubah ini.

Dengan memperoleh sijil kepakaran khusus dalam bidang seperti SEO, pemasaran kandungan, media sosial, pemasaran e-mel, dan data analitik, anda boleh meningkatkan kemahiran anda, meningkatkan kebolehpasaran, dan membuka peluang kerjaya yang lebih baik.


Kesimpulan

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, semoga anda dapat membina kerjaya yang kukuh dan berjaya dalam dunia pemasaran digital.

Teruskan belajar, berinovasi, dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi untuk kekal relevan dan kompetitif dalam industri ini. Untuk peluang pekerjaan dan panduan lanjut, layari Epicareer.

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles